Satu kursus Interactive Evaluation System telah diadakan di sekolah ini selama 4 hari berturut-turut iaitu dari 2 - 5 Februari yang lalu. Ssaran kursus ini laha guru-guru sidang petang yang mengajar mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Objektif bagi kursus ini ialah mendedahkan kepada guru-guru bagaimana menggunakan software yang intraktif dalam pengajaran subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Di akhir kursus ini satu demo pengajaran micro teaching telah dilakukan oleh peserta kursus untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka dalam menggunakan software tersebut. MicroTeaching tersebut turut disaksikan oleh Puan Latifah Haji Mustakim Pengetua SMK Arshad Kota Belud