KEM KEPIMPINAN (KEMAMPIN) TAHUN 2009









Kem Kepimpinan(KEMAMPIN) telah diadakan pada 27 – 29 Mac 2009 di sekolah ini. Kem Kepimpinan (KEMAMPIN) ini telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), dibantu oleh Urusetia Disiplin dan Unit BImbingan dan Kaunseling Sekolah. Para peserta bagi KEMAMPIN pada kali ini ialah dikalangan ahli-ahli Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), Pengawas Pusat Sumber (PPS), dan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Sepanjang sejarah KEMAMPIN di sekolah ini, KEMAMPIN pada kali ini adalah merupakan yang pertama seklai dil


aksanakan dengan mengabungkan penyertaan  dari 5 badan di sekolah sebagai peserta dan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola.

 

Seramai 113 orang peserta KEMAMPIN di kalangan Pengawas, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas, Pembimbing Rakan Sebaya(PRS), Pengawas Pusat Sumber(PPS) dan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Manakala seramai 66 orang ahli jawatan pengelola telah bertungkus lumus dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan dalam kem tersebut.

 

KEMAMPIN ini telah ditutup dengan rasminya oleh Yang Berbahagia Puan Latifa

h Haji Mustakim Pengetua sekolah.

0 comments: