Sambutan Hari Guru 2016
Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.
Sambutan hari Raya 2016
Pengetua melawat meja makanan staf.
Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-56 2016
Acara Padang.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016
Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016
Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
MOTIVASI PELAJAR PMR, SPM DAN STPM 2010
Pada 4 dan 5 Mei yang lalu Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan MOTIVASI kepada pelajar PMR, SPM dan STPM yang bakal menduduki peperiksaan tahun 2010. Penceramah Motivasi EN. Azahari Amit dari Kota Marudu telah di jemput sebagai penceramah dalam dua hari berturut-turut.
PROGRAM MOTIVASI DAN SELANGKAH KE MENARA GADING
Program Motivasi dan Selangkah ke Menara Gading yang telah dianjurkan oleh Yayasan PEKEMA dengan kerjasama SMK Arshad Kota Belud telah diadakan di sekolah ini pada 3 Mac 2010 yang lalu. Antara Pengisian dalam program ini ialah taklimat dan perkongsian dengan guru Bahasa Inggeris tentang pengalaman dan cabaran dalam mengajar Mata Pelajaran Bahasa Inggeris. Selain itu motivasi, tip-tip dalam belajar Bahasa Inggeris serta maklumat kemasukan ke UiTM juga telah didedahkan kepada semua pelajar Tingkatan 5.
Program yang dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan PEKEMA dan dilaksanakan oleh En. Ahzar Othman dari Peak Yeald Sdn Bhd bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Arshad Kota Belud telah membawa Prof. Madya Roslan Mokhtar dari UiTM Manggatal Sabah sebagai penceramah.
Wakli dari Yayasan PEKEMA Arthur Labansing menjelaskan bahawa mereka sudah pun melaksanakan program seperti itu di beberapa buah sekolah di sebelah kudat dan Kota Marudu di sekolah luar bandar yang terpilih. Program ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar di sekolah luar bandar dalam usaha untuk menjadikan mereka cemerlang dalam peperiksaan.
MOTIVASI PMR, SPM & STPM 2009
Satu motivasi telah dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah pada 5 dan 6 Mei 2009. Motivasi ini atau dipanggil sebagai PROGRAM PERMATA PELAJAR telah diad
akan khusus kepada pelajar pelajar Tingkatan tiga, lima dan enam atas. Motivator dalam program ini ialah En. Hilter Yew iaitu merupakan salah seorang motivator dari
Sabah yang tidak asing lagi .Di dalam program motivasi yang telah dikendalikan oleh beliau, pelajar telah diberi banyak aktiviti-aktiviti yang

menarik yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kekurangan dan kele

mahan sikap, merangsang pelajar supaya membuang sikap-sikap negatif yang boleh menyebabkan kegagalan dalam pe

periksaan, serta membina matlamat baru dalam diri dan menghayati peranan sebagai seorang pelaj
ar, dansebagai seorang anak kepada sebuah keluarga.

CERAMAH MOTIVASI, PENGURUSAN MASA & TEKNIK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
Program Motivasi, Ceramah Pengurusan Masa dan Strategi Mendudui Peperiksaan akan diadakan pada 1 Julai 2008 (Selasa) bertempat di Dewan Sekolah. Sasaran bagi program ini adalah pelajar-pelajar Tingkatan Lima.





















