Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

PERTANDINGAN CYBERKIDS MAXIS PERINGKAT KEBANGSAAN

GAMBAR: DARI KIRI STEVEN, ABRALINE, NOOR MARLEA, MARDHIYYATUL, DEE DYRIANE GENEVYIE DAN ARNOLD

KUALA LUMPUR: 11-13 November 2009 Pertandingan Cyberkids MAXIS peringkat kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur. Sebanyak 12 buah sekolah di seluruh negara telah menyertai dalam pertandingan ini iaitu 4 buah sekolah dari Sabah, 4 buah dari Sarawak, 2 buah dari Melaka, 1 buah dari Perlis dan 1 buah dari Pahang.

Dalam pertandingan ini SMK Arshad Kota Belud telah diumumkan sebagai penerima Hadiah Utama dengan mendapat RM4 000.00, 2 buah komputer riba dan sijil kepada peserta dari sekolah ini. SMK Pekan Kota Belud Sabah mendapat Johan, tempat kedua salah satu sekolah dari Sarawak dan tempat ketiga salah satu sekolah dari Melaka.

Johan mendapat RM3 000.00, sebuah laptop dan sijil, tempat kedua mendapat RM2 000.00, sebuah Laptop dan sijil, tempat ketiga mendapat RM1000.00, sebuah Laptop dan sijil.

Sekolah -sekolah lain juga menerima saguh hati dari pihak MAXIS sebagai pengajur pertandingan ini.

Manakala 3 buah sekolah dari Sabah iaitu SMK Arshad Kota Belud, SMK Pekan Kota Belud dan SMK Pekan Dua Kota Belud bersama-sama sekolah yang mendapat tempat kedua dan ketiga akan mewakili Malaysia ke Kem Cyberkids peringkat ASEAN yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 6 - 11 Disember 2009.

Kem Cyberkids peringkat ASEAN akan disertai oleh semua negara ASEAN termasuk negara India.

PROGRAM MAXIS CYBER KIDS PERINGKAT KEBANGSAAN

GAMBAR: PASUKAN MAXIS CYBER KIDS SMK ARSHAD KOTA BELUD. HALI ABDUL GHANI JURULATIH (TENGAH)

GAMBAR : PESERTA PASUKAN MAXIS CYBER KIDS DARI SMK ARSHAD BERGAMBAR BERSAMA DI LOKASI PROJEK YANG MEREKA PERTANDINGKAN.

Empat buah sekolah menengah dari Sabah akan memikul cabaran dalam Pertandingan Program Maxis Cyber Kids anjuran Syarikat Telekomunikasi MAXIS yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 -13 Nov 2009.

Empat buah sekolah dari Sabah ialah 3 buah dari daerah Kota Belud iaitu SMK Arshad Kota Belud, SMK Pekan Kota Belud dan SMK Pekan Dua Kota Belud serta SMK Nangka Dari Daerah Tuaran.

Dalam Pertandingan selama 3 hari ni sebanyak 12 buah sekolah menengah seluruh Malaysia akan berentap untuk memilih sekolah yang terbaik untuk mewakili Malaysia ke pertandingan peringkat ASEAN. Selain dari empat buah sekolah dari Sabah, empat buah lagi dari Sarawak, dua dari Melaka dan masing-masing satu dari Perlis dan Pahang

Dua belas sekolah yang bertanding di peringkat kebangsaan ini masing-masing telah mengharungi pertandingan di peringkat Zon Negeri masing-masing. Sekolah-sekolah yang terpilih ke pertandingan peringkat kebangsaan telah dinilai melalui persembahan secara live dan melalui maklumat projek dalam website dan blog pasukan masing-masing di dalam website MAXIS.

Peserta Maxis Cyber Kids dari SMK Arshad Kota Belud Sabah ialah Hali Abdul Ghani (Jurulatih ) Mohd Taufiq Baino @ Abdullah (Guru Pengiring), Avralinetine Epin , Arnold Yamil, Mardhiyyatul AA Bakhruddin, Steven Lo Lit Eang, Dee Dylrianye Genevye Dusi, Noor Marlea Bahundal.