Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

MAJLIS PERJUMPAAN IBU BAPA/PENJAGA PELAJAR TINGKATAN 4 DENGAN PENGURUSAN SEKOLAH

Satu majlis perjumpaan ibu bapa/penjaga pelajar Tingkatan 4 2012 dengan pihak pengurusan sekolah telah diadakan  sebagai satu pengisian dalam MHP pelajar Tingkatan 4. Majlis ini bertujuan memberi penerangan tentang pencapaian sekolah dalam bidang akademik dan Kokurikulum tahun tahun lalu . Majlis ini juga bertujuan memberi penerangan kepada ibu bapa / penjaga tentang mata pelajaran menengah atas yang ditawarkan di sekolah ini.

Majlis ini juga memberi peluang kepada ibu bapa/penjaga menyuarakan segala kemusykilan dalam sesi dialog kepada  pengurusan sekolah.











Moderator Sesi Dialog

PENUTUPAN MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4 2012

Minggu Haluan Pelajar Tingkatan telah dijalankan dari 5hb - 12hb Januari. MHP ini telah dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama dengan Ahlijawatankuasa Minggu Haluan Pelajar SMK Arshad Kota Belud. Antara pengisian dalam program ini ialah taklimat mata pelajaran elektif, pensijilan SPM, Kerjaya, Biasiswa, SPBT, Asrama , dialog ibu bapa/ penjaga dengan pengurusan sekolah, dan budaya dan peraturan / disiplin sekolah.

MHP Tingkatan 4 telah ditutup oleh Hajah Latifah Hj Mustakim, Pengetua pada 12hb Januari sekaligus pada hari yang sama Ashmir Abdul Raus Penolong Kanan HEM mengumumkan nama-nama pelajar mengikut kelas yang mereka pilih sesuai dengan keputusan PMR dan minat mereka.







Juruacara Pelajar mendapat 9A PMR 2011

SBPA disemak semula selesai isu berbangkit - PM


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula.
Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.
"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.
Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.
Najib juga berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.
"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.
Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lepas.
Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. - BERNAMA

PELAJAR CEMERLANG PMR 2011 SMK ARSHAD KOTA BELUD

 Pelajar Mendapat 6A - 9A PMR 2011
 Pelajar Mendapat 9A PMR
 Pelajar Mendapat 8A PMR
 Pelajar Mendapat 7A PMR
Pelajar Mendapat 6A PMR

SBPA: TURUNKAN MARKAH SUNTIK SEMANGAT PENJAWAT AWAM

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama)-- Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menjadi suntikan semangat bagi semua penjawat awam.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Hashim Adnan berkata langkah itu membuktikan kerajaan tidak pernah membelakangkan keperluan dan kehendak semua penjawat awam di negara ini.

"Ia satu tawaran yang cukup menyeronokkan terutama bagi warga pendidik dan saya bagi pihak 450,000 ahli merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan JPA," katanya kepada Bernama, di sini pada Rabu.

Beliau diminta mengulas keputusan JPA pada Selasa untuk menurunkan markah penilaian prestasi daripada 75 kepada 65 setelah mengadakan perbincangan hampir lima jam dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Putrajaya.

Di bawah SBPA asal, seseorang penjawat yang memperolehi markah prestasi kurang daripada 75 tidak layak untuk menikmati kenaikan gaji.

Keputusan itu turut disambut baik Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia yang menganggap langkah tersebut membuka peluang lebih luas untuk penjawat awam menikmati kenaikan gaji terutama dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Presidennya Hamzah Masri berkata keputusan itu merupakan sesuatu yang dinantikan oleh lebih 3,000 anggota kesatuan yang sebelum ini bimbang tidak dapat menikmati kenaikan gaji jika gagal mencapai markah yang ditetapkan.

"Bukan senang nak capai 75 tapi bila dah turunkan ke 65, memang kita sambut baik," katanya.

Hamzah berharap perkara yang dibangkitkan dalam rundingan pada Selasa dapat diperincikan dan tidak ada yang terlepas pandang demi kecemerlangan perkhidmatan awam di negara ini.

Pendapat sama turut disuarakan Presiden Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) Abdul Rahim Jantan yang menyifatkan langkah itu sebagai menghargai warga perkhidmatan awam.

Beliau turut berterima kasih kepada JPA yang setuju menyelaras semula markah bagi pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) daripada 70 kepada 60.

"Walaupun markah itu diturunkan, namun ia tidak boleh dipandang mudah oleh penjawat awam, sebaliknya tunjukkan prestasi yang baik sebagai tanda terima kasih," katanya.

Dasar Pemisah menetapkan seseorang penjawat awam boleh dibersarakan awal jika memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang rendah iaitu kurang 70 peratus.

Seorang jururawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Selangor yang mahu dikenali sebagai Zarina, 32, berkata keputusan JPA itu memberi peluang kepada semua penjawat awam untuk mendapat manfaat daripada SBPA.

"Ini memang baguslah, saya suka tapi kalau boleh bagi penjelasan lebih lanjut tentang skim ini sebab masih tak berapa faham," katanya.

Nordin Hamid, 39, seorang Penerbit Rancangan di Radio Televisyen Malaysia juga sependapat dengan Zarina yang mahu penjelasan terperinci mengenai skim itu diberikan.

"Saya sambut baik skim ini banyak kebaikannya tapi kalau boleh nak penjelasan lebih banyak tentang faedah lain yang bakal dinikmati," katanya.

CPPS LAHIRKAN KEPRIHATINAN TERHADAP PINDAAN KEPADA SBPA

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Institut Kepimpinan Strategik Asia (Asli) melahirkan keprihatinannya terhadap beberapa pindaan kepada Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berikutan tercapainya persetujuan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Cuepacs.

"Orang ramai, seperti juga Cuepacs dan kerajaan, akan merasa 'lega' dengan persetujuan ini ketika tahun berakhir.

"Bagaimanapun, akan wujud kebimbangan awam terhadap beberapa 'pindaan serta merta' yang dibuat semasa rundingan yang mungkin telah tidak mengambil kira harga tinggi yang telah dibayar bagi penambahbaikan SBPA," kata pengerusi CPPS Tan Sri Ramon Navaratnam.

JPA dan Cuepacs semalam mencapai persetujuan untuk membuat beberapa pindaan segera bagi menambahbaik SBPA.

Navaratnam, dalam satu kenyataan Rabu berkata, mengurangkan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dari 75 ke 65 peratus bagi sesuatu kenaikan gaji bererti JPA telah mengorbankan sasaran prestasi untuk memudahkan penjawat awam layak mendapatkan kenaikan gaji.

CPPS juga menyatakan keprihatinan terhadap penurunan markah bagi dasar pemisah (exit policy), dari 70 ke 60 peratus, dan tempoh prestasi rendah kini dilanjutkan ke 12 bulan dari enam bulan.

"Bagaimanapun, persetujuan untuk mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan wajar dipuji.

"Langkah ini akan membolehkan lebih banyak peluang bagi menggalakkan Cuepacs mengemukakan cara untuk mempertingkat standard mutu dalam perkhidmatan awam, daripada hanya semata-mata memberi tumpuan kepada kenaikan gaji," kata beliau.

CPPS juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan, JPA dan Cuepacs kerana berjaya menyelesaikan SBPA sebelum muncul tahun baru.