Sambutan Hari Guru 2016

Pengetua dan Penolong Kanan memotong Kek.

Sambutan hari Raya 2016

Pengetua melawat meja makanan staf.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 1 2016

Ismail Yusof menyampaikan ceramah Kemahiran Mendengar dan Membaca.

Program Motivasi dan Kemahiran Belajar Tingkatan 2 2016

Dulaip Rudin menyampaikan ceramah Kemahiran Mengingat.

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-50 EDISI JUBLI EMAS 2011










Sekolah telah menganjurkan Sukan Tahunan Kali Ke-50 Edisi Jubli Emas dari 17, 18 21 dan 22 Februari 2011 bertempat di Pandang SMK Arshad Kota Belud. Sukan Edisi Jubli Emas ini bukan saja pelajar yang telah mengambil bahagian tetapi bekas-bekas pelajar sekolah ini telah dilibat sama dalam beberapa acara terbuka seperti 4 x 100M.  Perasmian penutupan sukan sekolah kali ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Said Keruak Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. Ibu bapa juga telah dilibatkan dalam pembinaan khemah rumah-rumah sukan yang bertanding seperti Mat Saleh, Antanom, Si Gunting, dan Sharif Osman. Kejohanan Sukan Sekolah Edisi Jubli Emas pada kali ini telah dimenangi oleh Rumah Sukan Mat Salleh secara keseluruhan .Manakala Rumah Sukan Antanom telah menggondol  tiga kejuaraan iaitu, Juara Sukantara,  Perbarisan dan Rumah sukan tercantik.  Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang telah menjadi wira dan wirawati rumah sukan masing-masing. Warga sekolah mengharap mereka akan mengharumkan lagi nama sekolah ini di kejohanan MSSD yang akan diadakan pada bulan Mac ini.

MAJLIS ANUGERAH PERDANA PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD 2011

Pelajar Cemerlang SMK Arshad yang menerima anugerah dalam 
MAP Daerah Kota Belud Bergambar bersama dengan  Hajjah Latifah Haji Mustakim Pengetua (duduk tengah) Pn. Dayang Abiba Mohd Jais PK Petang dan En. Pauze Abdul Majid PK Pentadbiran dan Kurikulum

Pada 23hb Feb 2011 bertempat di Dewan Serbaguna Rasa Sayang Kg Bobot Kota Belud, Majlis Anugerah Perdana Peringkat Daerah Kota Belud telah diadakan khas untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang Cemerlang dalam peperiksaan UPSR daan PMR 2010. Mereka yang menerima anugerah ialah 5A dalam UPSR, dan 7A ke atas dalam PMR. Warga sekolah dengan penuh pengharapan agar penerima anugerah ini akan meneruskan kecemerlangan di dalam peperiksaan awam akan datang.

LOGO SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KE-50 (JUBLI EMAS)

Inilah rekabentuk Logo Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-50 yang akan dijalankan pada 17,18 dan 21, 22 Feb 2011.. Sukan Tahunan Sekolah pada kali ini yang merupakan Jubli Emas  sukan sekolah ini akan dilaksanakan dengan peneglibatan semua warga sekolah termasuklah bekas-bekas pelajar sekolah ini .

PELAJAR SMK ARSHAD CEMERLANG DALAM PMR 2010

Seramai 207 calon peperiksaan PMR tahun 2010 sekolah ini telah mendapat keputusan peperiksaan mereka. Peratus keputusan telah meningkat jika dibandingkan dengan keputusan tahun 2009 iaiatu dari 62.67 peratus pada tahun 2009 meningkat kepada 66.67 peratus.

Seramai dua orang telah mendapat 8A iaiatu Fitry Adleena Liasin dan Zulfana Adha Naumul. Seramai 9 orang telah mendapat 7A dan 9 orang juga yang mendapat 6A.

Pada tahun 2010 dua orang pelajar Tingkatan 3  dari sekolah ini telah terpilih ke Program Permata Pintar di Universiti Kebangsaan. Kedua-dua pelajar tersebut ialah Avralinetine Epin dan Arnold Yamil telah berjaya dipilih meneruskan pelajaran di Sekolah Menengah Tinggi Permata Pintar Negara di Universiti Kebangsaaan Malaysia bermula pada 19 Januari 2011.
 PMR 2010 8A,7A dan 6A

 PMR 2010 8A Fitry Adleena Liasin dan Zulfana Adha Naumul

 PMR 2010 Pelajar-pelajar mendapat 7A

 PMR 2010 Pelajar-pelajar mendapat 6A

Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tinggi Permata Pintar Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia

JAMUAN PERDANA 2010





Dua Juruacara yang tidak asing lagi. Dari Kiri: Pn Liza dan Pn Alizah



 Barisan Pentadbir sekolah. Dari Kiri: En. Iskandar (PK Kokum), Cik Haini (PK Pra-U), En. Ashmir (PK HEM), En. Pauze (PK Pentadbiran) dan En. Yusri (Pengerusi KSS 2009/10)

 Yusri Pengerusi KSS Tahun 2010 berucap dalam majlis ini



Cik Haini PK Pra - U berucap mewakili Pengetua Sekolah

Jamuan Perdana pada tahun ini telah diajurkan oleh Kelab Staf Sekolah dan Majlis MPP. Jamuan Perdana merupa jamuan secara besar-besaran yang mana disertai oleh semua pelajar mengiku kelas dan warga staf sekolah.

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2010





MAJLIS PENUTUPAN PASCA PMR 2010






LAWATAN KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Pada 21 Oktober 2010 seramai 26 orang ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling serta Pembimbing Rakan Sebaya dan 4 orang guru pengiring telah melawat ke Politeknik Kota Kinabalu, Universiti Teknoligi Mara Cawangan Sabah di Kota Kinabalu, dan Universiti Malaysia Sabah.

Semasa melawat di Politeknik rombongan telah diberi taklimat syarat kemasukan dan kursus yang ditawarkan di Politeknik Kota Kinabalu. Semasa berada di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah, rombongan juga telah diberi taklimat tentang syarat kemasukan, kursus yang ditawar khususnya di cawangan  Kota Kinabalu oleh Prof Madya Zainuddin dan Dr Zamali.  Selepas sesi taklimat tersebut rombongan menjamu makanan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak pengurusan UiTM.

Pegawai HEP Politeknik

Pada sebelah petang pula rombongan telah melawat ke Universiti Malaysia Sabah. Semasa berada di UMS, rombongan telah melawat di dua lokasi iaitu di MUZIUM UMS dan juga di Aquarium Sekolah Marine UMS.

Rombongan Bergambar Bersama En.Adi Zaini Pegawai dari Politeknik



Prof. Madya Zainuddin Menyampaikan Cendera Kenangan kepada Ketua Rombongan

Rombongan Bergambar Bersama dengan Staf HEP UiTM Cawangan Sabah

Di Muzium UMS

Di Aquarium UMS