Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR BERKESAN TINGKATAN 2 2016

Unit Bimbingan dan Kuanseling telah melaksanakan Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Berkesan Tingkatan 2 pada 8hb Ogos, 9 Ogos , 11 Ogos dan 12 Ogos 2016. Program tersebut telah dilaksanakan di Dewan sekolah. Penceramah-penceramah yang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah-ceramah ialah dikalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Belud iaitu:

1. Ismail Yusof (Kemahiran Mendendar dan Membaca)
2. Mohd Khaidhir Harun (Kemahiran Mencatat Nota)
3. Dulaip Rudin (Kemahiran Mengingat)
4. Mohd Aqsha Saubin (Pengurusan Masa)
5. Fadzil Haji Mohd Jamil - Penolong Kanan Pentadbiran SMKA Tun Said Kota Belud (Motivasi)


Ismail Yusof

Mohd Khaidhir Harun

Dulaip Rudin
Fadzil Mohd Jamil


Mohd Aqsha Saubin

PROGRAM MOTIVASI DAN KEMAHIRAN BELAJAR BERKESAN TINGKATAN 1 2016

Sepanjang minggu pertama bulan Ogos (1 Ogos- 5 Ogos) Unit Bimbingan dan kaunseling telah melaksanakan Program Kemahiran Belajar Berkesan untuk murid Tingkatan 1. Sebanyak 5 tajuk ceramah dan bengkel telah disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling di Daerah Kota Belud .

Tajuk-tajuk ceramah tersebut ialah :

1. Kemahiran Mendengar dan Membaca oleh Ismail Yusof GBK SMK Pekan II Kota Belud
2. Kemahiran Mencatat Nota oleh Mohd Khaidhir Harun GBK SK Rosok Kota Belud
3. Kemahiran Mengingat oleh Dulaip Rudin GBK SMK Usukan Kota Belud
4. Pengurusan Masa oleh Mohd Aqsha Saubin GBK SMK Taun Gusi Kota Belud
5. Ceramah Motivasi oleh Fadzil Bin Haji Mohd Jamil Penolong Kanan Pentadbiran SMK Agama Tun Said Kota Belud

Ismail Yusof GBK SMK Pekan II Kota Belud




Mohd Aqsha Saubin GBK SMK Taun Gusi


Mohd Khaidhir Harun GBK SK Rosok 




Cr Fadzil Haji Mohd Jamil Menyampaikan Motivasi


Dulaip Rudin GBK SMK Usukan Kota Belud

SELANGKAH KE MENARA GADING

Program SELANGKAH KE MENARA GADING yang telah dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diadakan pada 25 Mei 2016ntara pengisian di dalam program tersebut ialah Ceramah Kemasukan ke UA, Matrikulasi, Tips menghadiri temuduga, penulisan RESUME dan ceramah motivasi. Semua pelajar Tingkatan 5 telah hadir ke program tersebut.


Ku Zainuddin memberi ceramah tentang kemasukan ke UA & Matrikulasi



Pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Memberi ceramah Tip Menghadapai temuduga dan penulisan Resume


Pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Kota Belud memberi ceramah tentang kerjaya



Slot Motivasi oleh Yusuf Hasni


PENGUMUMAN DAN PENYAMPAIAN KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2015

Pada 2hb Mac 2016 keputusan STPM telah diumumkan dan seraamai 12 orang calon STPM 2015 telah mendapat PNGK melebihi 3.00.

Pada hari ini 3hb Mac 2016 keputusan SPM 2015 pula diumumkan. Seramai 3 orang calon yang telah mendapat semua A iaitu 9A dalam mata pelajaran yang diduduki. Seramai 2 orang yang mendapat 8A, 7A dua orang, 6A tiga orang, dan 5A juga 3 orang.

Pelajar 9A:
1. Suziana Era Binti Ah Yit @ Suaip
2. Elisa Soo Yee May
3. Berryslee Bin Munsing

Pelajar 8A
1. Mohd Hasif Hazmi Bin Mustaffi
2. Vivian  Chua Jin Chia

Pelajar 7A
1. Inesha Naqiah Bte Yousup
2. Nur Izzat Bt Jamdin

Pelajar 6A
1. Marcella Mercy Banawas Wellideh
2. Nursyahira Sabrina Bt Mohd Sukri
3. Mohd Sharin Nazrin B. Saperi
4. Mohd Sahlan B Butai

Pelajar 5A
1. Jesica Joanna Mustakim
2. Nor Sazilahyati Bt Rosli
3. Wendy Natalia Jaslie

Dalam sesi pengumuman dan penyampaian keputusan peperiksaan SPM dan STPM kepada calon-calon SPM dan STPM En. Ajmal Haji Jumah Pengetua sekolah menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga sekolah dan PIBG yang telah banyak terlibat dalam menjayakaan perancangan dan program tahun lalu. Beliau juga mengucapkan TAHNIAH kepada semua calon SPM dan STPM yang telah lulus penuh di dalam peperiksaan yang mereka duduki.

Pengetua, YDP PIBG, Penolong Kanan Pentadbiran merakam gambar kenangan bersama pelajar cemerlang SPM 2015




En. Ajmal Haji Jumah Pengetua mengumum keputusan SPM.



Pelajar terbaik SPM 2015 Suziana Era Binti Ah Yit @ Suaip menerima Slip Keputusan yang disampaikan oleh Yang dipertua PIBG
Guru Kelas bersedia menyerahkan Slip Keputusan SPM

KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 3, 5 DAN 6

Pad 2hb Februari dan 4hb Februari 2016 Program Kemahiran Belajar untuk Tingkatan 3, 5 dan 6 telah dilaksanakan. Penceramah bagi program ini ialah Suhardi dan Anthoney dari Kolej PTPL.








PENGUMUMAN DAN PENYAMPAIAN SLIP KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2014 PERINGKAT SEKOLAH

Keputusan Peperiksaan STPM 2014 telah diumukan pada 2hb Mac 2015 dan SPM 2014 telah diumumkan pada 3hb Mac 2015. Satu majils pengumuman keputusan dan penyampaian slip keputusan bagi SPM dan STPM 2014 telah diadakan secara berasingan. Pengumuman dan penyerahan slip bagi kedua-dua peperiksaan tersebut telah dilakukan oleh Encik Ajmal Haji Jumah Pengetua SMK Arshad Kota Belud.

Amirah Binti Abdin Pelajar Cemerlang Peringkat Kebangsaan STPM 2014 dengan PNGK 4.00

Amirah Binti Abdin dengan hadiah dan anugerah Pelajar Cemerlang yang diterimanya di peringkat kebangsaan ,bergambar bersama YDP PIBG dan Pengetua 
Bagi Peperiksaan STPM 2014 Amirah Binti Abdin telah menjadi pelajar cemerlang dengan mendapat PNGK 4.00 dengan mendapat semua A dalam 4 mata pelajaran yang didudukinya. Beliau juga merupakan penerima anugerah Pelajar terbaik STPM 2014 bagi sekolah luar bandar di peringkat kebangsaan.  Erwan Abdul Rahman pelajar kedua terbaik dalam STPM 2014 di sekolah ini pula mencatat PNGK 3.92.
Erwan Abdul Rahman Mencatat PNGK 3.92 Pelajar Kedua Terbaik STPM 2014

Erwan Abdul Rahman Menunjukan Slip keputusannya

Pengetua, YDP PIBG dan guru-guru Tingkatan Enam bergambar bersama pelajr STPM 2014


Seramai 46 orang calon STPM 2014  dengan peratus Kelulusan bagi calon yang mendapat gred sekurang-kurangnya gred C 91.3 % dengan GPS 2.49 meningkat 0.06 berbanding GPS STPM 2013. Seramai 10 orang pelajar yang memperolehi PNGK 3.00 keatas.

Bagi peperiksaan SPM 2014 seramai 208 calon yang telah menduduki peperiksan tersebut  dengan peratus kelulusan 94.1 % dan GPS sekolah 5.60 meningkat 0.02 berbanding GPS SPM 2013. Pelajar terbaik SPM 2014 ialah Merystica Yamil dengan mendapat 10A di mana 7daripada A yang diperolehinya ialah A+ .

Merystica Yamil Pelajar Terbaik SPM 2014 dengan 10A

Grace Ak Ason 8A


Belinda, Jane Sisi Linsapu dan Ester mendapat 5A


Pengetua dan YDP PIBG bergambar bersama pelajar cmerlang SPM 2014