Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

CPPS LAHIRKAN KEPRIHATINAN TERHADAP PINDAAN KEPADA SBPA

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pusat Kajian Dasar Awam (CPPS) Institut Kepimpinan Strategik Asia (Asli) melahirkan keprihatinannya terhadap beberapa pindaan kepada Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berikutan tercapainya persetujuan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Cuepacs.

"Orang ramai, seperti juga Cuepacs dan kerajaan, akan merasa 'lega' dengan persetujuan ini ketika tahun berakhir.

"Bagaimanapun, akan wujud kebimbangan awam terhadap beberapa 'pindaan serta merta' yang dibuat semasa rundingan yang mungkin telah tidak mengambil kira harga tinggi yang telah dibayar bagi penambahbaikan SBPA," kata pengerusi CPPS Tan Sri Ramon Navaratnam.

JPA dan Cuepacs semalam mencapai persetujuan untuk membuat beberapa pindaan segera bagi menambahbaik SBPA.

Navaratnam, dalam satu kenyataan Rabu berkata, mengurangkan markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dari 75 ke 65 peratus bagi sesuatu kenaikan gaji bererti JPA telah mengorbankan sasaran prestasi untuk memudahkan penjawat awam layak mendapatkan kenaikan gaji.

CPPS juga menyatakan keprihatinan terhadap penurunan markah bagi dasar pemisah (exit policy), dari 70 ke 60 peratus, dan tempoh prestasi rendah kini dilanjutkan ke 12 bulan dari enam bulan.

"Bagaimanapun, persetujuan untuk mengadakan rundingan bersama setiap tiga bulan wajar dipuji.

"Langkah ini akan membolehkan lebih banyak peluang bagi menggalakkan Cuepacs mengemukakan cara untuk mempertingkat standard mutu dalam perkhidmatan awam, daripada hanya semata-mata memberi tumpuan kepada kenaikan gaji," kata beliau.

CPPS juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan, JPA dan Cuepacs kerana berjaya menyelesaikan SBPA sebelum muncul tahun baru.

CUEPACS lega 5 isu berbangkit selesai

KUALA TERENGGANU: CUEPACS lega apabila lima isu berbangkit membabitkan hak perundingan bersama, isu penyelarasan gaji dan dasar pemisah atau exit policy dan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berjaya diselesaikan dalam satu perundingan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kelmarin.


Sehubungan itu, JPA akan memberi taklimat khas secara menyeluruh kepada CUEPACS, Selasa ini yang dijangka disampaikan Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abu Bakar Abdullah di Putrajaya kepada Majlis Kongres CUEPACS dan ketiga-tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) di bawah JPA yang akan membabitkan penyertaan 140 wakil jabatan.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pertemuan yang mengambil masa empat jam kelmarin berjalan dalam suasana mesra dan JPA memahami hasrat CUEPACS yang mewakili kepentingan 1.4 juta penjawat awam khususnya berkaitan opsyen SBPA yang sebelum ini ditetapkan sehingga 31 Disember ini.

Katanya, perjumpaan itu diadakan bagi memberi penjelasan berikutan ada beberapa kekeliruan terhadap SBPA yang berbeza maklumat serta taklimat di antara JPA dan CUEPACS kepada kakitangan awam.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, CUEPACS gembira apabila JPA juga bersetuju membuat semakan semula terhadap 250,000 kakitangan awam dalam kumpulan gred 17 yang tidak berubah.

“CUEPACS dengan JPA tidak ada perbalahan cuma kita kesal kerana ketika proses menyediakan SBPA, CUEPACS tidak dijemput bersama untuk memberi pandangan. 
“Namun, kita lega semuanya dapat diselesaikan dengan baik termasuk semakan segera kakitangan awam kumpulan gred 17 seperti di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen membabitkan pembantu tadbir dan perkeranian yang gred mereka tidak berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Tri Tahunan ke-24 Kesatuan Kebangsaan Kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Semenanjung Malaysia yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said di sini, semalam.

Omar berkata, taklimat Abu Bakar itu dijangka menyelesaikan segala kekusutan yang berbangkit sebelum ini dan diharap ketua jabatan tidak menekan kakitangannya supaya menandatangani segera borang opsyen SPBA.

Bagaimanapun, beliau mengulangi pendirian CUEPACS menolak sebarang pengambilan orang luar yang bukan dalam perkhidmatan awam berkhidmat dalam sektor berkenaan.

“Kita tetap membantah polisi ini kerana kita hanya mahu orang dalam perkhidmatan awam saja mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam,” katanya. 

GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011


Gerhana Bulan Penuh Pada 10 Disember 2011. Gambar di atas diambil pada jam 10:38:20 malam.

Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi. Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama, atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya.

                                                             
                                                                     Fasa-fasa Gerhana Bulan

LAWATAN GURU BAHASA SMK ARSHAD KE SMK TENGHILAN

9hb Nov 2011 Guru-Guru Bidang Bahasa dari SMK Arshad Kota Belud mengadakan lawatan penanda arasan di SMK Tenghilan Tuaran. Rombongan dari SMK Arshad telah diketuai oleh Hajah Latifah Haji Mustakim Pengetua sekolah.

Rombongan dari SM Arshad telah diberi taklimat tentang pelaksanaan Program lawatan pihak sekolah ke rumah ibu bapa bagi pelajar  yang bermasalah dan pelaksanaan Program Pemulihan bagi pelajar yang kurang menguasai 3M di kalangan pelajar Tingkatan 5.







LAWATAN GURU BAHASA SMK TENGHILAN

Pada 3hb Nov 2011 guru-guru Bahasa Malaysia dari SMK Tenghilan telah datang melawat di SMK Arshad.. Rombongan dari SMK Tenghilan ini telah di ketuai oleh Ketua Bidang Bahasanya. Tujuan utama mereka melawat di sekolah ini ialah mendalami pelaksanaan program ASBALIS atau nama penuhnya Program Asas Membaca dan Menulis. Program ini yang telah dilaksanakan sejak 2008 sehingga kini merupakan program memulih  pelajar-pelajar yang tidak menguasai kemahiran membaca dan menulis dari Tingkatan 1, 2 dan 3.
.



PROGRAM KESEDARAN MATA PELAJARAN SEJARAH DAN BAKTI SISWA

Pada 29hb Okt. 2011 baru-baru ini Program Kesedaran Mata Pelajaran Sejarah dan Bakti Siswa telah diadakan di sekolah ini. Program ini telah dianjurkan oleh siswa dan siswi dari UMS Sekolah Sains Sosial yang mengambil Kursus Sejarah.

Mahasiswa dari UMS yang seramai kira-kira 90 orang dan beberapa orang pensyarah telah melaksanakan program tersebut selama 1 hari. Peserta di dalam program ini ialah pelajar PraU rendah dan atas yang mengambil mata pelajaran Sejarah.






MAJLIS RESTU ILMU TINGKATAN 3

Majlis Restu Ilmu pelajar Tingkatan 3 telah dirasmikan oleh  NYDP PIBG sekolah.








BAJET 2012: SSM (SISTEM SARAAN MALAYSIA) DIMANSUH, SBPA (SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM) SEBAGAI GANTI

Kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan menyediakan gaji sebaris dengan pembaharuan lebih radikal. Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM.

Skim baru menggantikan SSM yang diperkenalkan pada 2002 dan kembali kepada gaji satu lapis diamalkan sebelum 1992. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred. Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

Umur persaraan kakitangan awam juga dilanjutkan daripada 58 kepada 60 tahun. Kerajaan bersetuju lanjutkan umur persaraan wajib kepada 60 tahun daripada 58 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012, Perdana Menteri berkata di bawah SBPA penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai tahun 2012. Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, mereka akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara tujuh hingga 13 peratus. Dengan pelaksanaan SBPA juga lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

Mulai tahun 2013 nanti, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaj.

Sistem itu digubal dengan matlamat mentransformasi perkhidmatan awam negara ini supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. Ia juga akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Di bawah sistem SBPA, kerajaan akan menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.

Malah di bawah SBPA mengikut kaedah ‘time-based’, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16 berbanding mereka terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat. Bagi guru bukan siswazah pula dari gred 29 kepada 32 sekiranya mengikut sistem sekarang, ia memakan masa selama 10 tahun, tetapi di bawah skim baru, ia hanya mengambil tempoh lapan tahun. Bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung kepada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah ‘time-based’ lapan tahun turut diterima pakai.

Di bawah SBPA juga, Dasar Pemisah akan diwujudkan bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

Kerajaan sentiasa berpegang kepada falsafah dan prinsip bahawa usaha memperbaiki diri dan menambah ilmu di dada tidak berpenghujung, malah pembelajaran adalah satu proses sepanjang hayat. Bagi maksud itu, kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi secara separuh masa.

Pada tahun depan, kerajaan dengan kerjasama Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan menawarkan 5,000 peluang peringkat Ijazah Sarjana dan 500 lagi peringkat Doktor Falsafah kepada penjawat awam yang layak, termasuk para guru dengan peruntukan sebanyak RM120 juta.

Kerajaan akan menawarkan 20,000 tempat kepada kumpulan guru diploma yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda, untuk tujuan ini, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM80 juta bagi tahun pertama.