Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

PENGUMUMAN DAN PENYAMPAIAN SLIP KEPUTUSAN SPM DAN STPM 2014 PERINGKAT SEKOLAH

Keputusan Peperiksaan STPM 2014 telah diumukan pada 2hb Mac 2015 dan SPM 2014 telah diumumkan pada 3hb Mac 2015. Satu majils pengumuman keputusan dan penyampaian slip keputusan bagi SPM dan STPM 2014 telah diadakan secara berasingan. Pengumuman dan penyerahan slip bagi kedua-dua peperiksaan tersebut telah dilakukan oleh Encik Ajmal Haji Jumah Pengetua SMK Arshad Kota Belud.

Amirah Binti Abdin Pelajar Cemerlang Peringkat Kebangsaan STPM 2014 dengan PNGK 4.00

Amirah Binti Abdin dengan hadiah dan anugerah Pelajar Cemerlang yang diterimanya di peringkat kebangsaan ,bergambar bersama YDP PIBG dan Pengetua 
Bagi Peperiksaan STPM 2014 Amirah Binti Abdin telah menjadi pelajar cemerlang dengan mendapat PNGK 4.00 dengan mendapat semua A dalam 4 mata pelajaran yang didudukinya. Beliau juga merupakan penerima anugerah Pelajar terbaik STPM 2014 bagi sekolah luar bandar di peringkat kebangsaan.  Erwan Abdul Rahman pelajar kedua terbaik dalam STPM 2014 di sekolah ini pula mencatat PNGK 3.92.
Erwan Abdul Rahman Mencatat PNGK 3.92 Pelajar Kedua Terbaik STPM 2014

Erwan Abdul Rahman Menunjukan Slip keputusannya

Pengetua, YDP PIBG dan guru-guru Tingkatan Enam bergambar bersama pelajr STPM 2014


Seramai 46 orang calon STPM 2014  dengan peratus Kelulusan bagi calon yang mendapat gred sekurang-kurangnya gred C 91.3 % dengan GPS 2.49 meningkat 0.06 berbanding GPS STPM 2013. Seramai 10 orang pelajar yang memperolehi PNGK 3.00 keatas.

Bagi peperiksaan SPM 2014 seramai 208 calon yang telah menduduki peperiksan tersebut  dengan peratus kelulusan 94.1 % dan GPS sekolah 5.60 meningkat 0.02 berbanding GPS SPM 2013. Pelajar terbaik SPM 2014 ialah Merystica Yamil dengan mendapat 10A di mana 7daripada A yang diperolehinya ialah A+ .

Merystica Yamil Pelajar Terbaik SPM 2014 dengan 10A

Grace Ak Ason 8A


Belinda, Jane Sisi Linsapu dan Ester mendapat 5A


Pengetua dan YDP PIBG bergambar bersama pelajar cmerlang SPM 2014

PELANCARAN PISA 2015

Pada 1hb Mac 2015 Yang Berbahagia Puan Hajjah Maimunah Binti Haji Suhaibul Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah telah melancar dengan rasminya pelajar sekolah ini yang telah terpilih mewakili Malaysia dalam program PISA (Programme For International Student Assessment) 2015. Seramai 42 orang pelajar Tingkatan 4 daripada sekolah ini telah dipilih menyertai PISA 2015 oleh satu badan  iaitu OECD yang berpengkalan di Paris.

Encik Ajmal Hj Jumah Pengetua SMK Arshad Kota Belud

Yang Berbahagia Puan Hajjah Maimunah Binti Haji Suhaibul Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Melancarkan Peserta PISA 2015

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah menyematkan Lencana PISA kepada salah seorang peserta PISA sambil disaksikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud (Baju Hijau) dan Pengetua SMK Arshad Kota Belud


Barisan Pentadbir sekolah  bersama peserta PISA 2015 bergambar bersama Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Sabah

Taklimat Khas oleh Pengetua kepada ibu bapa murid yang terpilih peserta PISA 2015