Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

Showing posts with label Aktiviti Yang Dianjurkan Oleh Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Yang Dianjurkan Oleh Sekolah. Show all posts

BAHAS ALA PARLIMEN SEKOLAH MENENGAH KATEGORI BAHASA MELAYU PERINGKAT ZON UTARA SABAH.

Pada 21hb Mac 2012, pertandingan Bahas Ala Parlimen Sekolah Menengah Kategori Bahasa Melayu Peringkat Zon Utara Sabah telah diadakana di SMK Arshad Kota Belud. Dalam pertandingan tersebut tiga buah daerah telah menyertai iaiatu Kota Belud yang diwakili oleh SMK Arshad Kota Belud, Kota Marudu yang diwakili oleh SMK Kota Marudu, dan Pitas yang diwakili oleh SMK Pinggan-Pinggan.

SMK Arshad Kota Belud telah muncul sebagai juara dalam pertandingan tersebut. Ini bermakna daerah Kota Belud akan diwakili oleh dua buah sekolah menengah ke pertandingan peringkat negeri Sabah yang akan diadakan di Ranau pada 9hb April. Selain SMK Arshad, SMK Agama Tun Said juara bertahan juga akan bertanding di peringkat negeri Sabah.






SAMBUTAN HARI KADET POLIS PERINGKAT DAERAH

Apple iPod touch 8 GB, Case, and Charger Bundle


KOTA BELUD : Sambutan Hari Kedet Polis kali ke-40 peringkat daerah Kota Belud telah diadakan di padang SMK Arshad Kota Belud pada 30 Mac 2010. Sambutan tersebut telah berjalan serentak di seluruh negara. Ketua Polis Daerah Kota Belud Tuan DSP Mohan telah membaca perutusan dari Ketua Polis Negara.


Sebanyak 5 buah sekolah menengah di daerah Kota Belud yang mempunyai pasukan Kedet Polis telah menyertai dalam sambutan Hari Kedet Polis peringkat daerah Kota Belud iaitu seramai 200  orang Kedet Polis telah mengambil bahagian dalam Sambutan Hari Kedet Polis.

KEJOHANAN BOCCE SPECIAL OLYIMPIC KALI KE-7 KOTA KINABALU

En. Abd Bahkrin Mohd Yusof Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud
Merasamikan Kejohanan Bocce Special Olyimpik Kota KInabalu Kali ke 7
bertempat di SMK Arshad kota Belud

Puan Latifah Hj Mustakim Pengetua SMK Arshad Kota Belud.

Sebagai gimik perasmian Kejohanan Bocce Special Olyimpik
Pegawai Pelajaran sedang melontarkan Bocce. Turut kelihatan dalam gambar ini
En Selamat Omar (Kiri) Guru Besar SK Pekan Kota Belud,
Haji Abdullah Nawawi (3 dari kiri) YDP PIBG SMK Arshad Kota Belud
Shahrom Shaari Penolong Kana Kokum SMK Arshad (keempat dari kiri) dan
En. Abdul Adzid Abd Hamid .

Kontinjen yang mengambil bahagian

Peserta sedang bertanding

Kejohanan Bocce Special Olyimpic Kota Kinabalu Kali ke-7 bagi pelajar istimewa peringkat Pantai Barat Sabah yang telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud telah dirasmikan oleh En. Abd Bahkrin Mohd Yusof Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud. Dalam ucapan ringkasnya beliau menyatakan bahawa inilah kali pertama kejohanan ini diadakan di daerah Kota Belud. Memandangkan Kejohanan Bocce Special Olyimpic ini adalah kejohanan khusus untuk pelajar pelajar istimewa maka beliau telah menyarankan supaya Penganjur dan semua yang terlibat menekankan aspek keselamatan para peserta yang mengambil bahagian.

Dalam Kejohanan ini sebanyak 9 buah sekolah rendah, 3 buah sekolah menengah dan 1 PDK telah menyertai kejohanan ini. Antara acara yang dipertandingkan dalam kejohanan ini ialah individu dan berpasukan lelaki dan perempuan sekolah rendah dan sekolah menengah.

Keputusan penuh dalam kejohanan tersebut ialah:

Kategori Sekolah Menengah Individu Lelaki:

Johan: Amirul (SMK Arshad Kota Belud)
Kedua: Ian Wong (SMK Bahang KK)
Ketiga: Norasif (SMK Tamparuli)

Kategori Sekolah Menengah Individu Perempuan:

Johan : Mar Aneeva (SMK Arshad Kota Belud)
Kedua : Yumni (SMK Bahang KK)
Ketiga: Enelyn (SMK Tamparuli )

Kategori Berkumpulan Lelaki Sekolah Menengah:

Johan : SMK Arshad Kota Belud
Kedua : SMK Tamparuli
Ketiga : SMK Bahang KK

Kategori Berkumpulan Perempuan Sekolah Menengah:

Johan : SMK Arshad Kota Belud
Kedua : SMK Bahang KK
Ketiga : SMK Tamparuli

Kategori Indvidu Lelaki Sekolah Rendah:

Johan : Russel
Kedua : Mohd Rizal
Ketiga : Saiful

Kategori Individu Perempuan Sekolah Rendah:

Johan : Alzeran
Kedua : Norhasnirah
Ketiga : Saherah

Ketegori Berkumpulan Lelaki dan Perempuan Sekolah Rendah

Keputusan tidak tercatat .




MAJLIS PELANCARAN HARI KOPERASI SEKOLAH & MAXIS CYBERKIDS TEAM





Pada 24 Jun 2009 sekolah telah mengadakan Majlis Pelanca
ran Hari Koperasi peringkat sekolah dan Maxis Cyberkids Team yang mewakili sekolah ini ke Pertandingan Cyberkids anjuran Maxis peringkat negeri. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh En. Norazman Omar Pegelola Kanan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelaja
ran Malaysia merangkap wakil kepada Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia En. James Alip.
Sempena pelancaran Hari Koperasi peringkat sekolah beberapa guru dan pelajar menerima anugerah kerana telah membawa kejayaan dan
kemajuana Koperasi
Sekolah. Antara guru yang telah menerima anugerah ialah En. Baharom Hashim dan Pn. Rose Else A yang merupakan mantan pelopor dalam penubuhan Koperasi sekolah.

Memandangkan pelancaran pad ahari tersebut merupakan dua dalam satu ma
ka pada hari yang sama Pasukan Cyberkids sekolah ini telah mempersembahkan dan menjelaskan proj
ek, objektif projek dan lokasi projek yang harus mereka lak
sanakan selama 3 bulan sebelum dinilai oleh panel dari Maxis. Sekiranya mereka memenangi pertandingan ini maka mereka aka
n mewakili negeri Sabah ke pertandingan peringkat kebangsaan.
Sempena Majlis pelancaran tersebut maka En. Norazman Omar Pengelola Kanan Bahagian Sukan, Seni dan Kurikulum Kemenerian Pelajaran Malaysia telah menanam 3 pokok buah naga berhadapan dengan Koperasi Sekolah.

KEM TOKOH KEPIMPINAN ASAT PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2009




Kem Tokoh Kepimpinan ASAT peringkat daerah  Tahun 2009 telah diadakan di SMK Arshad dari 25 - 27 April 2009. Kem Tokoh Kepimpinan ini telah dikelolakan oleh SMK Arshad Kota Belud. Walau bagaimanapun pelaksanaan modul-modul dalam kem tersebut telah dikendalikan  oleh Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kota Belud yang diketuai oleh Shaiful Ridhuan Hj Mahali. Selain Shaiful Ridhuan, Guru Bimbingan dan Kaunseling lain yang terlibat ialah dalam pengendalian modul dalam kem ini ialah Tenaim Subeh,  Aqhsa Saubin,  Timbol Durahim, Dulaip Rudin, Ku Zainuddin Ku Mahasan, Dusi Gunting dan Fadzil Mohd Jamil (Pegawai Kaunseling ) daerah Kota Belud.
Seramai 31 orang peserta iaitu 25 dari sekolah 
menengah dan 6 dari sekolah rendah.

Peserta-peserta yang berjaya dipilih untuk mewakili daerah 
Kota Belud ke peringkat Zon Utara ialah: 
1. Mohd Shabdee Makli (SMKA Tun Said Kota Belud)
2. Shazrina Jamain (SMKA Tun Said Kota Belud)
3. Noel Joseph (SMK Narinang Kota Belud)
4. Nurul Farhana Datu Masjidin SMKA Tun Said
 Kota Belud)
5. Zul Aslan Jaslin SK Tangkurus Kota Belud)
6. Lailye Fah Tiah Sofian Shah (SK Timbang Kota Belud)

ROADSHOW PENGETUA DI KELAS TINGKATAN 6A - HEADCOUNT

Pengetua juga telah berjumpa dengan pelajar Tingkatan 6A untuk memberi kefahaman tentang perkara-perkara TOV, OTI dan ETR dalam  Head Count. Objektif bagi roadshow yang telah dilakukan oleh Pengetua ialah untuk meningkatkan prestasi keputusan sekolah dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Dalam Head Count ini pelajar-pelajar telah diberitahu TOV mereka , OTI dan ETR  . Dalam OTI pelajar akan melalui dua penilaian iaitu peperiksaan penggal pertama sebagai OTI1 dan peperiksaan percubaan sebagai OTI2. OTI1 dan OTI2 adalah merupakan satu sasaran yang harus dicapai oleh pelajar sebelum pelajar mencapai ETR mereka di dalam peperiksaan PMR(pelajar Tingkatan 3), SPM(Pelajar Tingkatan 5) dan STPM(Pelajar Tingkatan 6A).

ROADSHOW PENGETUA DI KELAS TINGKATAN 5 - PROGRAM HEAD COUNT


Sebanyak 5 siri perjumpaan Pengetua dengan pelajar-pelajar Tingkatan 5 2009 dalam usaha beliau menjelaskan Head Count. Beliau telah merancang perjumpaan ini bukan sahaja kepada pelajar Tingkatan 5, tetapi kepada  pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 6A. Perjumpaan ini akan diadakan juga kepada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 6R. Dalam perjumpaan secara bersiri ini Pengetua memberi penerangan dengan memfokus kan TOV, OTI dan ETR dalam Head Count. Dengan penjelasan ini pelajar-pelajar telah membuat perancangan Head count masing-masing berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam peperiksaan akhir Tingkatan 4 dahulu.