Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4 2009

Minggu Haluan Pelajar Tingkatan 4 telah dijalankan pada 06 Jan - 12 Jan 2009. Antara pengisian dalam program tersebut ialah Ceramah mengenai mata pelajaran elektif, peraturan dan budaya sekolah, dialog ibu bapa dengan pihak pengurusan sekolah dan ceramah kerjaya.





Majlis Penutupan Minggu Haluan Pelajar Tingkatan 4 telah dirasmikan oleh Puan Latifah Haji Mustakim Pengetua SMK Arshad Kota Belud. Majlis Penutupan telah diadakan pada 13 Jan 2009 . Sebaik sahaja penutupan MHP selasai Penolong Kanan HEM En. Ashmer Abdul Raus mengumumkan nama pelajar mengikut kelas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.







MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 1 2009

Minggu Haluan Pelajar Tingkatan 1 telah dijalankan pada 05 Jan - 09 Jan 2009. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sebagai pengisian dalam MHP tersebut ialah taklimat mengenai mata pelajaran, LDK dan juga perjumpaan ibu bapa dengan pengurusan sekolah. Semasa perjumpaan ibu bapa dengan pengurusan sekolah sesi dialog telah diadakan sebagai medan ibu bapa mengemukakan pertanyaan mengenai P & P, bantuan kerajaan, asrama, dan masalah anak-anak mereka di sekolah.

Minggu Haluan Pelajar Tingkatan 1 telah ditutup dengan rasminya oleh Pengetua sekolah Puan Latifah Haji Mustakim.