Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

JEJAK MEMORI - REUNION PERINTIS TINGKATAN 6 (1982-83) SMK ARSHAD


Majlis Reunion Kelas Perintis Tingkatan 6 (1982-83)
SMK Arshad telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Seramai 18 orang bekas pelajar telah menghadiri majlis reunion tersebut. Antara tetamu khas dalam majlis ini ialah Tuan haji Abdul Ghani Mandar mantan Pengetua SMK Arshad 82-85, Tuan Haji Jikal Gabie Mantan Pengetua SMK Arshad sebelum Ghani Mandar, Abdul Bahkrin Mohd Yusof, Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud,  Pauze Abd Majid  Penolong Kanan Pentadbiran SMK Arshad wakil kepada Pengetua SMK Arshad , Edmun dan Isteri.

Ahli Jawatan Kuasa yang diketuai oleh Saridi Ahmad sebagai penyelaras program yang juga merupakan Pengetua SMK Timbua Ranau telah menyusun beberapa pengisian sepanjang majlis reunion tersebut berjalan. Antaranya jamuan makan, hiburan karaoke dari bekas-bekas pelajar, luahan suara hati dari bekas pelajar setelah 27 tahun berpisah, sambutan hari jadi, penyampaian cenderahati kepada bekas pengetua dan bekas guru.

JEJAK MEMORI - REUNION KELAS 5 SASTERA 1 (1981) SMK ARSHAD

The Twilight Saga: New Moon (Two-Disc Special Edition)
Bekas-bekas pelajar kelas 5 SASTERA 1 (1981) SMK Arshad Kota Belud telah mengadakan satu Majlis Re-Union pada 20 Mac 2010 bertempat di Restoran Dowish Pinampang. Ilham untuk mengadakan Re-union bagi pelajar kelas 5 Sastera 1 timbul dari beberapa rakan yang bekerja di Bandaraya Kota Kinabalu seperti Umadi Polot, Tuan Haji Awang Rablah, Josely, Tuan DSP Martin Lugu dan rakan-rakan yang lain.

Majlis Re-Union ini telah dirancang sejak awal Januari 2010 tahun ini sehinggalah telah dilaksanakan pada 20 Mac 2010. Seramai 26 bekas pelajar 5 Sastera 1 yang telah hadir dalam Majlis Reunion tersebut. Antara Tetamu Khas dalam Majlis Re-union tersebut ialah Tuan Haji Jikal Gabie Mantan Pengetua SMK Arshad Kota Belud 1978 - 1982, Cikgu Tan (Pesara) dan isteri dan, Cikgu William Pan Seow Phin (Guru Kelas 5 Sastera 1) dan isteri.

Antara pengisian Majlis Re-Union yang telah dipengerusikan oleh En. Umadi Polot (sekarang Pengetua SK Tunas Bakti Kota Kinabalu) ialah ucapan Tuan Haji Awang Rablah Salil mantan Ketua Kelas, ucapan Tuan Haji Jikal Gabie mantan Pengetua, dan ucapan En. Umadi Polot sebagai pengerusi Re-union. Selain mendengar ucapan, semua yang hadir dalam majlis ini telah menyanyi lagu sekolah . Pengisian lain ialah acara karaoke, kejutan sambutan hari jadi untuk mereka yang hadir, luahan suara hati setelah hampir 30 tahun berpisah mereka yang hadir dan cabutan tiket bertuah.

Jawatan Kuasa Program:

Pengerusi Penyelaras : En. Umadi Polot (Pengetua SK Tunas Bakti KK)
Penolong Penyelaras : Tuan Hj Awang Rablah Salil (Wisma TP baru)
Setiausaha : En. Josely Taising (KWSP KK)
Bendahari : Pn. Chang Foo Fong (TM KK)
Buku Biodata : En. Basar Lemanda (JPKA KK)
Buku Atur cara : En. Jainih Sabin (SM Teknik Likas KK)
Tempat Jamuan : Tuan DSP Martin Lugu (Ibu Pejabat Polis Kepayan KK)
Hadiah dan Cenderahati : Cik Lucy Tan (STS KK)
Jemputan : En. Josely Taising (KWSP KK)
Pengangkutan : En. Umadi Polot (SK Tunas Bakti KK)
Penyambut Tetamu : En. Jusih Bari (Ibu Pejabat KPD KK)
Juruacara : En. Basar Lemanda (Ibu Pejabat JPKA KK)

Kelas 5 Sastera 1 (1981) mempunyai pelajar seramai 49 orang. Memandangkan ramai lagi yang tak dapat datang di Majlis Re-Union tersebut kerana sibuk dengan tugas serta komitmen lain maka semua yg hadir pada majlis terbut bersetuju akan menganjurkan satu lagi majlis Re - union pada tahun 2013 yang akan diadakan di daerah Kota Belud .

Pelajar 5 Sastera 1 (1981) yang hadir dalam majlis Re-union:

1. Tuan Hj. Awang Rablah Salil
2. Tuan DSP Martin Lugu
3. Cikgu Jainih Sabin
4. En. Basar Lemanda
5. En. Josely Taising
6. Pn. Chang Foo Fong
7. Cikgu Yamil Suni
8. Cikgu Dusi Gunting
9. En. Jusih Bari
10. Tonol Salimun
11. En. Suwah Bulleh
12. En. Saidin Sulukan
13. Cik Lucy Tan
14. En. Jamli Kadir
15. Pn. Anjilin Barawas
16. Pn. Janice Rinsin
17. En. Umadi Polot
18. Pn. Rosni Asap
19. En. Henry Sinalim
20. Pn. Ramawi Limpaung
21. Sister Nius Adam
22. Sister Norafsaneh Abd. Hamid
23. Pn. Tailan Lamsun
24. En. Soh Wui Keong
25. Cikgu Tham Hung Chin
26. Cikgu Rosni Ramlee

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2009


Pemberita dari Daily Express sedang menemuramah pengetua sekolah

Keputusan peperiksaan SPM tahun 2009 telah diumukan pada 14 Mac 2009. Seramai 4 pelajar yang memperolehi keputusan 8A. Sempena keputusan diumum wakil pemberita dari Daily Express telah menemuramah Puan Latifah Haji Mustakim Pengetua sekolah. Pemberita dari Daily Express tersebut telah bertanya kepada pengetua apa program- program sepanjang tahun lalu yang telah dilaksanakan dan membantu kejayaan pelajar di sekolah ini . Pengetua menjelaskan bahawa pengetua sendiri telah memberi pendedahan Headcount kepada semua pelajar Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan 5. Walau bagamanapun kejayaan pelajar adalah hasil dari kerjasama semua pantita dan guru dalam menjayakan program-program sehingga pelajar mencapai kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM MOTIVASI DAN SELANGKAH KE MENARA GADING

Program Motivasi dan Selangkah ke Menara Gading yang telah dianjurkan oleh Yayasan PEKEMA dengan kerjasama SMK Arshad Kota Belud telah diadakan di sekolah ini pada 3 Mac 2010 yang lalu. Antara Pengisian dalam program ini ialah taklimat dan perkongsian dengan guru Bahasa Inggeris tentang pengalaman dan cabaran dalam mengajar Mata Pelajaran Bahasa Inggeris. Selain itu motivasi, tip-tip dalam belajar Bahasa Inggeris serta maklumat kemasukan ke UiTM juga telah didedahkan kepada semua pelajar Tingkatan 5.

Program yang dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan PEKEMA dan dilaksanakan oleh En. Ahzar Othman dari Peak Yeald Sdn Bhd bersama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Arshad Kota Belud telah membawa Prof. Madya Roslan Mokhtar dari UiTM Manggatal Sabah sebagai penceramah.

Wakli dari Yayasan PEKEMA Arthur Labansing menjelaskan bahawa mereka sudah pun melaksanakan program seperti itu di beberapa buah sekolah di sebelah kudat dan Kota Marudu di sekolah luar bandar yang terpilih. Program ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar di sekolah luar bandar dalam usaha untuk menjadikan mereka cemerlang dalam peperiksaan.