CERAMAH KONSEP 1 MALAYSIA

KOTA BELUD  Baru-baru ini satu ceramah tentang gagasan konsep 1 Malaysia telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Seramai 84 orang pelajar Tingkatan 6 Atas telah menghadiri ke ceramah tersebut yang telah disamapikan oleh En. Durahim Pegawai Penerangan Daerah Kota Belud.

Beliau telah menjelaskan rasional, matlamat dan objektif kenapa gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Selain daripada itu beliau juga telah menjelaskan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dalam konsep 1 Malaysia.

Di akhir ceramah tersebut beliau telah mengagihkan sedikit naskah buku kecil yang mengandungi penerangan secara menyeluruh tentang gagasan konsep 1 Malaysia kepada pelajar.  Beliau juga mengagihkan buku kecil berkaitan dengan Rukun Negara kepada pelajar.









Related Posts:

  • CERAMAH KUALITI AIR MINUM Satu Ceramah Kualiti Air Minum telah diadakan di sekolah ini pada 16hb Ogos. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Kimia Malaysia cawangan Kota Kinabalu. P… Read More
  • CERAMAH KONSEP 1 MALAYSIAKOTA BELUD  Baru-baru ini satu ceramah tentang gagasan konsep 1 Malaysia telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Seramai 84 orang pelajar Tingkatan 6 Atas telah menghadiri ke… Read More

0 comments: