Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

Seminar PPDa Peringkat Negeri Sabah di Kota Belud Pada 24 Julai 2008



Seramai 105 orang pelajar Sekolah Menengah dari 7 buah Sekolah Menengah di daerah Kota Belud telah menyertai Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2008. Sebanyak 3 tajuk cermah yang masing-masing telah disampaikan oleh En Fadzil Mohd Jamil Pegawai Khas Kaunseling PPG Kota Belud, En Timbol Durahim JU Negeri Sabah PPDa dan En Ahmad Shukri DIn dari AADK. Selain ceramah , pameran dari AADK dan PUSPA juga telah diadakan.


Seminar PPDa tersebut telah dirasmikan oleh En. Ednan, Penolong Pengarah SPK , mewakili Ketua Sektor SPK Jabatan Pelajaran Sabah.

Seminar Modul Perkidmatan Bimbingan dan Kaunseling



Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud telah menganjurkan Seminar Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah yang bertempat di SMK Sungai Damit Tamparuli pada 9 Julai 2008. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Unit Bimbingan dan Kaunseling SPK Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, En.Awang Madsaid. Dalam seminar tersebut 3 tajuk seminar yang telah disampaikan oleh JU Modul dan JU ICT L4 pada hari tersebut. Dua orang JU negeri Modul Bimbingan dan Kaunseling ialah En. Sharizan Abdullah Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Likas, En. Albert Alin Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Sungai Damit Tamparuli manakala JU-ICT L4 negeri ialah En. Dusi Gunting Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Arshad Kota Belud. Seminar tersebut telah ditangguh oleh Pengawai Khas Kaunseling dan Keutuhan PPG Kota Belud En. Fadzil Mohd Jamil.




Dengan adanya pendedahan modul dan pelaporan L4 secara online, maka diharap para Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah dapat memperkasakan lagi perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah masing-masing.

Perasmian Program Mentor-Mente


Program Mentor-Mente telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Latifah Haji Mustakim Pengetua SMARD pada 7 Julai 2008. Program Mentor-Mente ini adalah khusus untuk pelajar-pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki Peperiksaan PMR pada tahun ini. Untuk menjayakan program ini, barisan pentadbir sekolah iaitu Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang, semua Ketua Bidang, Guru Bimbingan dan Kaunseling, dan semua guru yang terlibat mengajar Tingkatan Tiga akan menjadi mentor antara 5/6 orang pelajar Tingkatan Tiga.

Guru Praktikum Dari UMS

Seramai lima orang pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalani Praktikum di sekolah ini selama tiga bulan bermula pada hari ini 7 Julai 2008. Mereka ialah Ahmad Ridhwan Mohamed, Iza Fahrizan Aziz, Roziana Lamad, Ting Min Min, dan Pheh Li San. Mereka menjalani praktikum mengajar dalam kelas-kelas Tingkatan Empat Sains dan Sains Sosial.

Seminar Pendidikan Keibubapaan

Sempena Hari Kurikulum SMK Arshad, satu seminar pendidikan keibubapaan telah diadakan di sekolah ini pada 5 Julai 2008 bersamaan Hari Sabtu. Seminar tersebut telah disampaikan oleh Encik Liasin Kaloh Pengetua SMK Sikuati Kudat.Beliau telah menyampaikan seminar/ceramah mengenai halatuju pendidikan selepas PMR, SPM dan STPM. Selain dari seminar tersebut ibu bapa juga berpeluang berdiskusi dengan guru kelas anak mereka tentang perkembangan anak mereka dalam akademik. Melalui diskusi dua hala ini diharap ibu bapa akan lebih memahami lagi permasalahan anak-anak mereka di sekolah. Dengan itu ibu bapa dan guru akan dapat berganding bahu untuk membantu menyelasaikan masalah anak-anak mereka.

Taklimat Mentor-Mente


Kelihatan En.Ku Zainuddin Ku Mahasan Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Arshad memberi taklimat program Mentor-Mente. Kelihatan juga duduk sebelah kanan ialah Guru Penolong Petang Pn. Dg Adiba

Program Mentor-Mente Bagi Pelajar PMR


Program Mentor-mente bagi pelajar Tingkatan 3 SMK Arshad akan diadakan pada Julai, Ogos dan September 2008. Program ini telah dibentangkan oleh En Ku Zainuddin Ku Mahasan Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Arshad Kota Belud.

Taklimat Pelaporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling L4

Satu taklimat Pelaporan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling L4 untuk semua Guru Bimbingan Kaunseling sekolah menengah dan sekolah rendah akan diadakan di SMK Sungai Damit Tamparuli pada 9 Julai 2008. Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling yang terlibat akan menerima surat jemputan secara rasmi nanti. Para Guru Bimbingan dan Kaunseling dikehendaki membawa bersama laptop dan pen drive pada masa taklimat tersebut.

Tarikah Taklimat: 9 Julai 2008 (Rabu)
Tempat : SMK Sungai Damit Tamparuli
Jam : 1.30 pm .

Sekiranya ada sebarang masalah dan pertanyaan sila berhubung dengan Pegawai Khas Kaunseling dan Keutuhan PPG Kota Belud En. Fadzil Mohd Jamil.

TAKLIMAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI KOTA BELUD


En. Awang Madsaid Penolong Pengarah SPK Jabatan Pelajaran Negeri Sabah sedang menyampaikan taklimat perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Belud. Kelihatan duduk sebelah kanan beliau ialah En.Fadzil Mohd Jamil Pegawai Khas Kaunseling dan Keutuhan PPG Kota Belud

TAKLIMAT PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI KOTA BELUD








Pada 2 Julai, 2008 satu taklimat Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Belud telah diadakan di Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pengarah SPK Jabatan Pelajaran Sabah En. Awang Madsaid. Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut iaah Pegawai Khas Kaunseling dan Keutuhan PPG Kota Belud, En. Fadzil Mohd Jamil. Taklimat perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling itu diadakan dengan harapan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah dapat menambah baik perkhidmatan mereka di sekolah. Dalam siri jelajah di setiap gabungan,En.Awang Madsaid telah pun menyampaikan taklimat di daerah- daerah yang lain. Manakala esok beliau akan terus memberi taklimat perkara yang sama di daerah Pitas.

BENGKEL LAPORAN PERKHIDMATAN DI GOLDCOURSE HOTEL KLANG


Ini lah peserta dari Sabah JU-ICT di Hotel Goldcourse Klang Selangor pada 23-26 Jun 2008. Berdiri dua dari Kiri: En. Wahab (Beaufort) En. Nawawi Penyelia Kaunseling di SPK KK, En. Muslih (Kota KInabalu),En. Dusi (Kota Belud),En. Khairudin (Kota Marudu),En. Juasin (Keningau),Puan Julia (Lahad Datu), Cik Norzaidah (Tawau), En. Shahrizan (YDP MGKK Kota Kinabalu), dan yang duduk En. Mahazi (Sandakan)

PELAJAR TINGKATAN ENAM SIBUK MENGULANGKAJI





Beginilah pelajar-pelajar Tingkatan Enam Atas sibuk mengulangkaji pelajaran di Bilik Kaunseling pada sebelah petang.

PENCERAMAH DARI PTPL


Penceramah dari PTPL : Cik Dayang Salwati, Cik Laura dan Cik Hajar

GAMBAR-GAMBAR SEMASA CERAMAH MOTIVASI DAN STRATEGIMENDUDUKI PEPERIKSAAN OLEH PTPL





Pelajar-pelajar yang menghadiri ceramah dari PTPL