Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

           Puan Latifah Hj Mustakim (Pengetua)
                                                                                                   Dg. Abiba Mohd Jais (PK Petang)


Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru peringkat sekolah telah disambut 27hb Mei yang lalu. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Staf Sekolah bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Antara pengisian ialah Bacaan Perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang telah dibaca oleh Dg. Abiba Mohd Jais Penolong Kanan Petang, Bacaan Perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia yang telah dibaca oleh Latifah Hj Mustakim Pengetua Cemerlang SMK Arshad Kota Belud.

Selain dari bacaan perutusan Kelab Staf sekolah juga meraih guru-guru yang menyambut harijadi, guru yang baru berkahwin dan guru-guru yang baru mendapat cahaya mata. Dalam majlis ini juga MPP telah menyampaikan hadiah kepada pengetua sempena Hari Guru berupa sebuah gambar Pengetua sendiri.

Sebelum acara rasmi perhimpunan semua guru dalam majlis tersebut, warga guru dan pelajar telah bersukaneka di padang sekolah. Semua sukan neka ini telah dikelolakan oleh pelajar.



SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK TERIMA KASIH CIKGU.











          







              













                                                                                            

SEMINAR DAN PAMERAN PENDIDIKAN KERJAYA

Seminar dan pameran pendididikan kerjaya telah diadakan di Dewan SMK Arshad Kota Belud pada 28 April 2010 yang lalu. Seminar dan pameran pendidikan kerjaya tersebut telah dianjurkan oleh Yayasan Sabah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud dan dikelolakan oleh Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Kota Belud.
Sebanyak enam kolej IPTS telah memberi ceramah tentang kursus, syarat kemasukan dan prospek kerjaya yang ditawarkan oleh kolej-kolej tersebut. Slot ceramah telah berjalan dari jam 8 pagi hingga tengah hari. Manakala pada sebelah petang satu forum telah diadakan yang dipengerusi oleh Aqhsa Saubin GBK dari SMK Taun Gusi Kota Belud. Ahli-ahli panel dalam forum tersebut ialah dari Biasiswa Kerajaan Negeri, MARA dan Yayasan Sabah. Ali-ahli panel dalam forum tersebut telah membicarakan jenis-jenis tajaan dan kursus-kursus yang ditaja oleh Kerajaan Negeri, MARA dan Yayasan Sabah.

Selain dari seminar dan forum, pameran dari IPTS juga telah diadakan di perkarangan Dewan sekolah. Sebanyak 11 buah IPTS telah menyertai pameran tersebut dengan bayaran tapak pameran sebanyak RM100.00 telah dikenakan kepada setiap IPTS yang menyertai pameran tersebut.

Penutupan Seminar dan Pameran Pendidikan Kerjaya telah dirasmikan oleh Fadzil Mohd Jamil Ketua Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud merangkap wakil kepada Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud.








CERAMAH KONSEP 1 MALAYSIA

KOTA BELUD  Baru-baru ini satu ceramah tentang gagasan konsep 1 Malaysia telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Seramai 84 orang pelajar Tingkatan 6 Atas telah menghadiri ke ceramah tersebut yang telah disamapikan oleh En. Durahim Pegawai Penerangan Daerah Kota Belud.

Beliau telah menjelaskan rasional, matlamat dan objektif kenapa gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Selain daripada itu beliau juga telah menjelaskan nilai-nilai murni yang cuba diterapkan dalam konsep 1 Malaysia.

Di akhir ceramah tersebut beliau telah mengagihkan sedikit naskah buku kecil yang mengandungi penerangan secara menyeluruh tentang gagasan konsep 1 Malaysia kepada pelajar.  Beliau juga mengagihkan buku kecil berkaitan dengan Rukun Negara kepada pelajar.