Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

TEKNIK BELAJAR BERKESAN TINGKATAN 5 DAN 6

Pada 9hb Februari 2015 UBK telah mengajurkan Teknik Belajar Berkesan untuk Tingkatn 5 dan 6. Penceramah dari MSU iaitu Anthoney yang memberi ceramah kepada pelajar Tingkatan 6 dan Yusof pula telah memberi ceramah kepada pelajar Tingkatan 5.




JERAYAWARA PENGETUA BERSAMA CALON SPM 2015

Program Jerayawara merupakan program penetapan target pencapaian setiap pelajar untuk semua mata pelajaran yang mereka ambil di sekolah melalui HEADCOUNT. Dalam program ini Setiausaha Headcount menerangkan kepada pelajar tentang target pencapaian untuk mereka dalam setiap mata pelajaran yang mereka ambil . Selain daripada itu pengetua juga menyampaikan Motivasi kepada calon-calon SPM 2015.

Pada hari ini, 4 kelas untuk Tingkatan 5 telah melalui program ini iaitu kelas Sains 5 Alpha dan 5 Beta, dan 2 kelas aliran sains sosial iaitu 5SS1 dan 5SS2.








MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015

Program Guru Penyayang di peringkat sekolah Tahun 2015 telah dilancarkan pada hari ini 12 Februari 2015. Ajmal Haji Jumah Pengetua dan Hasrinah Datuk Golkhan YDP PIBG , telah melancarkan program ini . Turut hadir dalam pelancaran ini ialah semua Penolong Kanan, AJK PIBG, dan guru-guru  serta murid-murid sekolah ini.





Ajmal Hj Jumah Pengetua SMK Arshad sedang memotong reben banting Guru Penyayang. Beliau disaksikan oleh Ashmir Abd Raus Penolong Kanan Pentadbiran dan Cik Haini Mustal PK Tingkatan 6

Hasrinah Datuk Golkhan YDP PIBG sedang memotong reben banting Guru Penyayang








Ajmal Hj Jumah Pengetua dan Hasrinah Datuk Golkhan YDP PIBG di tengah bergambar bersama PK, AJK PIBG dan guru-guru selepas pemptongan reben banting

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ALBERT RUMANTAI GURU PAKAR KEMAHIRAN HIDUP

Majlis Persaraan Cikgu Albert Rumantai yang telah dianjurkan oleh Kelab Staf Sekolah telah diadakan pada 30 Januari 2015 di dewan sekolah.. Albert Rumantai merupakan seorang guru yang telah berkhidmat di sekolah ini selama hampir 33 tahun sepanjang keriernya sebagai seorang guru. Beliau merupakan GURU PAKAR Kemahiran Hidup Gred DG 38. Selamat Bersara, nikmatilah hari-hari persaraan yang indah dan bahagia bersama keluarga yang tercinta.

Pada hari ini 8hb Februari 2015 satu lagii Majlis Khas Persaraan Cikgu Albert Rumantai akan diadakan di salah satu Restoran di daerah Kota Belud. Majlis ini sekali gus menyambut Ajmal Hj Jumah sebagai Pengetua baru di sekolah ini. Majlis ini juga tidak lupa meraih perpindahan Jaibon Pembantu Makmal ke SMK Taun Gusi II Kota Belud.
Albert Rumantai telah diarak sambil menaiki kuda


Ajmal Hj Jumah Pengetua SMK Arshad Kota Belud (Gambar Bawah) juga menaiki kuda sempena Majlis Persaraan Cikgu Albert Rumantai

Pengetua barisan Depan (Tengah) bersama YDP PIBG dan AJK PIBG.

Hasbullah Mohamed mendeklamasi Sajak khas untuk Cikgu Albert Rumantai

Cikgu Albert Rumantai menyampaikan ucapan terakhir di majlis tersebut.