Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM )
Persijilan Kemahiran Malaysia merupakan salah satu fungsi utama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia. Persijilan ini menawarkan lima (5) tahap persijilan iaitu :
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
  • Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
  • Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Syarat Kelayakan Menyertai Persijilan Kemahiran Malaysia
Syarat minimum menyertai latihan Persijilan Kemahiran Malaysia Kaedah Pertauliahan melalui Institusi Latihan yang diiktiraf, calon-calon mestilah :
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
  • Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama.

 Program kemahiran yang disenaraikan melalui laman web ini adalah terletak di bawah kawalselia Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Proses penilaian dan pentauliahan adalah dibuat oleh JPK mengikut peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) serta peraturan dibawahnya.
Program-program yang ditauliahkan oleh JPK didaftarkan dalam Daftar Kelayakan Malaysia selaras dengan penguatkuasaan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 melalui pelaksanaan Kerangka Kelayakan Malaysia oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

TIPS MENENTUKAN HALATUJU SELEPAS SPM DAN STPM

Tahniah untuk mereka yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Juga tahniah untuk adik aku yang dapat 5A dalam SPM dia. A adalah Matematik, Sains, Akaun, Quran dan Sunah, dan Syariah. Sekarang ni dia tengah sambung untuk amik STAM di Maktab Mahmud Alor Star. Tapi aku tak sure plak sama ada dia akan continue untuk amik STAM atau terima tawaran dari IPT.

Dan pada yang tidak berjaya jangan patah semangat. Ni nak cerita sikit, kakak ampa ni pon dulu result SPM tak la cemerlang mana tapi semua tu tak menghalang aku untuk menjadikan siapa aku sekarang ni. Sekarang ni dah jadi pegawai kot. Bukan nak angkat diri, tapi nak bagitau ampa, keputusan SPM tu bukannya penentu segala-galanya.

OK mai kakak ampa nak cerita sikit sedikit sebanyak latar belakang kakak ampa ni. Apa yang kakak ampa ni buat lepas dapat keputusan SPM. 

MINAT DAN KELAYAKAN

Orang cakap kalau nak mohon kos di IPT mestilah amik kos yang kita minat. Itu betul tapi tak semestinya. Kita kena tengok juga dengan kelayakan kita sama ada kita berkelayakan atau tidak. Sebagai contoh, ampa minat bidang kejuruteraan tapi math gagal, boleh ka kita mohon? Mestilah tak boleh sebab bidang kejuruteraan ni guna banyak pengiraan,

Lagi untung kalau kita punyai minat dan juga ada kelayakan untuk memohon kos yang kita suka. Apa yang penting sekali kena tengok sama ada kita layak atau tidak untuk memohon lepas tu baru kita tengok apa yang kita minat. Sebab minat ni kita boleh pupuk. 

Bila kita dah ada ilmu, nak ke tak nak kita tetap kena buat jadi dari situ minat akan timbul minat setelah kita ada ilmu dan kita tahu apa yang perlu kita buat.

PELUANG PEKERJAAN

Sesetengah orang akan tengok kos apa yang mempunyai peluang pekerjaan yang banyak. Bagi aku, aku kurang bersetuju mengenai ini. Sebab kita tidak tahu sama ada lepas kita habis study, adakah kos yang kita amik tu yang kekononnya akan ada peluang pekerjaan yang banyak tapi time kita dah habis study masih banyak peluang pekerjaan.

Semua itu bergantung kepada kemahiran kita, kebolehan kita, result exam final year dan juga communication skills masa kita pergi interview dan paling penting sekali adalah rezeki yang Allah telah tetapkan.

Sebagai contoh yer, masa aku dapat tawaran dari USM dengan kos social science, masa tu mak bapak aku beritahu ada kawan-kawan depa cakap nanti susah dapat kerja kalau amik kos tu. Tapi masa tu aku percaya pada rezeki. 

Aku dapat interview lepas dua bulan aku habis belajar tapi masa tu belum grad lagi. Dan apa yang mengejutkan aku adalah mereka hanya mencari yang berkelulusan social science dan kelebihan pada aku adalah aku major dalam social work. Alhamdulillah aku dapat kerja tu untuk jawatan case manager.

So pada yang cakap cost aku ni susah dapat kerja la dan macam-macam lagi yang aku dengar masa aku baru dapat tawaran adalah tidak benar sama sekali. Sebab kita tidak tahu peluang pekerjaan yang akan kita dapat di masa hadapan. Yang penting ada knowledge.

KEPUTUSAN SPM KURANG MEMUASKAN.

Keputusan SPM aku bukan la best sangat pun. Cukup-cukup makan ja. Tapi aku apply jer semua mana tau ada rezeki kot mana-mana. Dalam dok tunggu panggilan masuk ke IPT aku dapat tawaran untuk sambung ke tingkatan 6. Masa tu walid aku suruh pergi jer dari dok melangut kat rumah kan. 

Lagipun masa tu aku dah puas merantau sampai ke Melaka untuk kerja sementara menunggu keputusan SPM keluar. Jadi aku pon p je la masuk Tingkatan 6. Pada mulanya memang aku tak suka langsung apatah lagi sekolah tingkatan 6 aku tu sekolah yang paling aku nak elak untuk masuk. Tapi percaturan Tuhan lebih hebat, yang kita tak mau tu la dapat kat kita,

Lepas beberapa bulan belajar di tingkatan 6, aku dapat tawaran untuk sambung Diploma dalam bidang IT. Masa tu memang aku nak p sangat-sangat. Cuma tunggu p daftar ja. Tapi ada konflik plak berlaku. Walid aku suruh aku sambung jer tingkatan 6, tapi masa tu aku memang tak mau. Sampai walid aku cakap kalau nak p juga, p la tapi alid tak mau amik tau dah pasal ni. Beberapa hari aku tak cakap dengan alid aku.

So sebagai anak, kita kena mengalah. Aku terus juga belajar di tingkatan 6. Sorang demi sorang kawan-kawan aku berhenti tingkatan 6 untuk sambung diploma dan ada juga yang amik sijil jer... Time tu la aku berazam untuk memastikan yang aku berjaya dalam STPM.

Biarla orang nak cakap masuk tingkatan 6, nak kena pakai baju sekolah, masuk politeknik atau kolej-kolej lain dan UITM boleh pakai baju cantik-cantik tak payah pakai baju sekolah dah. Tapi semua tu aku letak ketepi. 

Bila fikir balik, STPM  1 taHun setengah saja lepas tu terus ke Degree. Diploma 3 tahun, lepas tu kena ambil degree lagi 2 tahun kan dah rugi masa. Dan rasa keputusan yang paling tak patut kawan-kawan aku buat adalah depa dapat tawaran sijil jer dari Politeknik tapi sanggup berhenti sebab tak mau pakai baju sekolah. Tu la keputusan paling bodoh aku rasa.

Sebab tak mau pakai baju sekolah sanggup plak terima tawaran tu. Dari sijil, nak kena amik diploma, lepas tu nak sambung degree, dah berapa tahun kita rugi? Sebab tu time aku dah keja ni masih ada yang tak habis study lagi. Bukan la niat aku nak merendahkan depa cuma aku nak tunjukkan betapa ruginya depa buat keputusan yang langsung tak munasabah masa tu. Semua tu sebab malu nak pakai baju sekolah.

PELUANG UNTUK PELAJAR STPM

Aku bangga sebab aku adalah pelajar STPM. Bukan semua orang sanggup amik STPM. Semua orang kata susah. Memang susah. Tapi dari situ la kita akan bekerja lebih keras untuk berjaya. Dan paling aku tak sangka, bila kita dapat keputusan STPM peluang kita untuk ke IPT lagi luas sebenarnya.

Banyak sangat peluang dan paling best kita boleh pilih hala tuju kita. Macam aku, aku jenis suka bekerja dalam masyarakat, aku suka berinteraksi dengan masyarakat dan tolong masyarakat sebab tu aku amik social science atau nama melayunya Sains Kemasyarakatan. 

Aku syorkan kepada yang mempunyai minat sama dengan aku supaya apply Sains Kemasyarakatan di USM. Sepanjang aku bergelar student di sana, banyak program telah aku join contohnya program dengan orang asli, orang tua, masyarakat, dan juga pengalaman untuk praktikal di asrama akhlak. 

Pengalaman yang aku dapat tu la yang menjadikan siapa aku sekarang. Biarpun begitu, aku perlu lebih banyak belajar. Bila kita bekerja, terutamanya bekerja dengan mereka yang mempunyai masalah dadah macam aku, kita akan belajar banyak perkara baru setiap hari.

SAYA SUDAH BERPUTUS ASA

Putus asa? Jangan sesekali rasa macam tu. Keputusan peperikasaan kita tak kan menentukan siapa kita pada masa hadapan. Yang paling penting sekali perlu berusaha untuk mengubahnya. Kalau rasa keputusan kita tak bagus atau kita ni jenis tak mampu nak belajar, pilih kos yang memerlukan kemahiran.

Contohnya dalam bidang aircond, elektrik, automotif dan macam-macam lagi. Kalau ada kemahiran, senang kita nak dapat kerja ataupun kalau ada target yang lagi besar, nak buka perniagaan sendiri. 

Dalam semua perkara yang paling penting adalah usaha kita untuk mengubahnya. Pokok pangkalnya diri kita sendiri. Harap semua yang kak ampa ni tulis akan dapat membantu ampa sedikit sebanyak.