Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

PENYAMPAIAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR 2012

Pada 19hb Disimber 2012 Keputusan PeperiKsaan PMR 2012 telah diumumKan serentaK di seluruh negara. SerentaK pengumuman tersebut  seKolah ini telah mengadaKan majlis penyampaian slip Keputusan PMR yang disampaiKan oleh Hajah Latifah Hj MustaKim Pengetua seKolah Kepada pelajar.

Antara Pelajar yang cemerlang dalam PMR 2012













GURU IJAZAH SECARA SEPARUH MASA, PJJ, BOLEH NAIK GRED DG41 TANPA TEMUDUGAPost title

SEREMBAN, 7 Nov (Bernama) -- Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah program Pengajian Jarak Jauh akan dilantik terus ke Gred DG41 tanpa perlu menghadiri temuduga, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Rabu.

Timbalan Perdana Menteri berkata guru berkenaan boleh memohon terus kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk dikecualikan daripada proses temuduga.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut mengumumkan calon guru yang berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan ikhtisas selepas menamatkan pengajian juga akan dilantik terus tanpa proses temuduga sebagai guru pelatih mulai tahun depan.

Bulan lepas beliau mengumumkan bahawa calon guru yang bakal dipilih ialah 30 peratus dalam kalangan mereka dengan keputusan 9A dan berminat dalam bidang perguruan.

Beliau berkata seramai 2,960 orang kelompok pertama graduan Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan sebelum 1 Julai, ditempatkan sementara oleh Kementerian Pelajaran mulai 16 Okt.

Mereka akan ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bermula hari ini hingga 6 Dis, katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2012 anjuran SPP di sini.

Beliau berkata bagi calon berijazah selepas Jun seramai 7,755, perlu mengemukakan permohonan kepada SPP bermula 1 Nov secara online, melalui portal SPP (untuk calon IPGM) atau JobsMalaysia (calon IPTA).

Bulan lepas Muhyiddin mengumumkan bahawa seramai 10,715 orang graduan IPGM dan IPTA yang telah dan bakal menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan sekiranya berjaya dalam temuduga, akan dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah(PPS) Gred DG41.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha melaksanakan pakej kerjaya guru baharu dalam beberapa fasa bagi meningkatkan kualiti keguruan yang merangkumi usaha meningkatkan standard kemasukan, meningkatkan peluang pembangunan profesional berterusan mengikut keperluan individu.

"Ini membolehkan guru maju dalam kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi, serta mewujudkan budaya kecemerlangan profesionalisme berasaskan teladan rakan setugas," katanya.

Bagi mengukuh laluan kerjaya guru, Timbalan Perdana Menteri menyarankan SPP supaya mengambil langkah pragmatik untuk mengekalkan bakat terbaik dan antara langkah itu ialah guru mengajar mengikut opsyen bagi meningkatkan motivasi dan prestasi serta peluang kenaikan pangkat.

Sebaliknya bagi memastikan profesion keguruan adalah terdiri dari kalangan yang terbaik, dasar pemisah hendaklah dilaksanakan secara berkesan sejajar dengan transformasi keguruan sebagai profesion pilihan, katanya.

Muhyiddin berharap hasil persidangan ini dapat dipertimbang sebagai input ke dalam laporan pembangunan pendidikan 2012-2025 yang sedang dikemaskini.

"Saya juga ingin mencadangkan bahawa hasil persidangan ini dapat diperinci untuk dijadikan pelan tindakan yang bersepadu melalui pelaksanaan satu makmal khusus dianggotai anggota dari Kementerian Pelajaran, SPP, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), PEMANDU, MoF dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

"Saya berharap agar persidangan ini akan menjadi medan terbaik untuk mengenal pasti idea-idea yang kreatif dan inovatif selaras dengan dasar transformasi negara bagi meningkatkan kualiti sistem pelajaran negara.

"Pengubahsuaian atau penambahbaikan dalam perkhidmatan pelajaran yang berterusan, terutama dalam aspek peningkatan kemahiran dan latihan adalah penting kerana ia kunci utama kepada kecekapan perkhidmatan pelajaran," katanya.

Sebanyak 10 kertas kerja dibentangkan pada persidangan tiga hari itu.

BERNAMA
7HB DISEMBER 2012

CUEPACS MAHU SEMUA JENIS ELAUN, INSENTIF PENJAWAT AWAM DIKAJI SEMULA

KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu semua jenis elaun dan insentif penjawat awam di seluruh negara termasuk imbuhan tetap perumahan dan bayaran insentif wilayah untuk Sabah dan Sarawak dikaji semula.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata perkara itu perlu memandangkan harga rumah dan kos sara hidup rakyat di negara ini semakin meningkat.

"Di mana-mana negeri, elaun tidak boleh dibeza-bezakan seperti dahulu sebab sekarang ini harga rumah dan kos sara hidup terlalu tinggi.

"Sebab itu Cuepacs menyuarakan supaya semua jenis elaun, insentif dan imbuhan tetap perumahan perlu dikaji semula bersama dengan kajian suruhanjaya transformasi perkhidmatan awam," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, di sini Rabu.

Omar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelbagai pihak agar elaun perumahan penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di semenanjung atau sebaliknya diseragamkan.

BERNAMA
14 November 2012

PROGRAM LAWATAN KE RUMAH PELAJAR CALON PMR DAN SPM 2012

Program ini merupakan program yang berkaitan dengan Sahsiah dan Disiplin pelajar. Fokus program ini ialah pelajar yang kerap kali melakukan ponteng kelas dan ponteng sekolah. Pelajar tersebut akan melalui beberapa langkah sebagai intervensi perlakuan ponteng mereka. Sekiranya pelajar tersebut tidak menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif atau dengan ertikata pelajar berubah setelah melalui beberapa peringkat/langkah intervensti maka pihak pengurusan seperti Pengetua, PK Pentadbiran, PK HEM, PK Petang, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Disiplin, Guru Kelas akan datang ke rumah ibu bapa pelajar yang terlibat.

Program ini berjalan dari awal tahun hingga lah bulan September 2012.

 Melawat Rumah Pelajar di Kg Pituru Darat Kota Belud






MOTIVASI DAN KEBERKATAN ILMU PRA-U 2012

Pada 24hb Oktober Motivasi dan Keberkatan Ilmu Pelajar PraU Rendah dan Atas telah diadakan di sekolah. Penceramah motivasi dalam majlis ini ialah En. Liasin Kaloh Pengetua Cemerlang SMK Narinang Kota Belud.







MOTIVASI DAN KEBERKATAN ILMU TINGKATAN 5 2012

Pada 19hb Oktober Majlis Motivasi dan Keberkatan Ilmu Pelajar SPM 2012 telah diadakan di dewan sekolah. Ibu bapa pelajar SPM juga dijemput bersama dalam majlis tersebut untuk menjayakan majlis tersebut. Majlis dirasmikan oleh YDP PIBG sekolah. Penceramah motivasi pula ialah En. Liasin Kaloh Pengetua Cemerlang SMKNarinang Kota Belud.





RENUNGAN PELAJAR (BUANG KERJA YANG TAK BERFAEDAH)

Arang Habis, Besi Binasa


Tukang besi akan menggunakan bara api untuk melembutkan besi. Apabila besi telah lembut, besi tersebut akan dibentuk-bentuk untuk dibuat ukiran, parang dan sebagainya. Arang digunakan bagi mendapatkan bara api. Tukang besi melakukan kerja yang sia-sia apabila beliau meletakkan besi di bara api begitu sahaja. Akhirnya besi tersebut akan lebur atau cari begitu sahaja.

Pepatah arang habis, besi binasa bermaksud melaksanakan sesuatau pekerjaan yang sia-sia

Banyak dalamkalangan pelajar membuang masa dan melakukan kerja yang sia-sia. Senario ini berlaku kerana mereka tidak Nampak masa depan mereka. Walaupaun ibu bapa dan guru-guru member nasihat, menceritakan pengalaman mereka dan orang-orang terdahulu, tetapi pelajar-pelajar mengabaikannya begitu sahaja.

Pekerjaan sia-sia yang dilakukan oleh segelintir pelajar seperti melayari berjam-jam dalam internet, facebook, game komputer, menonton televisyen, melepak, kerap bermain sms dalam telepon bimbit, kerana tidak memberikan penekanan terhadap faktor masa. Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh pelajar-pelajar yang berkaitan dengan masa:

1. Masa yang telah berlalu tidak akan kembali – oleh itu buatlah kertja-kerja yang berfaedah agar tidak menyesal nanti.

2. Masa itu tidak boleh dicipta – oleh itu ciptalah sesuatu manafaat sekarang agar pada masa akan datang manafaat yang akan diperoleh.

3. Masa tidak bolh dijual beli – kelalaian sekarang dibayar pada harga yang tinggi masa depan.

4. Masa tidak bolh dicari – pencarian ilmu sekarang menjamin masa akan datang.

Rumusan:

Melakukan kerja yang sia-sia tidak mendatangkan apa-apa faedah, malah amat merugikan sama sekali. Sifat malas, tidak bersungguh-sungguh, buang masa dan perkara-perkara negatif yang lain tidak akan Nampak hasilnya dalam tempoh masa yang singkat. Selepas peperiksaan SPM sahaja kita melanjutkan pelajaran dan kita masih tercari cari kolej atau university yang bersesuaian dengan keputusan yang telah kita terima. Bertindaklah sekarang untuk kejayaan masa depan.

RENUNGAN PELAJAR (BERFIKIR KEHADAPAN)

Rosak Tapai Kerana Ragi


Tapai adalah sejenis makanan orang-orang Melayu yang biasanya dihidangkan di majlis-majlis keramaian atau kenduri kendara. Ada pelbagai jenis tapai seperti tapai ubi, dan tapai beras. Antara bahan utama membuattapai adalah ragi yang digunakan untuk memeram ubi atau beras. Sekiranya ragi tidak mengikut sukatan yang sepatutnya, maka pembuatan tapai tidak akan menjadi.

Pepatah rosak tapai kerana ragi bermaksud pekerjaan yang dibuat sambil lewa atau tidak berhati hati akan memberikan akibat yang buruk.

Bagi menjadikan seseorang pelajar itu cemerlang, mereka hendaklah meninggalkan perkara-perkara berikut:

1. Malas belajar

a. Sikap malas belajar harus dibuang jauh-jauh dalam diri seseorang pelajar
b. Sikap cintakan ilmu menjadikan seseorang pelajar itu menjadi lebih yakin dan rajin untuk menuntut ilmu.

2. Menonton televisyen atau bermain komputer secara berlebih-lebihan

a. Televisyen dan computer adalah medium yang baik mendapat ilmu
b. Malangnya banyak pelajar yang telah tersalah guna sehinggakan menghabiskan masa berjam-jam lamanya di depan televisyen dan komputer
c. Perbuatan ini akhirnya merugikan pekajar kerana mereka tidak belajar, mengantuk dan kurang rehat.

3. Berfoya-foya dan membuang masa dengan rakan-rakan

a. Seseorang pelajar itu harus pandai memilih rakan.
b. Rakan yang baik mendorong kita untuk melakukan perkara yang baik-baik serta mendorong kita untuk mencapai kecemerlangan.

Rumusan:

Seseorang pelajar itu seharusnya berfikir jauh kehadapan. Mereka jangan melakukan perkara-perkara yang mendorong diri mereka menjauhkan diri daripada menambah ilmu pengetahuan.

RENUNGAN PELAJAR (JANGAN MENGENAL PUTUS ASA)

Patah Sayap Bertongkat Paruh, Patah Paruh Bertelekan.


Burung tidak boleh terbang jika sayapnya patah. Burung yang kuat sememangnya akan tetap berusaha. Demi satu kehidupan, seekor burung yang patah sayapnya tetap berusaha untuk terus gagah menongkat muka atau kepalanya dengan paruh. Bertelekan bermaksud duduk dengan kedua-dua belah siku bertumpu pada sesuatu, biasanya muka. Burung bertelekan berkemungkinan menggunakan sayapnya yang patah untuk terus gagah.

Peribahasa patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan bermaksud melakukan sesuatu itu tanpa mengenal erti putus asa.

Pelajar harus mempunyai jati diri yang kuat untuk terus maju. Pelajar yang mahu membanatu dirinya sendiri akan sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. Kesungguhan seseorang menjadikannya tahu dan faham erti putus asa.

Putus asa adalah satu sifat yang perlu dihindari oleh setiap orang. Bagi mengelakkan agar kita tidak berputus asa, kita seharusnya membaca sejarah atau pengalaman mereka yang telah berjaya. Berdasarkan pengalaman mereka yang telah menempa kejayaan sebelum ini, pasti kita dapati bahawa mereka juga pernah mengalami kegagaalan.

Kejayaan itu bukan milik mutlak seseorang. Kejayaan terletak kepada usaha yang gigih. Andai kata putus asa menjadi amalan, sudah semestinyalah kegagalan yang dicapai. Berikut adalah cirri-ciri mereka yang berputus asa:

1. Tidak berterima kasih kepada mereka yang membantu kita.

2. Merungut apabila diberi tugasan.

3. Menangguh-nangguh pekerjaan

4. Tidak bertanya semasa tidak faham

5. Tidak cekap mengutamakan pekerjaan (buat yang tidak penting dahulu)

6. Malas

7. Suka menyalahkan orang lain

8. Merasakan orang lain lebih hebat, tetapi tidak mahu berusaha menjadi hebat

Rumusan:

Jauhi sifat putus asa dalam diari hidup kita. Putus asa tidak banyk membantu. Bina matlamat hidup yang positif dan cari kaedah bagi mencapai matlamat tersebut. Jika mengalami kegagalan, gunakan kaedah lain yang dapat membantu. Setiap masalah ada jalan penyelasaiaannya, setiap jalan penyelasaian pula bukan lah mutlak. Jalan penyelasaian adalah berbeza mengikut permasalahan dan keadaan.



PROGRAM DIDIK BERITA HARIAN UNTUK PELAJAR SPM 2012

Pada 29 dan 30 September 2012 baru-baru ini satu seminar Didik Berita Harian Anjuran dan tajaan oleh Bank Rakyat telah diadakan di SMK Usukan Kota Belud. Seminar ini selain dari mendedahkan teknik menjawap kertas soalan SPM Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik, pelajar juga telah dihidangkan dengan slot Motivasi.

Lapan buah sekolah menengah di daerah ini dan seramai 30 orang pelajar dari setiap sekolah menengah telah menyertai  seminar ini.

PESERTA DIDIK BERITA HARIAN BERGAMBAR  SELEPAS SEMINAR

RENUNGAN BUAT PELAJAR

Jika Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya


Ruyung ialah kulit atau kayu yang keras daripada batang pokok rumbia. Pokok ini menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan sagu. Bagi mendapatkan sagu, kulit pada pokok rumbia tersebut harus dipecah-pecahkan terlebih dahulu. Pokok ini pula sukar didekati kerana kedudukannya yang kadang-kadang berdekatan dengan paya dan di dalam hutan. Pendek kata, usaha untuk mendapatkan sagu bukanlah satu usaha yang mudah. Dari rumah lagi, seorang pencari sagu harus bersedia dari segi mental dan fizikal. Parang dan kapak seharusnya tajam. Persiapan menghadapai binatang-binatang berbisa dan lain-lain kemungkinan juga harus dititik beratkan.

Maksud pepatah jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya bermaksud sesuatu cita-cita atau matlamat itu tidak akan tercapai tanpa usaha.
Bagi mencapai sesuatu matlamat, seseorang itu harus berusaha. Usaha yang berterusan harus mempunyai elemen-elemen berikut:

1. Mempunyai kemahuan yang kuat untuk mencapai kejayaan.

2. Mempunyai keyakinan yang tinggi, bahawa usaha hebat akan menghasilkan kejayaan.

3. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan sanggup membantu orang lain bagi mencapai kejayaan yang sama.

4. Mempunyai kaedah yang hebat untuk Berjaya.

Rumusan:

Kesungguhan untuk Berjaya boleh menghasilkan kejayaan. Usaha mencapai kejayaan itu, pelbagai kaedah boleh digunakan mengikut kesesuaian masing-masing.

Impian yang tinggi tanpa diiringi usaha adalah sesuatu yang sia-sia. Secara umumnya usaha yang sedikit pula akan menatijahkan hasil yang tidak seberapa. Oleh itu, sebagaimana kita meletakkan impian dan matlamat yang tinggi untuk dicapai, maka usaha juga perlulah luar biasa kerana kejayaan yang luar biasa tidak akan datang bergolek begitu sahaja.

MUTIARA KATA





SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2012









Pada 26hb Jun 2012 SMK Arshad Kota Belud menjadi pengelola dan tuan rumah Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Belud untuk Tahun 2012. Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Japlin Bin Haji Akim, Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah, Merangkap ADUN N8 Usukan Kota Belud.

ROADSHOW UMS 2012

Rodshow UMS telah diadakn di SMK Arshad Kota Belud bagi daerah Kota Belud pada 28hb Mac 2012. Unit Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kooprat UMS telah memberi ceramah mengenai Kursus dan syarat kemasukan ke UMS kepada pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas di daerah Kota Belud