Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

MAJLIS PERAYAAN HARI GURU & KERAIAN STAF SMARD 2009

Kelab Staf SMARD telah menganjurkan Majlis Perayaan Hari Guru dan Keraian Staff SMARD bagi 2009.  Satu majlis tetapi mempunyai dua perkara yang disambut iaiatu Perayaan Hari Guru Peringkat sekolah dan Keraian Staf sekolah.

Sempena Sambutan P



erayan Hari Guru peringkat sekolah, En. Pauze Abdul Majid Penolong Kanan Pentadbiran telah m
embaca perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia, dan EN. Shahrom Sha
ari Penolong Kanan KoKurikulum pula telah membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Selain dari bacaan perutusan dan u
capan Puan Latifah Haji Mustakim Pengetua SMK Arshad Kota Belud,  acara pertukaran hadiah di antara guru-guru juga telah diadakan. Selain itu pelajar juga menyampaikan hadiah-hadiah kepada guru kelas dan guru-guru mata pelajaran yang lain.

TEMA HARI GURU TAHUN 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Manakala dalam Majlis Keraian Staf pula selain dari ucapan Cik Jacylin Aling Setiaus
aha Kelab Staf SMARD mewakili Pengerusi KSS, dan ucapan Pengetua,  hadiah-hadiah bagi warga staf yang telah melangsungkan perkhawinan tahun ini, mereka yang mendapat cahaya mata pada tahun ini dan mereka yang telah menyambut hari jadi dari bulan Jan - Jun telah disampaikan di dalam majlis ini.

MAJLIS KESYUKURAN DAN PENATARAN WARGA SMARD 2009

Majlis Kesyukuran dan Penataran Warga SMARD bagi tahun 2009 telah diadakan pada 28hb Mei 2009. Majlis tersebut telah diramsikan oleh En. Abdul Bahkrin Mohd Yusof Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud

Tujuan majlis ini ialah untuk memberi pengikhtirafan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam setiapa mata pelajaran dalam tingkatan  masing-masing dalam peperiksaan dalaman sekolah. Selain itu pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam di peringkat PMR, SPM dan STPM  juga diberi pengikhtirafan. Pelajar- pelajar ya
ng cemerlang dalam kegiatan Kokurikulum juga tidak dilupakan di mana mereka juga turut menerima anugerah di dalam majlis tersebut.
  Seramai 79 orang penerima anugerah dalam bidang akademik dan seramai 8 orang penerima anugerah dalam bidang kegiatan Kokurikulum.

Bagi peperiksaan PMR dan SPM kelayakan minima yang layak diberi anugerah ialah 6A keatas, bagi STPM pula ialah PNGK 2.50 keatas.

Manakala bagi kegiatan dalam bidang Kokurikulum penerima harus mewakili negeri dalam sebanarng kegiatan Kokurikulum.

Penerima anugerah dalam peperiksaan dalaman dan penerima dalam kegiatan Kokurikulum menerima Folder dan Sijil Penghargaan, manakala bagi peperiksaan awam PMR, penerima yang mempunyai pencapaian paling tinggi menerima Folder , Sijil Penghargan dan Wang Tunai sebanyak RM500.
00, bagi peperiksaan SPM pelajar yang memperolehi pencapaian terbaik menerima Folder, Sijil Penghargaan da
n Wang Tunai sebanyak RM750.00, manakala peperiksaan STPM pula pelajar terbaik menerima, Fo
lder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM1000.00.
Yang Berbahagia
 Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Bin Said Keruak  telah menderma hadiah-hadiah kepada pelajar terbaik dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM . PIBG dan Koperasi Sekolah 
juga turut memberi sumbangan dalam menjayakan majlis tersebut.  

Pelajar Terbaik STPM 2008 En. Carll Marck Bait telah menerima Folder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM1000.00. Keputusan Terbaik SPM 2008 pula ialah En Badrul Matsun (8A). Beliau menerima Folder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM750.00. Bagi Peperiksan PMR, pelajar terbaiknya ialah Cik Evlynda Binti Binti Yukin, Leornard Bobby Bin Linus, Kennedy Yamil, dan Seha Zaee Petrus. Mereka masing-masing memperolehi 7A dalam peperiksaan PMR 2008. Keempat-empat mereka menerima Folder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM500.00 seorang.

MOTIVASI PMR, SPM & STPM 2009

Satu motivasi telah dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah pada 5 dan 6 Mei 2009. Motivasi ini atau dipanggil sebagai PROGRAM PERMATA PELAJAR telah diadakan khusus kepada pelajar pelajar Tingkatan tiga, lima dan enam atas.  Motivator dalam program ini ialah En. Hilter Yew iaitu merupakan salah seorang motivator dari Sabah yang tidak asing lagi .

Di dalam program motivasi yang telah dikendalikan oleh beliau,  pelajar telah diberi banyak aktiviti-aktiviti yang 
menarik yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kekurangan dan kele
mahan sikap, merangsang pelajar supaya membuang sikap-sikap negatif yang boleh menyebabkan kegagalan dalam pe
periksaan, serta membina matlamat baru dalam diri dan  menghayati peranan  sebagai seorang pelaj
ar, dansebagai  seorang  anak kepada sebuah keluarga.