Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

DEFINISI KAUNSELING

Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan peribadi yang diadakan khas di sekolah untuk membantu pelejar memenuhi keperluan dan aspirasinya atau dengan perkataan lain untuk membantu pelajar mengatasi rintangan dalam situasi hidupnya, melakukan aktiviti yang menghasilkan perkembangan dan membuat keputusan yang berkesan.

Ramai pembimbing dan pendidik berpendapat bahawa perkhidmatan kaunseling merupakan nadi kepada program perkhidmatan bimbingan di sekolah. Tanggapan terhadap kepentingan perkhidmatan kaunseling dalam program bimbingan di sekolah ini begitu kuat sehingga ada sesetengah sekolah yang memberikan keutamaan hanya kepada perkhidmatan ini sahaja dalam program bimbingannya dan mengetepikan perkhidmatan yang lain seperti perkhidmatan inventori individu, perkhidmatan maklumat, dan perkhidmatan penilaian dan penyusulan.

Memang tidak dapat disangkal bahawa perkhidmatan kaunseling ialah satu perkhidmatan penting dalam program bimbingan di sekolah, tetapi dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling sahaja tanpa perkhidmatan lain, program bimbingan di sekolah tidak lengakp dan tidak dapat memberikan menafaat yang maksimum kepada pelajar.

Definisi Kaunsleing.

Mengikut Rogers (1951), seorang pelupur kaunseling berpusatkan klien menyatakan bahawa kaunseling ialah ialah suatu perhubungan apabila apabila salah seorang daripada orang yang terlibat dalam prhubungan itu, iaitu kaunselor, mempunyai tujuan untuk memupuk pertumbuhan, perkembangan dan kematangan dan memperbaiki kefungsian orang yang satu lagi iaitu kaunseli.


KURSUS PEMANTAPAN AHLI PRS DAN KELAB UBK


Pada 1 Julai yang lalu satu kursus pemantapan ahli Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah diadakan sehari suntuk. Dua ceramah telah disampaikan dalam kursus tersebut, di mana penceramahnya ialah Japran dari Jemaah Nazir Negeri Sabah dan Aqsah Saubin Guru Bimbingan dan Kaunseling SM
K Taun Gusi Kota Belud. En. Japran telah menyampaikan ceramah menegenai bagaimana mengurus sesuatu program manakala En Aqsah Saubin pula telah menyampaikan ceramah mengenai perkhidmatan PRS dan Kelaab UBK.
Kursus Pemantapan PRS pada hari tersebut telah dibantu oleh 3 orang PRS dari Politeknik Manggatal yang merupakan bekas pelajar di sekolah ini. Mereka ialah Mohd Azwan, Dino dan Nuruliza. Mereka in
i telah mengetuai semua fasilatitor dalam mengendalikan LDK.