Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

Program Kecemerlangan Pendidikan STPM 2008


Seramai 27 orang pelajar Tingkatan 6 Rendah & Atas dari sekolah ini telah menyertai program kecemerlangan pendidikan di Ostrich Village Lodge Rampayan Laut Kota Belud dari 10 - 12 Oktober.  Program yang dianjurakn oleh Pejabat Pembangunan Sabah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Belud telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Gabungan Kota Belud yang mewakili Pegawai Daerah Kota Belud.  Hampir 150 orang pelajar dari lima buah sekolah menengah di daerah ini seperti SMK Arshad, SMK Taun Gusi, SMK Narinang, SMK Pekan, SMK Usukan telah menyertai program ini. Antara aktiviti dalam program ini ialah ceramah dan LDK.

Gambar-Gambar Tambahan


Guru yang bertugas sebagai pendaftaran peserta.

Acara pelajar bersalaman dengan guru dan ibu bapa.

Antara ibu bapa pelajar yang hadir. Anak mereka duduk di samping mereka.

Pelajar mengetuai acara Lafaz Ikrar.


Pelajar mencatat janji dan harapan mereka dalam PMR di atas papan putih.

Gambar-Gambar Dalam Majlis Keberkatan Ilmu

Kelihatan para pelajar sedang bersalaman
dengan ibu bapa dan guru














YDP PIBG memberi cenderahati 
kepada pelajar

MAJLIS KEBERKATAN ILMU DAN PENUTUPAN MENTOR-MENTEE SMARD 2008













Pada 10 Oktober 2008 satu Majlis Keberkatan Ilmu dan Penutupan Mentor - Mentee telah diadakan khusus bagi pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR tahun ini. Majlis ini telah yang telah dihadiri oleh ibu bapa pelajar Tingkatan 3 telah diramsikan oleh Yang diPertua PIBG sekolah ini Tuan Haji Abdullah Nawawi. Antara perkara yang disentuh oleh beliau dalam ucapannya, beliau telah merakamkan penghargaan kepada Ibu bapa yang telah sanggup hadir dalam majlis tersebut. Beliau juga memberitahu kepada ibu bapa bahawa pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan menduduki PMR pada Isnin depan. Beliau juga mengingatkan kepada pelajar supaya menjaga kesihatan supaya pelajar dapat menduduki peperiksaan dengan keadaan yang selesa. Beliau juga mengingatkan kepada pelajar supaya membawa semua kelengkapan seperti pensil , pemadam dan sebagainya yang diperlukan dalam menghadapi PMR.

Program Siri Kerjaya Anjuran Petrosains



Pada 31 Julai 2008 seramai 10 (5 orang Tingkatan 5 Sains dan 5 orang Pelajar Tingkatan 4 Sains) telah menyertai Program Siri Kerjaya di Universiti Malaysia Sabah anjuran Petrosains.

Expo Pendidikan Di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu


Pada 28 Julai yang lalu seramai 9 orang pelajar 6 Atas dari sekolah ini telah menghadiri Expo Pendidikan di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

Seminar Kecemerlangan Pendidikan Ibu Bapa dan Guru

Pada 26 Julai 2008 (Sabtu) satu Seminar Kecemerlangan Pendidikan Ibu Bapa dan Guru telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Seminar ini telah dianjurkan oleh Biro Tatanegara Cawangan Sabah dan dikelolakan oleh SMK Arshad Kota Belud. Dua buah tajuk ceramah telah disampaikan dalam seminar ini yang masing-masing telah disampaikan oleh Pn Sonitah Terang Penolong Pengarah BTN Cawangan Sabah, dan En. Norhasdi penceramah dari BTN.

Seminar PPDa Peringkat Negeri Sabah di Kota Belud Pada 24 Julai 2008



Seramai 105 orang pelajar Sekolah Menengah dari 7 buah Sekolah Menengah di daerah Kota Belud telah menyertai Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2008. Sebanyak 3 tajuk cermah yang masing-masing telah disampaikan oleh En Fadzil Mohd Jamil Pegawai Khas Kaunseling PPG Kota Belud, En Timbol Durahim JU Negeri Sabah PPDa dan En Ahmad Shukri DIn dari AADK. Selain ceramah , pameran dari AADK dan PUSPA juga telah diadakan.


Seminar PPDa tersebut telah dirasmikan oleh En. Ednan, Penolong Pengarah SPK , mewakili Ketua Sektor SPK Jabatan Pelajaran Sabah.