Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

PROGRAM DIDIK BERITA HARIAN UNTUK PELAJAR SPM 2012

Pada 29 dan 30 September 2012 baru-baru ini satu seminar Didik Berita Harian Anjuran dan tajaan oleh Bank Rakyat telah diadakan di SMK Usukan Kota Belud. Seminar ini selain dari mendedahkan teknik menjawap kertas soalan SPM Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik, pelajar juga telah dihidangkan dengan slot Motivasi.

Lapan buah sekolah menengah di daerah ini dan seramai 30 orang pelajar dari setiap sekolah menengah telah menyertai  seminar ini.

PESERTA DIDIK BERITA HARIAN BERGAMBAR  SELEPAS SEMINAR

RENUNGAN BUAT PELAJAR

Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya


Ruyung ialah kulit atau kayu yang keras daripada batang pokok rumbia. Pokok ini menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan sagu. Bagi mendapatkan sagu, kulit pada pokok rumbia tersebut harus dipecah-pecahkan terlebih dahulu. Pokok ini pula sukar didekati kerana kedudukannya yang kadang-kadang berdekatan dengan paya dan di dalam hutan. Pendek kata, usaha untuk mendapatkan sagu bukanlah satu usaha yang mudah. Dari rumah lagi, seorang pencari sagu harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Parang dan kapak seharusnya tajam. Persiapan menghadapai binatang-binatang berbisa dan lain-lain kemungkinan juga harus dititik beratkan.

Maksud pepatah jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya bermaksud sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.
Bagi mencapai sesuatu matlamat, seseorang itu harus berusaha. Usaha yang berterusan harus mempunyai elemen-elemen berikut:

1. Mempunyai kemahuan yang kuat untuk mencapai kejayaan.

2. Mempunyai keyakinan yang tinggi, bahawa usaha hebat akan menghasilkan kejayaan.

3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan sanggup membantu orang lain bagi mencapai kejayaan yang sama.

4. Mempunyai kaedah yang hebat untuk Berjaya.

Rumusan:

Kesungguhan untuk Berjaya boleh menghasilkan kejayaan. Usaha mencapai kejayaan itu, pelbagai kaedah boleh digunakan mengikut kesesuaian masing-masing.

Impian yang tinggi tanpa diiringi usaha adalah sesuatu yang sia-sia. Secara umumnya usaha yang sedikit pula akan menatijahkan hasil yang tidak seberapa. Oleh itu, sebagaimana kita meletakkan impian dan matlamat yang tinggi untuk dicapai, maka usaha juga perlulah luar biasa kerana kejayaan yang luar biasa tidak akan datang bergolek begitu sahaja.