Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

Showing posts with label Kursus Penataran Staf. Show all posts
Showing posts with label Kursus Penataran Staf. Show all posts

KURSUS INTERACTIVE EVALUATION SYSTEM (IES)






Satu kursus Interactive Evaluation System telah diadakan di sekolah ini selama 4 hari berturut-turut iaitu dari 2 - 5 Februari yang lalu.  Ssaran kursus ini laha guru-guru sidang petang yang mengajar mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Objektif bagi kursus ini ialah mendedahkan kepada guru-guru bagaimana menggunakan software yang intraktif dalam pengajaran subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Di akhir kursus ini satu demo pengajaran micro teaching telah dilakukan  oleh peserta kursus untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka dalam menggunakan software tersebut. MicroTeaching tersebut turut disaksikan oleh Puan Latifah Haji Mustakim Pengetua SMK Arshad Kota Belud

Kursus Penataran Staf SMK Arshad 2008




Satu Kursus Penataran Staf telah diadakan di sekolah ini pada13 Okt - 17 Okt 2008 sebagai pengisian hari-hari bertugas semasa peperiksaan PMR berjalan. Kursus ini diadakan sesuai dengan keperluan semasa bagi staf sekolah ini. Antara keperluan yang dikenalpasti ialah, keperluan meningkatkan tahap profesional hasil daripada pertambahan dan perubahan semasa dalam bidang kurikulum khususnya dan pendidikan amnya, dan keperluan di mana setiap guru harus menghadiri sekurang-kurangnya tujuh hari setahun seperti yang diperlukan oleh jabatan. Antara objektif kursus ialah:

1. Guru akan memahami kehendak dan tuntutan profesion perguruan dari segi skop tugas.
2. Guru dapat mengurus panitia mata pelajaran dengan lebih efisien.
3. Gur lebih bersedia dari segi kepakaran untuk meningkatkan imej sekolah.

Sebanyak sembilan tajuk ceramah telah disampaikan dalam kursus tersebut yang mana para penceramahnya adalah dikalangan staf Jabatan Pelajaran Sabah yang terdiri dari staf di Jabatan Pelajaran Negeri, Jemaah Nazir, dan Pengetua sekolah di negeri Sabah. Antara Tajuk Ceramah itu ialah:

1. PIPP oleh Tuan Haji Said Andong PPG Kota Belud.
2. Pemantauan & Anugerah Sekolah oleh En. Bahari Mohd Shah & En. Ahmad Ibrahim
3. Pengurusan Fail oleh En. Bunsu Gagah dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
4. Pengurusan Stor dari IP Kent
5. Pengurusan Kewangan oleh Puan Latifah Haji Mustakim Pengetuan SMK Arshad Kota Belud
6. Pengurusan Panitia Oleh Nurul Ashikin Mohd Taib
7. Kajian Tindakan oleh Tuan Haji Mad Amin Mad Yusuf Pengetua SMK Tambulion Kota Belud
8. Perkhidmatan & Tatatertib oleh Roslan Mohd Salleh dari Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
9. Program Peningkatan Akademik oleh En. Murukesu A/L Margapandu Pengetua SMK Ulu Sugut Sandakan.