Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

Showing posts with label Majlis Kesyukuran dan Penataran Warga SMARD. Show all posts
Showing posts with label Majlis Kesyukuran dan Penataran Warga SMARD. Show all posts

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENATARAN ILMU TAHUN 2010

Sebahagian ibu bapa yang hadir

Pembawa bunga 


KOTA BELUD: Pada 3hb Mei 2010 Majlis Kesyukuran dan Penataran Ilmu telah diadakan di sekolah ini. Majlis ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah sebagai tempat memyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam PMR, SPM, STPM, dan peperiksaan dalaman serta dalam bidang Kokurikulum sepanjang tahun 2009.

Walau bagaimana pun seperti biasa majlis ini bukan hanya sekadar menyampaikan anugerah kepada pelajar yang cemerlang dalama akademik dan Kokurikulm tetapi pada hari tersbut ibu bapa juga akan berdialog dengan guru kelas anak-anak di bawah jagaan mereka.  Satu MINI TAMU juga diadakan pada hari tersebut untuk menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut. Dalam Mini Tamu ini pelajar bersama guru mengadkan aktiviti jual beli di dataran SMARD.

Majlis Kesyukuran dan Penataran Ilmu kali ini telah dirasmikan oleh MP Kota Belud YB Dato Abdul Rahman Dahlan. Ini lah kali pertama YB Dato Abdul Rahman Dahlan dijemput merasmi majlis di sekolah ini. Beliau sangat terujah dengan situasi sekolah ynag tertua di daerah Kota Belud.

                  Dato' Abdul Rahman Dahlan Ahli Parlimen Kota Belud bersalaman dengan pelajar

Ketua-Ketua Bidang  Mohd Iskandar, Pn. Elsie, Wan Nasir dan Pikong yang telah mengumumkan penerima anugerah pada majlis tersebut


YB Dato' Abdul Rahman Dahlan menyampaikan anugerah kepada pelajar


Kumpulan Koir sekolah mempersembahkan lagu


Pengetua, YB Dato; Rahman Dahlan dan Wakil PPD


Suasana di Mini Tamu

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENATARAN WARGA SMARD 2009

Majlis Kesyukuran dan Penataran Warga SMARD bagi tahun 2009 telah diadakan pada 28hb Mei 2009. Majlis tersebut telah diramsikan oleh En. Abdul Bahkrin Mohd Yusof Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud

Tujuan majlis ini ialah untuk memberi pengikhtirafan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam setiapa mata pelajaran dalam tingkatan  masing-masing dalam peperiksaan dalaman sekolah. Selain itu pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam di peringkat PMR, SPM dan STPM  juga diberi pengikhtirafan. Pelajar- pelajar ya
ng cemerlang dalam kegiatan Kokurikulum juga tidak dilupakan di mana mereka juga turut menerima anugerah di dalam majlis tersebut.
  Seramai 79 orang penerima anugerah dalam bidang akademik dan seramai 8 orang penerima anugerah dalam bidang kegiatan Kokurikulum.

Bagi peperiksaan PMR dan SPM kelayakan minima yang layak diberi anugerah ialah 6A keatas, bagi STPM pula ialah PNGK 2.50 keatas.

Manakala bagi kegiatan dalam bidang Kokurikulum penerima harus mewakili negeri dalam sebanarng kegiatan Kokurikulum.

Penerima anugerah dalam peperiksaan dalaman dan penerima dalam kegiatan Kokurikulum menerima Folder dan Sijil Penghargaan, manakala bagi peperiksaan awam PMR, penerima yang mempunyai pencapaian paling tinggi menerima Folder , Sijil Penghargan dan Wang Tunai sebanyak RM500.
00, bagi peperiksaan SPM pelajar yang memperolehi pencapaian terbaik menerima Folder, Sijil Penghargaan da
n Wang Tunai sebanyak RM750.00, manakala peperiksaan STPM pula pelajar terbaik menerima, Fo
lder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM1000.00.
Yang Berbahagia
 Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Bin Said Keruak  telah menderma hadiah-hadiah kepada pelajar terbaik dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM . PIBG dan Koperasi Sekolah 
juga turut memberi sumbangan dalam menjayakan majlis tersebut.  

Pelajar Terbaik STPM 2008 En. Carll Marck Bait telah menerima Folder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM1000.00. Keputusan Terbaik SPM 2008 pula ialah En Badrul Matsun (8A). Beliau menerima Folder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM750.00. Bagi Peperiksan PMR, pelajar terbaiknya ialah Cik Evlynda Binti Binti Yukin, Leornard Bobby Bin Linus, Kennedy Yamil, dan Seha Zaee Petrus. Mereka masing-masing memperolehi 7A dalam peperiksaan PMR 2008. Keempat-empat mereka menerima Folder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM500.00 seorang.