BAHAWA SETIAP PELAJAR MEMPUNYAI POTENSI YANG BOLEH DIGEMBLEMGKAN SECARA OPTIMUM MENERUSI PENGURUSAN MENYELURUH PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING YANG CEKAP, BERKESAN DAN BERTERUSAN BERTERASKAN SUMBER DALAMAN DAN LUARAN BAGI MELAHIRKAN PELAJAR YANG SEIMBANG DARI ASPEK INTELEKTUAL, JASMANI, EMOSI DAN ROHANI SERTA BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.
Sambutan Hari Guru 2016
Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.
Sambutan hari Raya 2016
Pengetua melawat meja makanan staf.
Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-56 2016
Acara Padang.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016
Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.
Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016
Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.
LAWATAN KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING DAN PRS
Pada 06 Ogos 2009 baru - baru ini , ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling dan ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah melawat ke MARDI Negeri Sabah di Manggatal, Kolej PTPL dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi Pinampang .
Seramai 38 pelajar dan 5 orang guru pengiring telah menyertai lawatan sambil belajar tersebut. Semasa berada di MARDI rombongan kami telah diberi taklimat ringkas peranan MARDI serta peluang-peluang kursus yag dianjurkan oleh MARDI untuk membantu mereka yang berminat dalam memproses hasil pertanian atau hasil laut untuk pasaran tempatan. Selepas taklimat rombongan kami telah diperkenalkan dengan mesin-mesin pemproses hasil pertanian dan laut. Kami juga telah melihat pameran di galeri pameran yang mereka sediakan. Dan terakhir sekali kami telah dihidangkan dengan jamuan ringan oleh pihak MARDI. Kami mengucapkan setinggi penghargaan kepad MARDI kerana sudi menerima rombongan kami dari SMK Arshad Kota Belud.
Selepas itu kami meneruskan lawatan kami ke Kolej PTPL. Semasa di Kolej PTPL rombongan kami telah dipertontonkan slaid kemasukan ke IPTA dan ke IPTS. Selepas itu rombongan kami telah dibawah melawat beberapa bilik khas di kolej tersebut. Rombongan kami juga telah melihat satu demo bagaimana mengambil darah dari seseorang. Selain itu pelajar juga diberi peluang menunjukkan demo tersebut. Di Kolej PTPL kami telah dijamu dengan makanan berat. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej PTPL khususnya kepada Pengetua dan kru krunya yang telah menerima rombongan kami dan memberi layanan yg baik kepada kami.
Sebelah petang kami telah melawat Taman Hidupan Liar di Lok Kawi Pinampang Sabah. Taman Hidupan Liar yang menempatkan berbagai jenis spesis haiwan seperti Gajah borneo, Badak Sumbu, Rusa, Harimau, Kijang, Urang Utan, spesis burung dan lain-lain. Kami bertolak pulang kira-kira jam 4:00 petang dari Taman Hidupan Liar. Kami sampai di SMK Arshad kira-kira jam 6:00 Petang.
DEFINISI KAUNSELING
Perkhidmatan Kaunseling ialah perkhidmatan peribadi yang diadakan khas di sekolah untuk membantu pelejar memenuhi keperluan dan aspirasinya atau dengan perkataan lain untuk membantu pelajar mengatasi rintangan dalam situasi hidupnya, melakukan aktiviti yang menghasilkan perkembangan dan membuat keputusan yang berkesan.
Ramai pembimbing dan pendidik berpendapat bahawa perkhidmatan kaunseling merupakan nadi kepada program perkhidmatan bimbingan di sekolah. Tanggapan terhadap kepentingan perkhidmatan kaunseling dalam program bimbingan di sekolah ini begitu kuat sehingga ada sesetengah sekolah yang memberikan keutamaan hanya kepada perkhidmatan ini sahaja dalam program bimbingannya dan mengetepikan perkhidmatan yang lain seperti perkhidmatan inventori individu, perkhidmatan maklumat, dan perkhidmatan penilaian dan penyusulan.
Memang tidak dapat disangkal bahawa perkhidmatan kaunseling ialah satu perkhidmatan penting dalam program bimbingan di sekolah, tetapi dengan menyediakan perkhidmatan kaunseling sahaja tanpa perkhidmatan lain, program bimbingan di sekolah tidak lengakp dan tidak dapat memberikan menafaat yang maksimum kepada pelajar.
Definisi Kaunsleing.
Mengikut Rogers (1951), seorang pelupur kaunseling berpusatkan klien menyatakan bahawa kaunseling ialah ialah suatu perhubungan apabila apabila salah seorang daripada orang yang terlibat dalam prhubungan itu, iaitu kaunselor, mempunyai tujuan untuk memupuk pertumbuhan, perkembangan dan kematangan dan memperbaiki kefungsian orang yang satu lagi iaitu kaunseli.
KURSUS PEMANTAPAN AHLI PRS DAN KELAB UBK
Pada 1 Julai yang lalu satu kursus pemantapan ahli Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) dan Kelab Bimbingan dan Kaunseling telah diadakan sehari suntuk. Dua ceramah telah disampaikan dalam kursus tersebut, di mana penceramahnya ialah Japran dari Jemaah Nazir Negeri Sabah dan Aqsah Saubin Guru Bimbingan dan Kaunseling SM
K Taun Gusi Kota Belud. En. Japran telah menyampaikan ceramah menegenai bagaimana mengurus sesuatuKursus Pemantapan PRS pada hari tersebut telah dibantu oleh 3 orang PRS dari Politeknik Manggatal yang merupakan bekas pelajar di sekolah ini. Mereka ialah Mohd Azwan, Dino dan Nuruliza. Mereka in
i telah mengetuai semua fasilatitor dalam mengendalikan LDK.
MAJLIS PELANCARAN HARI KOPERASI SEKOLAH & MAXIS CYBERKIDS TEAM
Pada 24 Jun 2009 sekolah telah mengadakan Majlis Pelanca
ran Hari Koperasi peringkat sekolah dan Maxis Cyberkids Team yang mewakili sekolah ini ke Pertandingan Cyberkids anjuran Maxis peringkat negeri. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh En. Norazman Omar Pegelola Kanan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelaja
Sempena pelancaran Hari Koperasi peringkat sekolah beberapa guru dan pelajar menerima anugerah kerana telah membawa kejayaan dan
kemajuana Koperasi
Sekolah. Antara guru yang telah menerima anugerah ialah En. Baharom Hashim dan Pn. Rose Else A yang merupakan mantan pelopor dalam penubuhan Koperasi sekolah.
Memandangkan pelancaran pad ahari tersebut merupakan dua dalam satu ma
ka pada hari yang sama Pasukan Cyberkids sekolah ini telah mempersembahkan dan menjelaskan proj
ek, objektif projek dan lokasi projek yang harus mereka lak
sanakan selama 3 bulan sebelum dinilai oleh panel dari Maxis. Sekiranya mereka memenangi pertandingan ini maka mereka aka
n mewakili negeri Sabah ke pertandingan peringkat kebangsaan.
Sempena Majlis pelancaran tersebut maka En. Norazman Omar Pengelola Kanan Bahagian Sukan, Seni dan Kurikulum Kemenerian Pelajaran Malaysia telah menanam 3 pokok buah naga berhadapan dengan Koperasi Sekolah.
MAJLIS PERAYAAN HARI GURU & KERAIAN STAF SMARD 2009
Sempena Sambutan P
erayan Hari Guru peringkat sekolah, En. Pauze Abdul Majid Penolong Kanan Pentadbiran telah m
embaca perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia, dan EN. Shahrom Sha
ari Penolong Kanan KoKurikulum pula telah membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
Selain dari bacaan perutusan dan u
capan Puan Latifah Haji Mustakim Pengetua SMK Arshad Kota Belud, acara pertukaran hadiah di antara guru-guru juga telah diadakan. Selain itu pelajar juga menyampaikan hadiah-hadiah kepada guru kelas dan guru-guru mata pelajaran yang lain.
TEMA HARI GURU TAHUN 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Manakala dalam Majlis Keraian Staf pula selain dari ucapan Cik Jacylin Aling Setiaus
aha Kelab Staf SMARD mewakili Pengerusi KSS, dan ucapan Pengetua, hadiah-hadiah bagi warga staf yang telah melangsungkan perkhawinan tahun ini, mereka yang mendapat cahaya mata pada tahun ini dan mereka yang telah menyambut hari jadi dari bulan Jan - Jun telah disampaikan di dalam majlis ini.
MAJLIS KESYUKURAN DAN PENATARAN WARGA SMARD 2009
Tujuan majlis ini ialah untuk memberi pengikhtirafan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam setiapa mata pelajaran dalam tingkatan masing-masing dalam peperiksaan dalaman sekolah. Selain itu pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam di peringkat PMR, SPM dan STPM juga diberi pengikhtirafan. Pelajar- pelajar ya
ng cemerlang dalam kegiatan Kokurikulum juga tidak dilupakan di mana mereka juga turut menerima anugerah di dalam majlis tersebut.
Seramai 79 orang penerima anugerah dalam bidang akademik dan seramai 8 orang penerima anugerah dalam bidang kegiatan Kokurikulum.
Bagi peperiksaan PMR dan SPM kelayakan minima yang layak diberi anugerah ialah 6A keatas, bagi STPM pula ialah PNGK 2.50 keatas.
Manakala bagi kegiatan dalam bidang Kokurikulum penerima harus mewakili negeri dalam sebanarng kegiatan Kokurikulum.
Penerima anugerah dalam peperiksaan dalaman dan penerima dalam kegiatan Kokurikulum menerima Folder dan Sijil Penghargaan, manakala bagi peperiksaan awam PMR, penerima yang mempunyai pencapaian paling tinggi menerima Folder , Sijil Penghargan dan Wang Tunai sebanyak RM500.
00, bagi peperiksaan SPM pelajar yang memperolehi pencapaian terbaik menerima Folder, Sijil Penghargaan da
n Wang Tunai sebanyak RM750.00, manakala peperiksaan STPM pula pelajar terbaik menerima, Fo
lder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM1000.00.
Yang Berbahagia
Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Bin Said Keruak telah menderma hadiah-hadiah kepada pelajar terbaik dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM . PIBG dan Koperasi Sekolah
juga turut memberi sumbangan dalam menjayakan majlis tersebut.
Pelajar Terbaik STPM 2008 En. Carll Marck Bait telah menerima Folder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM1000.00. Keputusan Terbaik SPM 2008 pula ialah En Badrul Matsun (8A). Beliau menerima Folder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM750.00. Bagi Peperiksan PMR, pelajar terbaiknya ialah Cik Evlynda Binti Binti Yukin, Leornard Bobby Bin Linus, Kennedy Yamil, dan Seha Zaee Petrus. Mereka masing-masing memperolehi 7A dalam peperiksaan PMR 2008. Keempat-empat mereka menerima Folder, Sijil Penghargaan dan Wang Tunai sebanyak RM500.00 seorang.
MOTIVASI PMR, SPM & STPM 2009
Satu motivasi telah dirancang dan dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah pada 5 dan 6 Mei 2009. Motivasi ini atau dipanggil sebagai PROGRAM PERMATA PELAJAR telah diad
akan khusus kepada pelajar pelajar Tingkatan tiga, lima dan enam atas. Motivator dalam program ini ialah En. Hilter Yew iaitu merupakan salah seorang motivator dari
Sabah yang tidak asing lagi .Di dalam program motivasi yang telah dikendalikan oleh beliau, pelajar telah diberi banyak aktiviti-aktiviti yang

menarik yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang kekurangan dan kele

mahan sikap, merangsang pelajar supaya membuang sikap-sikap negatif yang boleh menyebabkan kegagalan dalam pe

periksaan, serta membina matlamat baru dalam diri dan menghayati peranan sebagai seorang pelaj
ar, dansebagai seorang anak kepada sebuah keluarga.











