Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

PROGRAM PAMERAN PENDIDIKAN 2013

Pada 25 April 2013 Program Pameran Pendidikan 2013 telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

Antara tujuan program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan 6 kemahiran menghadiri TEMUDUGA dan penulisan RESUME melalui satu ceramah dari Jabatan Tenaga Kerja Daerah Kota Belud.

Selain daripada itu program ini juga memberi maklumat kepada pelajar bagi halatuju pendidikan selepas SPM dan STPM melalui pameran-pameran dari beberapa IPTS di sekitar Sabah yang datang menyertai program ini.  Sebanyak tujuh IPTS dan satu Jabatan kerajaan telah menyertai program ini iaitu PTPL, MAHSA KOLEJ, MASTERSKILL, KTAR, KOLEJ UNIVERSITI COSMOPOINT, KCC, ASCOT ACADEMY DAN JABATAN TENAGA KERJA . Sebanyak lima buah sekolah menengah di daerah Kota Belud  turut menyertai program ini iaitu  SMK Usukan, SMK Agama Tun Said, SMK Pekan Kota Belud II dan SMK Tambulion dan SMK Arshad sebagai penganjur.

Pihak sekolah merakamkan setinggi -tinggi penghargaan kepda semua yang terlibat menjayakan program ini.


 Wakil dari Masterskill

 Wakil dari PTPL Kolej

 Wakil dari Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR)

Wakil dari  Ascot Academy

 Wakil dari Cosmopoint

 Wakil dari KCC

 Jabatan Tenaga Kerja Daerah Kota Belud

 Penceramah dari JTK

 Demo Penyediaan Makanan dari Pelajar Ascot Academy

Pelajar yang hadir dalam program ini