Pada 4 dan 5 Mei yang lalu Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan MOTIVASI kepada pelajar PMR, SPM dan STPM yang bakal menduduki peperiksaan tahun 2010. Penceramah Motivasi EN. Azahari Amit dari Kota Marudu telah di jemput sebagai penceramah dalam dua hari berturut-turut.
Sambutan Hari Guru 2016
Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.
Sambutan hari Raya 2016
Pengetua melawat meja makanan staf.
Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-56 2016
Acara Padang.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016
Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016
Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.
MOTIVASI PELAJAR PMR, SPM DAN STPM 2010
Pada 4 dan 5 Mei yang lalu Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan MOTIVASI kepada pelajar PMR, SPM dan STPM yang bakal menduduki peperiksaan tahun 2010. Penceramah Motivasi EN. Azahari Amit dari Kota Marudu telah di jemput sebagai penceramah dalam dua hari berturut-turut.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Puan Latifah Hj Mustakim (Pengetua)
Dg. Abiba Mohd Jais (PK Petang)
Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah telah disambut 27hb Mei yang lalu. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Staf Sekolah bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Antara pengisian ialah Bacaan Perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang telah dibaca oleh Dg. Abiba Mohd Jais Penolong Kanan Petang, Bacaan Perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia yang telah dibaca oleh Latifah Hj Mustakim Pengetua Cemerlang SMK Arshad Kota Belud.
Selain dari bacaan perutusan Kelab Staf sekolah juga meraih guru-guru yang menyambut harijadi, guru yang baru berkahwin dan guru-guru yang baru mendapat cahaya mata. Dalam majlis ini juga MPP telah menyampaikan hadiah kepada pengetua sempena Hari Guru berupa sebuah gambar Pengetua sendiri.
Sebelum acara rasmi perhimpunan semua guru dalam majlis tersebut, warga guru dan pelajar telah bersukaneka di padang sekolah. Semua sukan neka ini telah dikelolakan oleh pelajar.
Dg. Abiba Mohd Jais (PK Petang)
Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah telah disambut 27hb Mei yang lalu. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Staf Sekolah bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Antara pengisian ialah Bacaan Perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang telah dibaca oleh Dg. Abiba Mohd Jais Penolong Kanan Petang, Bacaan Perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia yang telah dibaca oleh Latifah Hj Mustakim Pengetua Cemerlang SMK Arshad Kota Belud.
Selain dari bacaan perutusan Kelab Staf sekolah juga meraih guru-guru yang menyambut harijadi, guru yang baru berkahwin dan guru-guru yang baru mendapat cahaya mata. Dalam majlis ini juga MPP telah menyampaikan hadiah kepada pengetua sempena Hari Guru berupa sebuah gambar Pengetua sendiri.
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK TERIMA KASIH CIKGU.
SEMINAR DAN PAMERAN PENDIDIKAN KERJAYA
Sebanyak enam kolej IPTS telah memberi ceramah tentang kursus, syarat kemasukan dan prospek kerjaya yang ditawarkan oleh kolej-kolej tersebut. Slot ceramah telah berjalan dari jam 8 pagi hingga tengah hari. Manakala pada sebelah petang satu forum telah diadakan yang dipengerusi oleh Aqhsa Saubin GBK dari SMK Taun Gusi Kota Belud. Ahli-ahli panel dalam forum tersebut ialah dari Biasiswa Kerajaan Negeri, MARA dan Yayasan Sabah. Ali-ahli panel dalam forum tersebut telah membicarakan jenis-jenis tajaan dan kursus-kursus yang ditaja oleh Kerajaan Negeri, MARA dan Yayasan Sabah.
Selain dari seminar dan forum, pameran dari IPTS juga telah diadakan di perkarangan Dewan sekolah. Sebanyak 11 buah IPTS telah menyertai pameran tersebut dengan bayaran tapak pameran sebanyak RM100.00 telah dikenakan kepada setiap IPTS yang menyertai pameran tersebut.
CERAMAH KONSEP 1 MALAYSIA
KOTA BELUD Baru-baru ini satu ceramah tentang gagasan konsep 1 Malaysia telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Seramai 84 orang pelajar Tingkatan 6 Atas telah menghadiri ke ceramah tersebut yang telah disamapikan oleh En. Durahim Pegawai Penerangan Daerah Kota Belud.
Beliau telah menjelaskan rasional, matlamat dan objektif kenapa gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Selain daripada itu beliau juga telah menjelaskan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dalam konsep 1 Malaysia.
Di akhir ceramah tersebut beliau telah mengagihkan sedikit naskah buku kecil yang mengandungi penerangan secara menyeluruh tentang gagasan konsep 1 Malaysia kepada pelajar. Beliau juga mengagihkan buku kecil berkaitan dengan Rukun Negara kepada pelajar.
KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 6 ATAS, 5 DAN 3
KOTA BELUD: Pada 13hb April dan 14hb April satu ceramah kemahiran belajar khusus untuk pelajar Tingkatan 6 Atas, Lima dan 3 yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diadakan di sekolah ini. Para penceramah bagi Kemahiran Pelajar ini telah diundang dari Kolej PTPL Kota Kinabalu.
Dalam ceramah mereka yang dijalankan secara kelas atau mengikut kelas Tingkatan Lima penceramah telah menyentuh dan menekankan bahawa teknik belajar itu adalah amat penting untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Antara kemahiran belajar yang telah diberi penekanan oleh penceramah ialah Menulis Nota, Membaca, Mengingat dan Mengulangkaji.

SAMBUTAN HARI KADET POLIS PERINGKAT DAERAH
KOTA BELUD : Sambutan Hari Kedet Polis kali ke-40 peringkat daerah Kota Belud telah diadakan di padang SMK Arshad Kota Belud pada 30 Mac 2010. Sambutan tersebut telah berjalan serentak di seluruh negara. Ketua Polis Daerah Kota Belud Tuan DSP Mohan telah membaca perutusan dari Ketua Polis Negara.
JEJAK MEMORI - REUNION PERINTIS TINGKATAN 6 (1982-83) SMK ARSHAD
Majlis Reunion Kelas Perintis Tingkatan 6 (1982-83)
SMK Arshad telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Seramai 18 orang bekas pelajar telah menghadiri majlis reunion tersebut. Antara tetamu khas dalam majlis ini ialah Tuan haji Abdul Ghani Mandar mantan Pengetua SMK Arshad 82-85, Tuan Haji Jikal Gabie Mantan Pengetua SMK Arshad sebelum Ghani Mandar, Abdul Bahkrin Mohd Yusof, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud, Pauze Abd Majid Penolong Kanan Pentadbiran SMK Arshad wakil kepada Pengetua SMK Arshad , Edmun dan Isteri.

Ahli Jawatan Kuasa yang diketuai oleh Saridi Ahmad sebagai penyelaras program yang juga merupakan Pengetua SMK Timbua Ranau telah menyusun beberapa pengisian sepanjang majlis reunion tersebut berjalan. Antaranya jamuan makan, hiburan karaoke dari bekas-bekas pelajar, luahan suara hati dari bekas pelajar setelah 27 tahun berpisah, sambutan hari jadi, penyampaian cenderahati kepada bekas pengetua dan bekas guru.