Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

KEM KEPIMPINAN (KEMAMPIN) TAHUN 2009









Kem Kepimpinan(KEMAMPIN) telah diadakan pada 27 – 29 Mac 2009 di sekolah ini. Kem Kepimpinan (KEMAMPIN) ini telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), dibantu oleh Urusetia Disiplin dan Unit BImbingan dan Kaunseling Sekolah. Para peserta bagi KEMAMPIN pada kali ini ialah dikalangan ahli-ahli Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), Pengawas Pusat Sumber (PPS), dan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Sepanjang sejarah KEMAMPIN di sekolah ini, KEMAMPIN pada kali ini adalah merupakan yang pertama seklai dil


aksanakan dengan mengabungkan penyertaan  dari 5 badan di sekolah sebagai peserta dan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola.

 

Seramai 113 orang peserta KEMAMPIN di kalangan Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), Pengawas Pusat Sumber(PPS) dan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Manakala seramai 66 orang ahli jawatan pengelola telah bertungkus lumus dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan dalam kem tersebut.

 

KEMAMPIN ini telah ditutup dengan rasminya oleh Yang Berbahagia Puan Latifa

h Haji Mustakim Pengetua sekolah.

PERTANDINGAN PIDATO DI RAJA (BAHASA MELAYU) SMK & SK PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2009








Pertandingan Pidato Di Raja  Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah peringkatan daerah Kota Belud telah diadakan pada 26 Mac 2009 . SMK Arshad sekali lagi menjadi venu pertandingan bagi  program ini. Kesemua 8  buah Sekolah Menegah di daerah ini telah menghantar peserta dalam pertandingan ini. Manakala bagi sekolah rendah hanya satu Zon sahaja yang menghantar peserta dari empat  buah Zon.

 

Berikut adalah keputusan bagi pertandingan tersebut:

 

JOHAN           : MOHD SHAHRIL B ABD. KARIM (SMKA TUN SAID)

KEDUA           : ALEX BRYNE SIKAT (SMK PEKAN II)

KETIGA          : NORNISA KELIM (SMK PEKAN)

 

Pertandingan tersebut telah ditutup dengan rasminya oleh Yang Berbahagia En Suhaindo Rambayau Penolong Pegawai Pelajaran  Daerah Kota Belud merangkap mewakili Pegawai Pelajar Daerah Kota Belud.

CERAMAH KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 5







Pada 11 Mac 2009 satu ceramah Kemahiran Belajar telah disampaikan oleh Kolej PTPL di sekolah ini dalam usaha memberi kemahiran dan teknik belajar yang sistematik kepada semua pelajar Tin

gkatan 5.

 Ceramah ini merupakan pengisian program Ceramah Kemahiran Belajar yang telah dirancang oleh  Unit Bimbingan 

dan Kaunseling SMK Arshad Kota Belud. Seramai 4 orang Pensyarah dari Kolej PTPL Kota Kinabalu yang diketuai oleh Hajar Ambolau. Pihak kolej telah memberi ceramah tersebut dengan percuma kepada pelajar-pelajar di sekolah ini. Strategi penyampaian ceramah yang dibuat di dalam kelas telah menarik pelajar untuk mengikuti dengan penuh perhatian. Pihak sekolah memanjatkan ucapan setinggi penghargan kepada pihak pengurusan Kolej PTPL kerana sentiasa bersedia memberi sumbangan kepada sekolah ini dalam usaha sekolah ini membantu para pelajar ke arah kecemerlangan dalam akademik.