Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

RENUNGAN PELAJAR (BUANG KERJA YANG TAK BERFAEDAH)

Arang Habis, Besi Binasa


Tukang besi akan menggunakan bara api untuk melembutkan besi. Apabila besi telah lembut, besi tersebut akan dibentuk-bentuk untuk dibuat ukiran, parang dan sebagainya. Arang digunakan bagi mendapatkan bara api. Tukang besi melakukan kerja yang sia-sia apabila beliau meletakkan besi di bara api begitu sahaja. Akhirnya besi tersebut akan lebur atau cari begitu sahaja.

Pepatah arang habis, besi binasa bermaksud melaksanakan sesuatau pekerjaan yang sia-sia

Banyak dalamkalangan pelajar membuang masa dan melakukan kerja yang sia-sia. Senario ini berlaku kerana mereka tidak Nampak masa depan mereka. Walaupaun ibu bapa dan guru-guru member nasihat, menceritakan pengalaman mereka dan orang-orang terdahulu, tetapi pelajar-pelajar mengabaikannya begitu sahaja.

Pekerjaan sia-sia yang dilakukan oleh segelintir pelajar seperti melayari berjam-jam dalam internet, facebook, game komputer, menonton televisyen, melepak, kerap bermain sms dalam telepon bimbit, kerana tidak memberikan penekanan terhadap faktor masa. Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh pelajar-pelajar yang berkaitan dengan masa:

1. Masa yang telah berlalu tidak akan kembali – oleh itu buatlah kertja-kerja yang berfaedah agar tidak menyesal nanti.

2. Masa itu tidak boleh dicipta – oleh itu ciptalah sesuatu manafaat sekarang agar pada masa akan datang manafaat yang akan diperoleh.

3. Masa tidak bolh dijual beli – kelalaian sekarang dibayar pada harga yang tinggi masa depan.

4. Masa tidak bolh dicari – pencarian ilmu sekarang menjamin masa akan datang.

Rumusan:

Melakukan kerja yang sia-sia tidak mendatangkan apa-apa faedah, malah amat merugikan sama sekali. Sifat malas, tidak bersungguh-sungguh, buang masa dan perkara-perkara negatif yang lain tidak akan Nampak hasilnya dalam tempoh masa yang singkat. Selepas peperiksaan SPM sahaja kita melanjutkan pelajaran dan kita masih tercari cari kolej atau university yang bersesuaian dengan keputusan yang telah kita terima. Bertindaklah sekarang untuk kejayaan masa depan.

RENUNGAN PELAJAR (BERFIKIR KEHADAPAN)

Rosak Tapai Kerana Ragi


Tapai adalah sejenis makanan orang-orang Melayu yang biasanya dihidangkan di majlis-majlis keramaian atau kenduri kendara. Ada pelbagai jenis tapai seperti tapai ubi, dan tapai beras. Antara bahan utama membuattapai adalah ragi yang digunakan untuk memeram ubi atau beras. Sekiranya ragi tidak mengikut sukatan yang sepatutnya, maka pembuatan tapai tidak akan menjadi.

Pepatah rosak tapai kerana ragi bermaksud pekerjaan yang dibuat sambil lewa atau tidak berhati hati akan memberikan akibat yang buruk.

Bagi menjadikan seseorang pelajar itu cemerlang, mereka hendaklah meninggalkan perkara-perkara berikut:

1. Malas belajar

a. Sikap malas belajar harus dibuang jauh-jauh dalam diri seseorang pelajar
b. Sikap cintakan ilmu menjadikan seseorang pelajar itu menjadi lebih yakin dan rajin untuk menuntut ilmu.

2. Menonton televisyen atau bermain komputer secara berlebih-lebihan

a. Televisyen dan computer adalah medium yang baik mendapat ilmu
b. Malangnya banyak pelajar yang telah tersalah guna sehinggakan menghabiskan masa berjam-jam lamanya di depan televisyen dan komputer
c. Perbuatan ini akhirnya merugikan pekajar kerana mereka tidak belajar, mengantuk dan kurang rehat.

3. Berfoya-foya dan membuang masa dengan rakan-rakan

a. Seseorang pelajar itu harus pandai memilih rakan.
b. Rakan yang baik mendorong kita untuk melakukan perkara yang baik-baik serta mendorong kita untuk mencapai kecemerlangan.

Rumusan:

Seseorang pelajar itu seharusnya berfikir jauh kehadapan. Mereka jangan melakukan perkara-perkara yang mendorong diri mereka menjauhkan diri daripada menambah ilmu pengetahuan.

RENUNGAN PELAJAR (JANGAN MENGENAL PUTUS ASA)

Patah Sayap Bertongkat Paruh, Patah Paruh Bertelekan.


Burung tidak boleh terbang jika sayapnya patah. Burung yang kuat sememangnya akan tetap berusaha. Demi satu kehidupan, seekor burung yang patah sayapnya tetap berusaha untuk terus gagah menongkat muka atau kepalanya dengan paruh. Bertelekan bermaksud duduk dengan kedua-dua belah siku bertumpu pada sesuatu, biasanya muka. Burung bertelekan berkemungkinan menggunakan sayapnya yang patah untuk terus gagah.

Peribahasa patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan bermaksud melakukan sesuatu itu tanpa mengenal erti putus asa.

Pelajar harus mempunyai jati diri yang kuat untuk terus maju. Pelajar yang mahu membanatu dirinya sendiri akan sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Kesungguhan seseorang menjadikannya tahu dan faham erti putus asa.

Putus asa adalah satu sifat yang perlu dihindari oleh setiap orang. Bagi mengelakkan agar kita tidak berputus asa, kita seharusnya membaca sejarah atau pengalaman mereka yang telah berjaya. Berdasarkan pengalaman mereka yang telah menempa kejayaan sebelum ini, pasti kita dapati bahawa mereka juga pernah mengalami kegagaalan.

Kejayaan itu bukan milik mutlak seseorang. Kejayaan terletak kepada usaha yang gigih. Andai kata putus asa menjadi amalan, sudah semestinyalah kegagalan yang dicapai. Berikut adalah cirri-ciri mereka yang berputus asa:

1. Tidak berterima kasih kepada mereka yang membantu kita.

2. Merungut apabila diberi tugasan.

3. Menangguh-nangguh pekerjaan

4. Tidak bertanya semasa tidak faham

5. Tidak cekap mengutamakan pekerjaan (buat yang tidak penting dahulu)

6. Malas

7. Suka menyalahkan orang lain

8. Merasakan orang lain lebih hebat, tetapi tidak mahu berusaha menjadi hebat

Rumusan:

Jauhi sifat putus asa dalam diari hidup kita. Putus asa tidak banyk membantu. Bina matlamat hidup yang positif dan cari kaedah bagi mencapai matlamat tersebut. Jika mengalami kegagalan, gunakan kaedah lain yang dapat membantu. Setiap masalah ada jalan penyelasaiaannya, setiap jalan penyelasaian pula bukan lah mutlak. Jalan penyelasaian adalah berbeza mengikut permasalahan dan keadaan.



PROGRAM DIDIK BERITA HARIAN UNTUK PELAJAR SPM 2012

Pada 29 dan 30 September 2012 baru-baru ini satu seminar Didik Berita Harian Anjuran dan tajaan oleh Bank Rakyat telah diadakan di SMK Usukan Kota Belud. Seminar ini selain dari mendedahkan teknik menjawap kertas soalan SPM Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik, pelajar juga telah dihidangkan dengan slot Motivasi.

Lapan buah sekolah menengah di daerah ini dan seramai 30 orang pelajar dari setiap sekolah menengah telah menyertai  seminar ini.

PESERTA DIDIK BERITA HARIAN BERGAMBAR  SELEPAS SEMINAR

RENUNGAN BUAT PELAJAR

Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya


Ruyung ialah kulit atau kayu yang keras daripada batang pokok rumbia. Pokok ini menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan sagu. Bagi mendapatkan sagu, kulit pada pokok rumbia tersebut harus dipecah-pecahkan terlebih dahulu. Pokok ini pula sukar didekati kerana kedudukannya yang kadang-kadang berdekatan dengan paya dan di dalam hutan. Pendek kata, usaha untuk mendapatkan sagu bukanlah satu usaha yang mudah. Dari rumah lagi, seorang pencari sagu harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Parang dan kapak seharusnya tajam. Persiapan menghadapai binatang-binatang berbisa dan lain-lain kemungkinan juga harus dititik beratkan.

Maksud pepatah jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya bermaksud sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.
Bagi mencapai sesuatu matlamat, seseorang itu harus berusaha. Usaha yang berterusan harus mempunyai elemen-elemen berikut:

1. Mempunyai kemahuan yang kuat untuk mencapai kejayaan.

2. Mempunyai keyakinan yang tinggi, bahawa usaha hebat akan menghasilkan kejayaan.

3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan sanggup membantu orang lain bagi mencapai kejayaan yang sama.

4. Mempunyai kaedah yang hebat untuk Berjaya.

Rumusan:

Kesungguhan untuk Berjaya boleh menghasilkan kejayaan. Usaha mencapai kejayaan itu, pelbagai kaedah boleh digunakan mengikut kesesuaian masing-masing.

Impian yang tinggi tanpa diiringi usaha adalah sesuatu yang sia-sia. Secara umumnya usaha yang sedikit pula akan menatijahkan hasil yang tidak seberapa. Oleh itu, sebagaimana kita meletakkan impian dan matlamat yang tinggi untuk dicapai, maka usaha juga perlulah luar biasa kerana kejayaan yang luar biasa tidak akan datang bergolek begitu sahaja.