Pertandingan Pantun peringkat daerah Kota Belud telah dilangsungkan di SMK Pekan Kota Belud. Pasukan pemantun dari SMK Arshad telah menjuarai pertandingan tersebut dan terus mewakali Zon Utara ke Peringkat Negeri kerana di peringkat Zon Utara Kudat, Pitas dan Kota Marudu tidak ada mengadakan pertandingan tersebut.
Sambutan Hari Guru 2016
Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.
Sambutan hari Raya 2016
Pengetua melawat meja makanan staf.
Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-56 2016
Acara Padang.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016
Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016
Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.
BAHAS ALA PARLIMEN DAERAH KOTA BELUD
Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat daerah Kota Belud telah pun berlangsung beberapa minggu yang lalu. Bahas ala Parlimen ini terdiri dari dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Dalam Kategori Bahasa Melayu pertandingan ini telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Pasukan SMK Arshad meraih tempat kedua dalam pertandingan ini. Pasukan SMK Arshad tewas kepada pencabar mereka SMKA Tun Said dalam pertandingan yang cukup sengit.
Dalam kategori Bahasa Inggeris pula pasukan SMK Arshad telah menjuarai dalam pertandingan ini di mana mereka telah bertemu dengan pasukan SMK Pekan Kota Belud di peringkat akhir yang dilangsungkan di SMKA Tun Said Kota Belud.
Pertandingan Bahas kedua-dua kategori di peringkat Zon Utara telah pun berlangsung di mana pasukan SMKA Tun Said (Kategori Bahasa Melayu) telah menjuarai dan mereka juga telah menjuarai di peringkat negeri yang telah dilangsungkan di Papar. Manakala pasukan SMK Arshad (Kategori Bahasa Inggeris) di peringkat Zon Utara hanya mampu meraih tempat kedua.

Pasukan Pembahas SMK Arshad Kategori Bahasa Inggeris
Pertandingan Bahas kedua-dua kategori di peringkat Zon Utara telah pun berlangsung di mana pasukan SMKA Tun Said (Kategori Bahasa Melayu) telah menjuarai dan mereka juga telah menjuarai di peringkat negeri yang telah dilangsungkan di Papar. Manakala pasukan SMK Arshad (Kategori Bahasa Inggeris) di peringkat Zon Utara hanya mampu meraih tempat kedua.
PROGRAM SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI, SEKOLAH SAINS SOSIAL UMS
Pada 23hb Mac 2011 siswa dan siswi dari Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah menganjurkan Program Sosiologi dan Antropologi. Program ini telah menyebarkan berbagai maklumat mengenai syarat kemasukan, prospek kerjaya bagi Kursus Sosiologi dan Antropologi kepada pelajar Pra-Universiti SMK Arshad Kota Belud. Program tersebut telah diketuai oleh En. Douglas Pali sebagai Pengarah Program.
Program tersebut boleh dikatakan telah dilaksanakan dengan cemerlang berdasarkan pengelibatan pelajar-pelajar Pra_U dalam sesi soal jawab dengan Pensyarah yang telah menyelia program tersebut.
Cik Haini Mustal Penolong Kanan Pra-U merasmikan penutupan Program Sosiologi dan Antropologi , Sekolah Sains Sosial UMS
Saiful YDP MPP wakil menerima Sijil Penyertaan dalam program tersebut.
SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-50 EDISI JUBLI EMAS 2011
Sekolah telah menganjurkan Sukan Tahunan Kali Ke-50 Edisi Jubli Emas dari 17, 18 21 dan 22 Februari 2011 bertempat di Pandang SMK Arshad Kota Belud. Sukan Edisi Jubli Emas ini bukan saja pelajar yang telah mengambil bahagian tetapi bekas-bekas pelajar sekolah ini telah dilibat sama dalam beberapa acara terbuka seperti 4 x 100M. Perasmian penutupan sukan sekolah kali ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Said Keruak Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Ibu bapa juga telah dilibatkan dalam pembinaan khemah rumah-rumah sukan yang bertanding seperti Mat Saleh, Antanom, Si Gunting, dan Sharif Osman. Kejohanan Sukan Sekolah Edisi Jubli Emas pada kali ini telah dimenangi oleh Rumah Sukan Mat Salleh secara keseluruhan .Manakala Rumah Sukan Antanom telah menggondol tiga kejuaraan iaitu, Juara Sukantara, Perbarisan dan Rumah sukan tercantik. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah menjadi wira dan wirawati rumah sukan masing-masing. Warga sekolah mengharap mereka akan mengharumkan lagi nama sekolah ini di kejohanan MSSD yang akan diadakan pada bulan Mac ini.
MAJLIS ANUGERAH PERDANA PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2011
Pelajar Cemerlang SMK Arshad yang menerima anugerah dalam
MAP Daerah Kota Belud Bergambar bersama dengan Hajjah Latifah Haji Mustakim Pengetua (duduk tengah) Pn. Dayang Abiba Mohd Jais PK Petang dan En. Pauze Abdul Majid PK Pentadbiran dan Kurikulum
Pada 23hb Feb 2011 bertempat di Dewan Serbaguna Rasa Sayang Kg Bobot Kota Belud, Majlis Anugerah Perdana Peringkat Daerah Kota Belud telah diadakan khas untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang Cemerlang dalam peperiksaan UPSR daan PMR 2010. Mereka yang menerima anugerah ialah 5A dalam UPSR, dan 7A ke atas dalam PMR. Warga sekolah dengan penuh pengharapan agar penerima anugerah ini akan meneruskan kecemerlangan di dalam peperiksaan awam akan datang.
PELAJAR SMK ARSHAD CEMERLANG DALAM PMR 2010
Seramai 207 calon peperiksaan PMR tahun 2010 sekolah ini telah mendapat keputusan peperiksaan mereka. Peratus keputusan telah meningkat jika dibandingkan dengan keputusan tahun 2009 iaiatu dari 62.67 peratus pada tahun 2009 meningkat kepada 66.67 peratus.
Seramai dua orang telah mendapat 8A iaiatu Fitry Adleena Liasin dan Zulfana Adha Naumul. Seramai 9 orang telah mendapat 7A dan 9 orang juga yang mendapat 6A.
Pada tahun 2010 dua orang pelajar Tingkatan 3 dari sekolah ini telah terpilih ke Program Permata Pintar di Universiti Kebangsaan. Kedua-dua pelajar tersebut ialah Avralinetine Epin dan Arnold Yamil telah berjaya dipilih meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Tinggi Permata Pintar Negara di Universiti Kebangsaaan Malaysia bermula pada 19 Januari 2011.

PMR 2010 8A,7A dan 6A
PMR 2010 8A Fitry Adleena Liasin dan Zulfana Adha Naumul
PMR 2010 Pelajar-pelajar mendapat 7A
PMR 2010 Pelajar-pelajar mendapat 6A
Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tinggi Permata Pintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia
JAMUAN PERDANA 2010
Dua Juruacara yang tidak asing lagi. Dari Kiri: Pn Liza dan Pn Alizah
Barisan Pentadbir sekolah. Dari Kiri: En. Iskandar (PK Kokum), Cik Haini (PK Pra-U), En. Ashmir (PK HEM), En. Pauze (PK Pentadbiran) dan En. Yusri (Pengerusi KSS 2009/10)
Yusri Pengerusi KSS Tahun 2010 berucap dalam majlis ini
Cik Haini PK Pra - U berucap mewakili Pengetua Sekolah
Jamuan Perdana pada tahun ini telah diajurkan oleh Kelab Staf Sekolah dan Majlis MPP. Jamuan Perdana merupa jamuan secara besar-besaran yang mana disertai oleh semua pelajar mengiku kelas dan warga staf sekolah.