RENUNGAN PELAJAR (BERFIKIR KEHADAPAN)

Rosak Tapai Kerana Ragi


Tapai adalah sejenis makanan orang-orang Melayu yang biasanya dihidangkan di majlis-majlis keramaian atau kenduri kendara. Ada pelbagai jenis tapai seperti tapai ubi, dan tapai beras. Antara bahan utama membuattapai adalah ragi yang digunakan untuk memeram ubi atau beras. Sekiranya ragi tidak mengikut sukatan yang sepatutnya, maka pembuatan tapai tidak akan menjadi.

Pepatah rosak tapai kerana ragi bermaksud pekerjaan yang dibuat sambil lewa atau tidak berhati hati akan memberikan akibat yang buruk.

Bagi menjadikan seseorang pelajar itu cemerlang, mereka hendaklah meninggalkan perkara-perkara berikut:

1. Malas belajar

a. Sikap malas belajar harus dibuang jauh-jauh dalam diri seseorang pelajar
b. Sikap cintakan ilmu menjadikan seseorang pelajar itu menjadi lebih yakin dan rajin untuk menuntut ilmu.

2. Menonton televisyen atau bermain komputer secara berlebih-lebihan

a. Televisyen dan computer adalah medium yang baik mendapat ilmu
b. Malangnya banyak pelajar yang telah tersalah guna sehinggakan menghabiskan masa berjam-jam lamanya di depan televisyen dan komputer
c. Perbuatan ini akhirnya merugikan pekajar kerana mereka tidak belajar, mengantuk dan kurang rehat.

3. Berfoya-foya dan membuang masa dengan rakan-rakan

a. Seseorang pelajar itu harus pandai memilih rakan.
b. Rakan yang baik mendorong kita untuk melakukan perkara yang baik-baik serta mendorong kita untuk mencapai kecemerlangan.

Rumusan:

Seseorang pelajar itu seharusnya berfikir jauh kehadapan. Mereka jangan melakukan perkara-perkara yang mendorong diri mereka menjauhkan diri daripada menambah ilmu pengetahuan.

0 comments: