Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

GAMBAR SEMASA PERTANDINGAN PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH 2011

Pesta Pantun Sekolah Menengaha Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2011 telah diadakan di sekolah ini.







CERAMAH KUALITI AIR MINUM





Satu Ceramah Kualiti Air Minum telah diadakan di sekolah ini pada 16hb Ogos. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah dari Jabatan Kimia Malaysia cawangan Kota Kinabalu. Pelajar yang telah menghadiri ceramah ini ialah pelajar-pelajar dari Tingkatan 4 dan Prauniversiti 6 bawah.

PERTANDINGAN PANTUN DAERAH KOTA BELUD

Pertandingan Pantun peringkat daerah Kota Belud telah dilangsungkan di SMK Pekan Kota Belud. Pasukan pemantun dari SMK Arshad telah menjuarai pertandingan tersebut dan terus mewakali Zon Utara ke Peringkat Negeri kerana di peringkat Zon Utara Kudat, Pitas dan Kota Marudu tidak ada mengadakan pertandingan tersebut.

BAHAS ALA PARLIMEN DAERAH KOTA BELUD

Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat daerah Kota Belud telah pun berlangsung beberapa minggu yang lalu. Bahas ala Parlimen ini terdiri dari dua kategori iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Dalam Kategori Bahasa Melayu pertandingan ini telah diadakan di SMK Arshad Kota Belud. Pasukan SMK Arshad meraih tempat kedua dalam pertandingan ini. Pasukan SMK Arshad tewas kepada pencabar mereka SMKA Tun Said dalam pertandingan yang cukup sengit.
 Pasukan Pembahas SMK Arshad Kategori Bahasa Melayu

Dalam kategori Bahasa Inggeris pula pasukan SMK Arshad telah menjuarai dalam pertandingan ini di mana mereka telah bertemu dengan pasukan SMK Pekan Kota Belud di peringkat akhir yang dilangsungkan di SMKA Tun Said Kota Belud.

Pasukan Pembahas SMK Arshad Kategori Bahasa Inggeris

Pertandingan Bahas kedua-dua kategori di peringkat Zon Utara telah pun berlangsung di mana pasukan SMKA Tun Said (Kategori Bahasa Melayu) telah menjuarai dan mereka juga telah menjuarai di peringkat negeri yang telah dilangsungkan di Papar. Manakala pasukan SMK Arshad (Kategori Bahasa Inggeris) di peringkat Zon Utara hanya mampu meraih tempat kedua.

PROGRAM SOSIOLOGI DAN ANTROPOLOGI, SEKOLAH SAINS SOSIAL UMS

Pada 23hb Mac 2011 siswa dan siswi dari Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah menganjurkan Program Sosiologi dan Antropologi. Program ini telah menyebarkan berbagai maklumat mengenai syarat kemasukan, prospek kerjaya bagi Kursus Sosiologi dan Antropologi kepada pelajar Pra-Universiti SMK Arshad Kota Belud. Program tersebut telah diketuai oleh En. Douglas Pali sebagai Pengarah Program.

Cik Haini Mustal Penolong Kanan Pra-U merasmikan penutupan Program Sosiologi dan Antropologi , Sekolah Sains Sosial UMS




Saiful  YDP MPP wakil menerima Sijil Penyertaan dalam program tersebut.


Program tersebut boleh dikatakan telah dilaksanakan dengan cemerlang berdasarkan pengelibatan pelajar-pelajar Pra_U dalam sesi soal jawab dengan Pensyarah yang telah menyelia program tersebut.

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-50 EDISI JUBLI EMAS 2011










Sekolah telah menganjurkan Sukan Tahunan Kali Ke-50 Edisi Jubli Emas dari 17, 18 21 dan 22 Februari 2011 bertempat di Pandang SMK Arshad Kota Belud. Sukan Edisi Jubli Emas ini bukan saja pelajar yang telah mengambil bahagian tetapi bekas-bekas pelajar sekolah ini telah dilibat sama dalam beberapa acara terbuka seperti 4 x 100M.  Perasmian penutupan sukan sekolah kali ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Said Keruak Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Ibu bapa juga telah dilibatkan dalam pembinaan khemah rumah-rumah sukan yang bertanding seperti Mat Saleh, Antanom, Si Gunting, dan Sharif Osman. Kejohanan Sukan Sekolah Edisi Jubli Emas pada kali ini telah dimenangi oleh Rumah Sukan Mat Salleh secara keseluruhan .Manakala Rumah Sukan Antanom telah menggondol  tiga kejuaraan iaitu, Juara Sukantara,  Perbarisan dan Rumah sukan tercantik.  Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah menjadi wira dan wirawati rumah sukan masing-masing. Warga sekolah mengharap mereka akan mengharumkan lagi nama sekolah ini di kejohanan MSSD yang akan diadakan pada bulan Mac ini.

MAJLIS ANUGERAH PERDANA PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2011

Pelajar Cemerlang SMK Arshad yang menerima anugerah dalam 
MAP Daerah Kota Belud Bergambar bersama dengan  Hajjah Latifah Haji Mustakim Pengetua (duduk tengah) Pn. Dayang Abiba Mohd Jais PK Petang dan En. Pauze Abdul Majid PK Pentadbiran dan Kurikulum

Pada 23hb Feb 2011 bertempat di Dewan Serbaguna Rasa Sayang Kg Bobot Kota Belud, Majlis Anugerah Perdana Peringkat Daerah Kota Belud telah diadakan khas untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang Cemerlang dalam peperiksaan UPSR daan PMR 2010. Mereka yang menerima anugerah ialah 5A dalam UPSR, dan 7A ke atas dalam PMR. Warga sekolah dengan penuh pengharapan agar penerima anugerah ini akan meneruskan kecemerlangan di dalam peperiksaan awam akan datang.

LOGO SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-50 (JUBLI EMAS)

Inilah rekabentuk Logo Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-50 yang akan dijalankan pada 17,18 dan 21, 22 Feb 2011.. Sukan Tahunan Sekolah pada kali ini yang merupakan Jubli Emas  sukan sekolah ini akan dilaksanakan dengan peneglibatan semua warga sekolah termasuklah bekas-bekas pelajar sekolah ini .