Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

PERTANDINGAN CYBERKIDS MAXIS PERINGKAT KEBANGSAAN

GAMBAR: DARI KIRI STEVEN, ABRALINE, NOOR MARLEA, MARDHIYYATUL, DEE DYRIANE GENEVYIE DAN ARNOLD

KUALA LUMPUR: 11-13 November 2009 Pertandingan Cyberkids MAXIS peringkat kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur. Sebanyak 12 buah sekolah di seluruh negara telah menyertai dalam pertandingan ini iaitu 4 buah sekolah dari Sabah, 4 buah dari Sarawak, 2 buah dari Melaka, 1 buah dari Perlis dan 1 buah dari Pahang.

Dalam pertandingan ini SMK Arshad Kota Belud telah diumumkan sebagai penerima Hadiah Utama dengan mendapat RM4 000.00, 2 buah komputer riba dan sijil kepada peserta dari sekolah ini. SMK Pekan Kota Belud Sabah mendapat Johan, tempat kedua salah satu sekolah dari Sarawak dan tempat ketiga salah satu sekolah dari Melaka.

Johan mendapat RM3 000.00, sebuah laptop dan sijil, tempat kedua mendapat RM2 000.00, sebuah Laptop dan sijil, tempat ketiga mendapat RM1000.00, sebuah Laptop dan sijil.

Sekolah -sekolah lain juga menerima saguh hati dari pihak MAXIS sebagai pengajur pertandingan ini.

Manakala 3 buah sekolah dari Sabah iaitu SMK Arshad Kota Belud, SMK Pekan Kota Belud dan SMK Pekan Dua Kota Belud bersama-sama sekolah yang mendapat tempat kedua dan ketiga akan mewakili Malaysia ke Kem Cyberkids peringkat ASEAN yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 6 - 11 Disember 2009.

Kem Cyberkids peringkat ASEAN akan disertai oleh semua negara ASEAN termasuk negara India.