Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

SELAMAT DATANG KEPADA PENGETUA BARU


Warga SMK Arshad Kota Belud mengalu-alukan kedatangan Encik Ajmal Bin Haji Jumah Pengetua baru yang menggantikan Hajjah Latifah Haji Mustakim mantan Pengetua Cemerlang sekolah ini. Encik Ajmal Bin Haji Jumah telah datang melapor diri di sekolah ini pada awal tahun ini merupakan pengetua yang telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mentadbir, mengurus dan memimpin sekolah ini yang mana antara sekolah yang tertua di negeri Sabah.

Melalui ucaptamanya dalam majlis perhimpunan rasmi sekolah buat pertama kalinya pada 26 Januari 2015 beliau telah menggariskan tiga perkara untama menjadi fokus dalam pentadbiran beliau iaitu Kurikulum (PDP), Kokurikulum dan pembangunan sahsiah diri murid (Disiplin).

Beliau yang berasal dari daerah Tenom sebelum ini pernah bertugas di beberapa buah sekolah di daerah Tenom dan Kota Kinabalu, di Sektor Pembangunan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, juga pernah menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Daerah Tenom sebelum dinaikkan pangkat menjadi Pengetua SMK Sindumin Sipitang pada tahun lalu. Pada awal tahun ini beliau kini bertugas di sekolah ini sebagai PENGETUA. WARGA SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG , SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH INI.

HARI TERAKHIR HAJJAH LATIFAH HAJI MUSTAKIM BERTUGAS DI SMK ARSHAD KOTA BELUD SABAH

HAJJAH  LATIFAH HJ MUSTAKIM PENGETUA CEMERLANG SMK ARSHAD KOTA BELUD
Puan Hajjah Latifah Haji Mustakim telah bersara dalam perkhidmatan pada 1 Januari 2015. Gambar di atas diambil ketika beliau merakamkan masa masuk bertugas di hari terakhir beliau berkhidmat pada 31 Disember 2014. Warga sekolah pasti akan  mengingati segala jasa semasa beliau menarajui kepimpinan di sekolah ini sebagai PENGETUA CEMERLANG  dari tahun 2008 hingga lah 31 Disember 2014.