Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

KURSUS INTERACTIVE EVALUATION SYSTEM (IES)






Satu kursus Interactive Evaluation System telah diadakan di sekolah ini selama 4 hari berturut-turut iaitu dari 2 - 5 Februari yang lalu.  Ssaran kursus ini laha guru-guru sidang petang yang mengajar mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Objektif bagi kursus ini ialah mendedahkan kepada guru-guru bagaimana menggunakan software yang intraktif dalam pengajaran subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Di akhir kursus ini satu demo pengajaran micro teaching telah dilakukan  oleh peserta kursus untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka dalam menggunakan software tersebut. MicroTeaching tersebut turut disaksikan oleh Puan Latifah Haji Mustakim Pengetua SMK Arshad Kota Belud

MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 4 2009

Minggu Haluan Pelajar Tingkatan 4 telah dijalankan pada 06 Jan - 12 Jan 2009. Antara pengisian dalam program tersebut ialah Ceramah mengenai mata pelajaran elektif, peraturan dan budaya sekolah, dialog ibu bapa dengan pihak pengurusan sekolah dan ceramah kerjaya.





Majlis Penutupan Minggu Haluan Pelajar Tingkatan 4 telah dirasmikan oleh Puan Latifah Haji Mustakim Pengetua SMK Arshad Kota Belud. Majlis Penutupan telah diadakan pada 13 Jan 2009 . Sebaik sahaja penutupan MHP selasai Penolong Kanan HEM En. Ashmer Abdul Raus mengumumkan nama pelajar mengikut kelas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.







MINGGU HALUAN PELAJAR TINGKATAN 1 2009

Minggu Haluan Pelajar Tingkatan 1 telah dijalankan pada 05 Jan - 09 Jan 2009. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sebagai pengisian dalam MHP tersebut ialah taklimat mengenai mata pelajaran, LDK dan juga perjumpaan ibu bapa dengan pengurusan sekolah. Semasa perjumpaan ibu bapa dengan pengurusan sekolah sesi dialog telah diadakan sebagai medan ibu bapa mengemukakan pertanyaan mengenai P & P, bantuan kerajaan, asrama, dan masalah anak-anak mereka di sekolah.

Minggu Haluan Pelajar Tingkatan 1 telah ditutup dengan rasminya oleh Pengetua sekolah Puan Latifah Haji Mustakim.

SIDANG VIDEO TIMB. KPM DENGAN SMK INANAM SABAH

Sidang Video Y.Bhg. Dato' Hjh Norizan Bapoo 
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
bersama PRS SMK Inanam, Kota Kinabalu, Sabah
Sempena Persidangan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan di MITC, Melaka
 

SIDANG VIDEO MENTERI PELAJARAN MALAYSIA DENGAN PRS SMK INANAM SABAH

Sidang Video YAB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien 
Menteri Pelajaran Malaysia
bersama PRS SMK Inanam, Kota Kinabalu, Sabah
Sempena Persidangan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan di MITC, Melaka 
dengan kerjasama 
Norisham Omar dan Mohd Fazlie Ahmad, JUICT Kaunseling Kebangsaan 
Telekom Malaysia Bhd. (Melaka), Sdra. Amran & Eric Tan (IP Core) 
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) 
pada 6 November 2008

JAMUAN PEMBIMBINGAN RAKAN SEBAYA (PRS)

Sebelum berakhir sesi persekolahan Tahun 2008, PRS SMARD telah mengadakan jamuan akhir tahun. Sempena dalam jamuan tersebut En. Ku Zainudin Ku Mahasan Penasihat PRS telah 
menyampaikan hadiah-hadiah harijadi kepada ahli PRS yang menyambut harijadi mereka. Gambar sebelah kiri adalah Adik Asnari yang berucap mewakili kepada semua ahli PRS.


Berikut adalah antara beberapa gambar yang sempat dirakam dalam jamuan tersebut.

Program Just For You









Salah satu program tahunan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah ini ialah "JUST FOR YOU". Program ini ialah satu program yang menyediakan satu perkhidmatan kepada pelajar lain yang ingin memberikan sesuatu kenangan berbentuk cenderahati berserta dengan kata ucapan kepada rakan-rakan mereka atau guru-guru mereka.

Program ini telah mendapat sambutan dari seluruh warga pelajar SMARD.