Sambutan Hari Guru 2016
Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.
Sambutan hari Raya 2016
Pengetua melawat meja makanan staf.
Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-56 2016
Acara Padang.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016
Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016
Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.
JERAYAWARA PENGETUA BERSAMA CALON SPM 2015
Program Jerayawara merupakan program penetapan target pencapaian setiap pelajar untuk semua mata pelajaran yang mereka ambil di sekolah melalui HEADCOUNT. Dalam program ini Setiausaha Headcount menerangkan kepada pelajar tentang target pencapaian untuk mereka dalam setiap mata pelajaran yang mereka ambil . Selain daripada itu pengetua juga menyampaikan Motivasi kepada calon-calon SPM 2015.
Pada hari ini, 4 kelas untuk Tingkatan 5 telah melalui program ini iaitu kelas Sains 5 Alpha dan 5 Beta, dan 2 kelas aliran sains sosial iaitu 5SS1 dan 5SS2.
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2015
Program Guru Penyayang di peringkat sekolah Tahun 2015 telah dilancarkan pada hari ini 12 Februari 2015. Ajmal Haji Jumah Pengetua dan Hasrinah Datuk Golkhan YDP PIBG , telah melancarkan program ini . Turut hadir dalam pelancaran ini ialah semua Penolong Kanan, AJK PIBG, dan guru-guru serta murid-murid sekolah ini.
Ajmal Hj Jumah Pengetua SMK Arshad sedang memotong reben banting Guru Penyayang. Beliau disaksikan oleh Ashmir Abd Raus Penolong Kanan Pentadbiran dan Cik Haini Mustal PK Tingkatan 6
|
Hasrinah Datuk Golkhan YDP PIBG sedang memotong reben banting Guru Penyayang
|
Ajmal Hj Jumah Pengetua dan Hasrinah Datuk Golkhan YDP PIBG di tengah bergambar bersama PK, AJK PIBG dan guru-guru selepas pemptongan reben banting
|
MAJLIS PERSARAAN CIKGU ALBERT RUMANTAI GURU PAKAR KEMAHIRAN HIDUP
Majlis Persaraan Cikgu Albert Rumantai yang telah dianjurkan oleh Kelab Staf Sekolah telah diadakan pada 30 Januari 2015 di dewan sekolah.. Albert Rumantai merupakan seorang guru yang telah berkhidmat di sekolah ini selama hampir 33 tahun sepanjang keriernya sebagai seorang guru. Beliau merupakan GURU PAKAR Kemahiran Hidup Gred DG 38. Selamat Bersara, nikmatilah hari-hari persaraan yang indah dan bahagia bersama keluarga yang tercinta.
Pada hari ini 8hb Februari 2015 satu lagii Majlis Khas Persaraan Cikgu Albert Rumantai akan diadakan di salah satu Restoran di daerah Kota Belud. Majlis ini sekali gus menyambut Ajmal Hj Jumah sebagai Pengetua baru di sekolah ini. Majlis ini juga tidak lupa meraih perpindahan Jaibon Pembantu Makmal ke SMK Taun Gusi II Kota Belud.
Albert Rumantai telah diarak sambil menaiki kuda
|
Ajmal Hj Jumah Pengetua SMK Arshad Kota Belud (Gambar Bawah) juga menaiki kuda sempena Majlis Persaraan Cikgu Albert Rumantai
|
Pengetua barisan Depan (Tengah) bersama YDP PIBG dan AJK PIBG.
|
Hasbullah Mohamed mendeklamasi Sajak khas untuk Cikgu Albert Rumantai
|
Cikgu Albert Rumantai menyampaikan ucapan terakhir di majlis tersebut.
|
SELAMAT DATANG KEPADA PENGETUA BARU
Warga SMK Arshad Kota Belud mengalu-alukan kedatangan Encik Ajmal Bin Haji Jumah Pengetua baru yang menggantikan Hajjah Latifah Haji Mustakim mantan Pengetua Cemerlang sekolah ini. Encik Ajmal Bin Haji Jumah telah datang melapor diri di sekolah ini pada awal tahun ini merupakan pengetua yang telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk mentadbir, mengurus dan memimpin sekolah ini yang mana antara sekolah yang tertua di negeri Sabah.
Melalui ucaptamanya dalam majlis perhimpunan rasmi sekolah buat pertama kalinya pada 26 Januari 2015 beliau telah menggariskan tiga perkara untama menjadi fokus dalam pentadbiran beliau iaitu Kurikulum (PDP), Kokurikulum dan pembangunan sahsiah diri murid (Disiplin).
Beliau yang berasal dari daerah Tenom sebelum ini pernah bertugas di beberapa buah sekolah di daerah Tenom dan Kota Kinabalu, di Sektor Pembangunan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, juga pernah menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Daerah Tenom sebelum dinaikkan pangkat menjadi Pengetua SMK Sindumin Sipitang pada tahun lalu. Pada awal tahun ini beliau kini bertugas di sekolah ini sebagai PENGETUA. WARGA SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG , SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH INI.
HARI TERAKHIR HAJJAH LATIFAH HAJI MUSTAKIM BERTUGAS DI SMK ARSHAD KOTA BELUD SABAH
| HAJJAH LATIFAH HJ MUSTAKIM PENGETUA CEMERLANG SMK ARSHAD KOTA BELUD |
MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA SMK ARSHAD DI HOTEL PROMENADE KOTA KINABALU
MAJLIS PERPISAHAN:
PUAN HAJJAH LATIFAH BINTI HAJI MUSTAKIM
PENGETUA CEMERLANG
SMK ARSHAD KOTA BELUD
2008-2014
TARIKH : 16 NOVEMBER 2014
TEMPAT : HOTEL PROMENADE KOTA KINABALU SABAH
Mohd Iskandar PK HEM menyampaikan hadiah kepada pengetua
|
Puan Lim Yun Ling PK Kokum Menyempikan hadiah kepada Pengetua
|
Cik Haini M PK PraU menyampaikan hadiah kepada pengetua
|
Puan Rohaya Wakil Staf Pend Khas menyampaikan hadiah
|
Puan Mastah Mantiar PK Petang Menyampaikan Hadiah kepada pengetua
|
YDP PIBG SMK Arshad mewakili PIBG menyampaikan hadiah kepada pengetua
|
Puan Rohaidah KB Sosial Menyampaikan hadiah kepada pengetua
|
Pikong Rangkasan KB Bahasa menyampaikan hadiah kepada pengetua
|
Elsie Pius KB Matematik dan Sains menyamapaikan hadiah kepada pengetua
|
Wan Mohd Nasir KB Tek dan Vok menyampaikan hadiah kepada pengetua
|
Puan Sokinah mewakili Staf bukan mengajar menyampaikan hadiah kepada pengetua
|
Diurie Suadik mewakili Kelab Staf SMARD menyampaikan hadiah kepada pengetua
|
Sambutan Hari jadi Timbalan Pengarah JPNS
|
Bergambar bersama tetamu
|
Timbalan Pengarah Jabataan Pendidikan Negeri Sabah
|




























































