Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

KEM TOKOH KEPIMPINAN ASAT PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2009




Kem Tokoh Kepimpinan ASAT peringkat daerah  Tahun 2009 telah diadakan di SMK Arshad dari 25 - 27 April 2009. Kem Tokoh Kepimpinan ini telah dikelolakan oleh SMK Arshad Kota Belud. Walau bagaimanapun pelaksanaan modul-modul dalam kem tersebut telah dikendalikan  oleh Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Kota Belud yang diketuai oleh Shaiful Ridhuan Hj Mahali. Selain Shaiful Ridhuan, Guru Bimbingan dan Kaunseling lain yang terlibat ialah dalam pengendalian modul dalam kem ini ialah Tenaim Subeh,  Aqhsa Saubin,  Timbol Durahim, Dulaip Rudin, Ku Zainuddin Ku Mahasan, Dusi Gunting dan Fadzil Mohd Jamil (Pegawai Kaunseling ) daerah Kota Belud.
Seramai 31 orang peserta iaitu 25 dari sekolah 
menengah dan 6 dari sekolah rendah.

Peserta-peserta yang berjaya dipilih untuk mewakili daerah 
Kota Belud ke peringkat Zon Utara ialah: 
1. Mohd Shabdee Makli (SMKA Tun Said Kota Belud)
2. Shazrina Jamain (SMKA Tun Said Kota Belud)
3. Noel Joseph (SMK Narinang Kota Belud)
4. Nurul Farhana Datu Masjidin SMKA Tun Said
 Kota Belud)
5. Zul Aslan Jaslin SK Tangkurus Kota Belud)
6. Lailye Fah Tiah Sofian Shah (SK Timbang Kota Belud)

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA DAERAH KOTA BELUD 2009





Pada 22hb April 2009 Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Belud telah menganjurkan KPKK peringkat daerah yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mencari berbagai maklumat yang berkaitan dengan kerjaya dan seterusnya mendokumentasikan segala maklumat dalam pelbagai persembahan seperti sketsa kerjaya, melukis poster kerjaya, folio kerjaya,membina media maklumat kerjaya, kain rentang, model kerjaya, dan eksplorasi alam kerjaya. Selain itu KPKK ini juga bertujuan untuk mencari wakil untuk mewakili daerah ini dalam pertandingan peringkat Zon yang kemungkinan akan diadakan pada 4 Mei 2009 di Daerah Kota Belud sebagai tuan rumah .
Tema pertandingan pada tahun ini ialah SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA.
SMK Taun Gusi akan membawa cabaran di peringkat Zon dalam kategori Sketsa Kerjaya dan Kain rentang.
SMK Pekan II akan menggalas cabaran dalam Melukis P
oster Kerjaya dan Folio Kerjaya.
SRJKC) Chung Hwa pula akan memwakili dalam a
cara Melukis Poster Kerjaya bagi Sekolah Rendah.
Model Kerjaya (maklumat pemenag tak dapat diprolehi) dan EAK pula tiada penyertaan di peringkat daerah.

KEMAHIRAN BELAJAR TINGKATAN 6 ATAS


Satu ceramah kemahiran belajar anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini telah diadakan di sekolah ini pada 08 April 2009.  Ceramah Motivasi dan Kemahiran belajar tersebut telah disampaikan oleh dua orang Pensyarah dari Kolej PTPL dengan secara sukarela. Antara Kemahiran Belajar yang mereka telah sampaikan ialah Kemahiran Mengulangkaji , Kemahiran Membaca, Kemahiran Mengingat, dan Kemahiran Mencatat Nota. Penceramah tersebut ialah En Sharin dan Cik Dayang Shawaty

ROADSHOW PENGETUA DI KELAS TINGKATAN 6A - HEADCOUNT

Pengetua juga telah berjumpa dengan pelajar Tingkatan 6A untuk memberi kefahaman tentang perkara-perkara TOV, OTI dan ETR dalam  Head Count. Objektif bagi roadshow yang telah dilakukan oleh Pengetua ialah untuk meningkatkan prestasi keputusan sekolah dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Dalam Head Count ini pelajar-pelajar telah diberitahu TOV mereka , OTI dan ETR  . Dalam OTI pelajar akan melalui dua penilaian iaitu peperiksaan penggal pertama sebagai OTI1 dan peperiksaan percubaan sebagai OTI2. OTI1 dan OTI2 adalah merupakan satu sasaran yang harus dicapai oleh pelajar sebelum pelajar mencapai ETR mereka di dalam peperiksaan PMR(pelajar Tingkatan 3), SPM(Pelajar Tingkatan 5) dan STPM(Pelajar Tingkatan 6A).

ROADSHOW PENGETUA DI KELAS TINGKATAN 5 - PROGRAM HEAD COUNT


Sebanyak 5 siri perjumpaan Pengetua dengan pelajar-pelajar Tingkatan 5 2009 dalam usaha beliau menjelaskan Head Count. Beliau telah merancang perjumpaan ini bukan sahaja kepada pelajar Tingkatan 5, tetapi kepada  pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 6A. Perjumpaan ini akan diadakan juga kepada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 6R. Dalam perjumpaan secara bersiri ini Pengetua memberi penerangan dengan memfokus kan TOV, OTI dan ETR dalam Head Count. Dengan penjelasan ini pelajar-pelajar telah membuat perancangan Head count masing-masing berdasarkan kepada pencapaian mereka dalam peperiksaan akhir Tingkatan 4 dahulu.