Sambutan Hari Guru 2016
Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.
Sambutan hari Raya 2016
Pengetua melawat meja makanan staf.
Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-56 2016
Acara Padang.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016
Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016
Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA DAERAH KOTA BELUD 2009
Pada 22hb April 2009 Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Belud telah menganjurkan KPKK peringkat daerah yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mencari berbagai maklumat yang berkaitan dengan kerjaya dan seterusnya mendokumentasikan segala maklumat dalam pelbagai persembahan seperti sketsa kerjaya, melukis poster kerjaya, folio kerjaya,membina media maklumat kerjaya, kain rentang, model kerjaya, dan eksplorasi alam kerjaya. Selain itu KPKK ini juga bertujuan untuk mencari wakil untuk mewakili daerah in
KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 6 ATAS
Satu ceramah kemahiran belajar anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini telah diadakan di sekolah ini pada 08 April 2009. Ceramah Motivasi dan Kemahiran belajar tersebut telah disampaikan oleh dua orang Pensyarah dari Kolej PTPL dengan
ROADSHOW PENGETUA DI KELAS TINGKATAN 6A - HEADCOUNT
ROADSHOW PENGETUA DI KELAS TINGKATAN 5 - PROGRAM HEAD COUNT
Sebanyak 5 siri perjumpaan Pengetua dengan pelajar-pelajar Tingkatan 5 2009 dalam usaha beliau menjelaskan Head Count. Beliau telah merancang perjumpaan ini bukan sahaja kepada pelajar Tingkatan 5, tetapi kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 6A. Perjumpaan in
KEM KEPIMPINAN (KEMAMPIN) TAHUN 2009
Kem Kepimpinan(KEMAMPIN) telah diadakan pada 27 – 29 Mac 2009 di sekolah ini. Kem Kepimpinan (KEMAMPIN) ini telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), dibantu oleh Urusetia Disiplin dan Unit BImbingan dan Kaunseling Sekolah. Para peserta bagi KEMAMPIN pada kali ini ialah dikalangan ahli-ahli Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), Pengawas Pusat Sumber (PPS), dan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Sepanjang sejarah KEMAMPIN di sekolah ini, KEMAMPIN pada kali ini adalah merupakan yang pertama seklai dil
aksanakan dengan mengabungkan penyertaan dari 5 badan di sekolah sebagai peserta dan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola.
Seramai 113 orang peserta KEMAMPIN di kalangan Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), Pengawas Pusat Sumber(PPS) dan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Manakala seramai 66 orang ahli jawatan pengelola telah bertungkus lumus dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan dalam kem tersebut.
KEMAMPIN ini telah ditutup dengan rasminya oleh Yang Berbahagia Puan Latifa
h Haji Mustakim Pengetua sekolah.
PERTANDINGAN PIDATO DI RAJA (BAHASA MELAYU) SMK & SK PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2009
Pertandingan Pidato Di Raja Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah peringkatan daerah Kota Belud telah diadakan pada 26 Mac 2009 . SMK Arshad sekali lagi menjadi venu pertandingan bagi program ini. Kesemua 8 buah Sekolah Menegah di daerah ini telah menghantar peserta dalam pertandingan ini. Manakala bagi sekolah rendah hanya satu Zon sahaja yang menghantar peserta dari empat buah Zon.
Berikut adalah keputusan bagi pertandingan tersebut:
JOHAN : MOHD SHAHRIL B ABD. KARIM (SMKA TUN SAID)
KEDUA : ALEX BRYNE SIKAT (SMK PEKAN II)
KETIGA : NORNISA KELIM (SMK PEKAN)
Pertandingan tersebut telah ditutup dengan rasminya oleh Yang Berbahagia En Suhaindo Rambayau Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud merangkap mewakili Pegawai Pelajar Daerah Kota Belud.













