Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

BENGKEL E-PELAPORAN L4 DAN L8 ZON SABAH 2009

EN. AWANG MADSAID PENOLONG PENGARAH
SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN JPN SABAH
GAMBAR: BARISAN JURULATIH NORHISAM, AWANG PALILA DAN AZMAN HAMBALI

GAMBAR: MASING-MASING SIBUK MEMPRAKTIK YANG DIAJAR DALAM BENGKEL

GAMBAR : KELIHATAN PESERTA DARI KOTA MARUDU KHAIRUDIN JURULATIH NEGERI (TENGAH)

GAMBAR : PARA PESERTA MENDENGAR PENCERAMAH

GAMBAR: PARA PESERTA BENGKEL L4 DAN L8

GAMBAR : PARA PSERTA BENGKEL E-PELAPORAN L4 DAN L8
DI RUBY HOTEL KOTA KINABALU 22-23 OKTOBER 2009

KOTA KINABALU: Pada 22 - 23 Oktober 2009 satu Bengkel e-Pelaporan L4 dan L8 bagi semua 24 daerah di seluruh negeri Sabah. Setiap daerah diwakili oleh 2 orang iaitu seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling dan seorang Penyelia Pendidikan Daerah.

Seramai 46 orang yang hadir dalam bengkel tersebut yang dikendalikan oleh Jurulatih Utama Kebangsaan iaitu Noorhisham dari Negeri Sembilan. Beliau dibantu oleh Azman Hambali, Dino Samsudin dan Awang Palila.

Objektif bengkel e-pelaporan L4 dan L8 adalah memberi pendedahan kepada Jurulatih- Jurulatih daerah bagaimana mengutip dan menghantar pelaporan perkhidmatan dan bimbingan kaunseling di setiap daerah yang akan dihantarkan secara online bermula pada tahun ini.

Selepas bengkel e-pelaporan L4 dan L8 di Ruby Hotel Kota Kinabalu para Jurulatih daerah akan mengadakan bengkel di peringkat daerah masing-masing kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah (350 ke atas orang pelajar).

Perasmian penutupan bengkel ini telah dilakukan oleh En. Awang Madsaid Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Sabah.

AKTIVITI PASCA PMR 2009

GAMBAR : TUAN HALID MENYAMPAI CERAMAH JENAYAH DAN HUKUMAN

GAMBAR : AZAHARI AMIT PENCERAMAH DARI BTN

GAMBAR: PELAJAR SEDANG MENGAYAKAN AKSI LAGU

Ketika ini aktiviti Pasca PMR sedang berjalan di sekolah ini. Antara aktiviti yang telah dirancangkan ialah beberapa siri ceramah seperti Ceramah Sekolah Teknik, Ceramah jenayah oleh Polis, Ceramah Motivasi dari BTN, Ceramah HEM, Ceramah Giat MARA dan dan beberapa siri pertandingan. Selepas sahaja peperiksaan akhir tahun bagi pelajar Tingkatan dua dan satu, maka semu aaktiviti yang akan dilaksanakan adalah meliputi kepada semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

MAJLIS KEBERKATAN ILMU PELAJAR TINGKATAN 3 TAHUN 2009

GAMBAR: YDP PIBG TUAN HAJI ABDULLAH NAWAWI MERASMIKAN MAJLIS KEEBERKATAN ILMU PMR 2009

GAMBAR: KELIHATAN PENGETUA MENYAMPAIKAN ALAT TULIS KEPADA SEMUA CALON PMR 2009

GAMBAR: PELAJAR MENGETUAI BACAAN IKRAR

GAMBAR: TUAN HAJI ABDULLAH NAWAWI YDP PIBG, PN LATIFAH HJ MUSTAKIM PENGETUA DAN EN. AWANG MARROF AJIK GURU DISIPLIN SIDANG PETANG

GAMBAR: IBU BAPA DUDUK BERSAMA ANAK MASING MASING

Majlis Keberkatan Ilmu bagi pelajar Tingkatan Tiga telah diadakan pada 06 Oktober lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG SMK Arshad Kota Belud. Tuan Haji Abdullah Nawawi. Dalam ucapannya beliau telah mengingatkan kepad asemua pelajar Tingkatan 3 supaya menjaga kesihatan dan keselamatan, bersedia dari segi kelengakapan alat tulis dan kad pengenalan setiap hari semasa menghadiri peperiksaan PMR.

Dalam majlis ini pelajar telah melafazkan ikrar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dalam majlis ini juga Puan Latifah Haji Mustakim Pengetua sekolah telah menyampaikan sumbangan berupa alat tulis kepada semua pelajar Tingkatan 3. Majlis yg dihadiri sama oleh ibu bapa pelajar telah diakhiri oleh acara pelajar mencatat impian dan harapan mereka di papan putih yang mana ianya telah didahului oleh pengetua dan YDP untuk menurunkan tanda tangan di atas papan putih tersebut.

GURU-GURU PRAKTIKUM DARI UMS


Seramai 9 orang pelajar siswa dan siswi dari UMS telah menjalani Praktikal Mengajar di sekolah ini. Dari pada 9 orang ini satu daripadanya ialah Guru Pelatih dari Kursus DPLI. Mereka mengakhiri praktial mengajar pada 11 Sept yang lalu.

Antara Guru pelatih tersebut ialah: A. Hafizah Fadizalah, Dayang Rafidah Kismin, Nurul Afizah Mohd Zubir, Michelle Muroh, Tuan Khatzida Tuan Ngah (DPLI), Elbenjoe Wasimin, dan tiga orang lagi dari Sains Sukan.