Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

LAWATAN KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN PRS

Pada 06 Ogos 2009 baru - baru ini , ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling dan ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah melawat ke MARDI Negeri Sabah di Manggatal, Kolej PTPL dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi Pinampang .

Seramai 38 pelajar dan 5 orang guru pengiring telah menyertai lawatan sambil belajar tersebut. Semasa berada di MARDI rombongan kami telah diberi taklimat ringkas peranan MARDI serta peluang-peluang kursus yag dianjurkan oleh MARDI untuk membantu mereka yang berminat dalam memproses hasil pertanian atau hasil laut untuk pasaran tempatan. Selepas taklimat rombongan kami telah diperkenalkan dengan mesin-mesin pemproses hasil pertanian dan laut. Kami juga telah melihat pameran di galeri pameran yang mereka sediakan. Dan terakhir sekali kami telah dihidangkan dengan jamuan ringan oleh pihak MARDI. Kami mengucapkan setinggi penghargaan kepad MARDI kerana sudi menerima rombongan kami dari SMK Arshad Kota Belud.

Selepas itu kami meneruskan lawatan kami ke Kolej PTPL. Semasa di Kolej PTPL rombongan kami telah dipertontonkan slaid kemasukan ke IPTA dan ke IPTS. Selepas itu rombongan kami telah dibawah melawat beberapa bilik khas di kolej tersebut. Rombongan kami juga telah melihat satu demo bagaimana mengambil darah dari seseorang. Selain itu pelajar juga diberi peluang menunjukkan demo tersebut. Di Kolej PTPL kami telah dijamu dengan makanan berat. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej PTPL khususnya kepada Pengetua dan kru krunya yang telah menerima rombongan kami dan memberi layanan yg baik kepada kami.

Sebelah petang kami telah melawat Taman Hidupan Liar di Lok Kawi Pinampang Sabah. Taman Hidupan Liar yang menempatkan berbagai jenis spesis haiwan seperti Gajah borneo, Badak Sumbu, Rusa, Harimau, Kijang, Urang Utan, spesis burung dan lain-lain. Kami bertolak pulang kira-kira jam 4:00 petang dari Taman Hidupan Liar. Kami sampai di SMK Arshad kira-kira jam 6:00 Petang.