Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah ini telah mengadakan Kursus Pemantapan Kendiri Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) untuk ahli-ahli baru dan lama. Kursus ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam di sekolah. Antara pengisian dalam kursus ini ialah ceramah dan LDK berdasarkan modul Pembimbing Rakan Sebaya. Unit Bimbingan dan Kaunseling merakamkan ucapan setinggi - tinggi terima kasih kepada semua jawatan kuasa yang terlibat dalam pelaksanaan program ini . Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak pengurusan sekolah yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap semua program yang dirancang dan dilaksana oleh UBK.
Home »
Aktiviti Pelajar/PRS i Bilik UBK
» KURSUS PEMANTAPAN KENDIRI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2011
0 comments:
Post a Comment