MAJLIS KEBERKATAN ILMU DAN PENUTUPAN MENTOR-MENTEE SMARD 2008













Pada 10 Oktober 2008 satu Majlis Keberkatan Ilmu dan Penutupan Mentor - Mentee telah diadakan khusus bagi pelajar Tingkatan 3 yang akan menduduki PMR tahun ini. Majlis ini telah yang telah dihadiri oleh ibu bapa pelajar Tingkatan 3 telah diramsikan oleh Yang diPertua PIBG sekolah ini Tuan Haji Abdullah Nawawi. Antara perkara yang disentuh oleh beliau dalam ucapannya, beliau telah merakamkan penghargaan kepada Ibu bapa yang telah sanggup hadir dalam majlis tersebut. Beliau juga memberitahu kepada ibu bapa bahawa pelajar-pelajar Tingkatan 3 akan menduduki PMR pada Isnin depan. Beliau juga mengingatkan kepada pelajar supaya menjaga kesihatan supaya pelajar dapat menduduki peperiksaan dengan keadaan yang selesa. Beliau juga mengingatkan kepada pelajar supaya membawa semua kelengkapan seperti pensil , pemadam dan sebagainya yang diperlukan dalam menghadapi PMR.

0 comments: